Khamis, 19 Oktober 2017

Tinted Kereta Murah, Sejuk Dan Selamat



 Tinted sangat penting. Ada banyak sebab untuk pasang tinted di cermin kereta, bukan sahaja untuk kurangkan kadar penembusan cahaya, kurangkan silau terutama memandu malam, menyejukkan suhu dalam kereta, malah juga penting untuk keselamatan. Sekarang ni jenayah kat lampu isyaratpun boleh berlaku. Penyamun zaman sekarang ni berani je buat jenayah di tempat awam, hentak batu bata kat cermin, kemudian tarik beg tangan kat tempat duduk (biasa pemandu wanita suka buat macam ni). Tinted boleh jadi penyelamat dan lambatkan usaha penyamun tarbus tu.

Jadi, kita perlukan tinted. Masalahnya, mana nak cari? Mana nak dapatkan servis pemasangan tinted kereta yang murah, sejuk dan selamat? Paling penting tinted yang harganya murahlah kan kan kan. 

Jika ada kawan-kawan yang nak tinted kereta harga murah, sejuk dan selamat, ambo cadangkan satu tempat ni; 

ambo suka khat ni...


Haaaaa namanya MEKAP KERETA SEJUK.

cantik tak khat dia?


Alamat MEKAP KERETA SEJUK: No. 27 Jalan Suria 2, Suria Nilai, Nilai 3.  No telefon sila tengok pada kad di bawah ni ya;



Sambil pergi beli belah di Nilai 3 tu, boleh saja hantar kereta untuk tinted, tak kesahlah kereta baru ke kereta yang perlukan tinted baru. Cumanya, kalau perlu buang dulu tinted lama tu, dah tentulah kena caj. Lupa pulak nak tanya berapa caj untuk bukak tinted lama tu.

Terdapat 6 pakej boleh pilih bagi setiap kategori, sesuai dengan bajet anda. Berikut pakej yang disediakan;
(Normal Sedan / Compact Car)
(Super Sedan / MPV (s) / Conti)
(MPV / SUV / BIG CONTI)
(Super MPV)

Jet pejuang dan kereta kebal belum ada lagi kot. Kalau nak tanya apa-apa, dail je 0196606365 (ni nombor kat FB MEKAP KERETA SEJUK). Ambo buat temujanji 2 hari sebelum pergi. Dah dapat pakej melalui whatsapp, jadi, masa pergi tu dah tau harganya. Hanya tanya lebih detail sahaja lagi, al-maklumlah ambo bukannya tau apa-apa pasal benda ni.

 
teliti kerja mereka...kalau ambo hu huhuhu tak mampu nak bertahan, sakit belakang oiii!
Semua pakej ni anda boleh tengok kat blog MEKAP KERETA SEJUK huhuhu ambo malas nak tampal sini. Silalah pergi sana ataupun boleh juga tengok di FB MEKAP KERETA SEJUK. Waranty antara 3-5 tahun. Yang pasti semuanya ikut spesifikasi JPJ.

Bos pun turun padang tau!
 Entri ini tidak berbayar ya. Juga tiada diskaun. Hanya perkongsian sebab ambo kagum dengan mereka ni. Ambo ikut FB Mekap Kereta Sejuk ni sejak beberapa tahun, sejak mereka pasang kat rumah. Baru kali ni berpeluang untuk dapatkan perkhidmatan mereka. 

Semoga terus sukses. Semoga lebih maju. 


Selasa, 17 Oktober 2017

Elaun Bandaraya Penjawat Awam dalam Bajet 2018




Pembentangan Bajet 2018 dah makin dekat. Hujung bulan ni je. Kalau ikut rancangannya, Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh  :  27 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa  :  4.00 petang hingga selesai
Tempat  :  Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia

Ikut khabar angin, katanya ada berita gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 nanti. 

Macam biasa, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan utarakan beberapa desakan penambahbaikan kepada penjawat awam, yang selalu dapat bonus persekolahan awal tahunlah. CUEPACS mewakili 1.2 juta penjawat awam.

Tahun ni,  CUEPACS melalui Presidennya, Datuk Azih Muda, menuntut supaya dipertimbangkan 10 perkara melalui Bajet 2018, seperti kaji semula semakan gaji penjawat awam (semakan terakhir 12 tahun lalu), Elaun Bandaraya bagi penjawat awam yang tinggal di Bandar raya, pembinaan rumah kediaman berharga antara RM80,000 sehingga RM150,000 dan dah tentulah juga Bonus 1 bulan setengah gaji penjawat awam dalam bajet 2018. 

