Pembentangan Bajet 2018 dah makin dekat. Hujung bulan ni
je. Kalau ikut rancangannya, Pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd
Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan
akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat)
Masa : 4.00 petang hingga selesai
Tempat : Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
Ikut khabar angin, katanya ada berita gembira dan
penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 nanti.
Macam biasa, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan utarakan beberapa desakan penambahbaikan
kepada penjawat awam, yang selalu dapat bonus persekolahan awal tahunlah.
CUEPACS mewakili 1.2 juta penjawat awam.
Tahun ni, CUEPACS
melalui Presidennya, Datuk Azih Muda, menuntut supaya dipertimbangkan 10
perkara melalui Bajet 2018, seperti kaji semula semakan gaji penjawat awam
(semakan terakhir 12 tahun lalu), Elaun Bandaraya bagi penjawat awam yang
tinggal di Bandar raya, pembinaan rumah kediaman berharga antara RM80,000
sehingga RM150,000 dan dah tentulah juga Bonus 1 bulan setengah gaji penjawat
awam dalam bajet 2018.
Kita tunggu je lah hujung bulan nanti ya...nak tahu jugak
apa ke bendanya Elaun Bandar raya tu...kat Bangi tak dapat kot sebab Bangi baru
BANDAR. Lain kali kita tukar jadi BANDARAYA
Bangi!
7 ulasan:
rasanya dpt yg 500 tu je kot, tak penah dpt pun sebulan gaji tuh... setengah bln pun payah nk bagi
yeayyyy..... sedak la demo buleh sebule stengoh gak
do follow blog ni,.. x kisah la apa2 elaun yang penting mengidam ni elaun tambahan n bonus sebulan setengah tuut... oopppsss bermimpi rupanya...
pasti akak menanti di depan kaca tv.. mengharap pd yg sudi memberi...
Norhidana: hu hu huhu semua orang dok khabo lagu tu
Mohhh kita lihat siapa yang kenaaaaa
Eelobor: ambo bulih ler tar depan umoh ayoh di kg nun kalu bulih 2 bulan setengah gakkkk, berdesuppppp kelik bulih landing huhuhuhu tak payoh ayoh Wa musa nak ngepeng sangat...ko guano?
Cikgu Iza: Selamat datang. Ambo pong ngidam jugakkkkk
Catat Ulasan