Kita tunggu je lah hujung bulan nanti ya...nak tahu jugak apa ke bendanya Elaun Bandar raya tu...kat Bangi tak dapat kot sebab Bangi baru BANDAR. Lain kali kita tukar jadi BANDARAYA  Bangi!

Sabtu, 14 Oktober 2017

Siti Nurhaliza Hamil


Alhamdulillah, akhirnya Siti Nurhaliza yang dikasihi seluruh negara ini telah umumkan yang dia telah hamil 4 bulan. Tahniah.Alhamdulillah. 

Ya, Siti Nurhaliza hamil. Siti Nurhalisa mengandung



Sama-sama kita doakan agar ibu comey dan kandungannya sentiasa sihat dan selamat melahirkan pada Mac 2018 nanti.

Rabu, 30 Ogos 2017

Nak Joli dengan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia





Masa mc panjang dulu, ambo kononnya nak guna simpati “bertongkat” kot lah boleh dapat layanan istimewa. Apa nak buat, sejak Bank Rakyat dibuka seawal jam 9.15 pagi, sendat kena serbu dengan adik-adik yang teruja nak ambik Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni. Terpaksalah ambo mengalah. Dah keluar dari bank, dah nak sampai kereta tetiba perasan ada pegawai bank kejar…opssss macam Shahrukh Khan kejar Kajol pulak.

“Boleh saya bantu puan? Kaunter untuk kad siswa je yang penuh dan ramai, kaunter lain masih dibuka,” katanya. 

Masa tu ambo dah sampai kereta dah, dengan tongkat bagai kan, depa kenalah bagi layanan istimewa OKU patutnya huhuhuhu tapi, bila beritahu ambo jugak nak ambil kad, dia kemudiannya berkata;
“Maaflah puan, yang tu tak boleh nak bantu. Ramai sangat yang Q,”
“Tak apa, saya datang lain kali,” kata ambo dan ucap banyak-banyak terima kasih dengan keprihatinannya.
boleh jadi kad kredit tak? Opssss akal dah mula panjang tu huhuhuhu

Makanya, musim ramai orang balik kampong sempena cuti sekolah, cuti perayaan Aidiladha, cuti merdeka dan sementara semester belum buka untuk dihurung pelajar UKM yang lagi ramai, makanya, hari terakhir sebelum cuti ni ambo pun pergilah Bank Rakyat lagi sekali. Bawak Salinan kad pengenalan dan kad pelajar siap-siap untuk tuntut Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni. Dia tak semak pun email yang ambo print tu.

Alhamdulillah, seperti yang dijangka, jumlah pelajar yang beratur dan tunggu giliran untuk dapat kad diskaun siswa ni taklah ramai sangat. Masa ambo sampai tadi pagi hanya perlu tunggu tak sampai 10 orang pun. Tapi, selepas tu makin bertambah ramai pula. Cumanya, masih juga belum sesak sendat hingga kena beratur di luar bank seperti yang sebelum ni.

Hari ni, berjayalah ambo dapatkan kad ajaib ni dengan layangan yang super baik daripada staf bank. Dengan semua pelajar pun mereka layan dengan mesra, bukan hanya ambo yang dah taraf mokcik-mokcik ni. Datanglah berurusan di Bank Rakyat Syeksen 9 Bandar Baru Bangi, mereka sangat mesra pelanggan, tak macam sesetengah bank yang layan pelanggan hendak tak hendak. Apalagi bila tahu pelajar (yang bukan berduit mana kan). Betul-betul puji ni tau, bos besar Bank Rakyat sila bagi anugerah cemerlang kat staf di cawangan Bandar Baru Bangi tau...

Dah dapat kad, terus tukar no pin siap-siap. Sempat lagi tu semak baki huhuhuhuhu kad tu kosong je opsssss! Ingatkan dah boleh pergi memborong huhuhuhu


Jumaat, 2 Jun 2017

Bonus Raya RM500 untuk Penjawat Awam

SIARAN MEDIA: BANTUAN KHAS KEWANGAN BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada hampir 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2017. Bantuan Khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 775,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.

Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

Kementerian Kewangan
Putrajaya

2 Jun 2017