Rabu, 30 Ogos 2017

Nak Joli dengan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia





Masa mc panjang dulu, ambo kononnya nak guna simpati “bertongkat” kot lah boleh dapat layanan istimewa. Apa nak buat, sejak Bank Rakyat dibuka seawal jam 9.15 pagi, sendat kena serbu dengan adik-adik yang teruja nak ambik Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni. Terpaksalah ambo mengalah. Dah keluar dari bank, dah nak sampai kereta tetiba perasan ada pegawai bank kejar…opssss macam Shahrukh Khan kejar Kajol pulak.

“Boleh saya bantu puan? Kaunter untuk kad siswa je yang penuh dan ramai, kaunter lain masih dibuka,” katanya. 

Masa tu ambo dah sampai kereta dah, dengan tongkat bagai kan, depa kenalah bagi layanan istimewa OKU patutnya huhuhuhu tapi, bila beritahu ambo jugak nak ambil kad, dia kemudiannya berkata;
“Maaflah puan, yang tu tak boleh nak bantu. Ramai sangat yang Q,”
“Tak apa, saya datang lain kali,” kata ambo dan ucap banyak-banyak terima kasih dengan keprihatinannya.
boleh jadi kad kredit tak? Opssss akal dah mula panjang tu huhuhuhu

Makanya, musim ramai orang balik kampong sempena cuti sekolah, cuti perayaan Aidiladha, cuti merdeka dan sementara semester belum buka untuk dihurung pelajar UKM yang lagi ramai, makanya, hari terakhir sebelum cuti ni ambo pun pergilah Bank Rakyat lagi sekali. Bawak Salinan kad pengenalan dan kad pelajar siap-siap untuk tuntut Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni. Dia tak semak pun email yang ambo print tu.

Alhamdulillah, seperti yang dijangka, jumlah pelajar yang beratur dan tunggu giliran untuk dapat kad diskaun siswa ni taklah ramai sangat. Masa ambo sampai tadi pagi hanya perlu tunggu tak sampai 10 orang pun. Tapi, selepas tu makin bertambah ramai pula. Cumanya, masih juga belum sesak sendat hingga kena beratur di luar bank seperti yang sebelum ni.

Hari ni, berjayalah ambo dapatkan kad ajaib ni dengan layangan yang super baik daripada staf bank. Dengan semua pelajar pun mereka layan dengan mesra, bukan hanya ambo yang dah taraf mokcik-mokcik ni. Datanglah berurusan di Bank Rakyat Syeksen 9 Bandar Baru Bangi, mereka sangat mesra pelanggan, tak macam sesetengah bank yang layan pelanggan hendak tak hendak. Apalagi bila tahu pelajar (yang bukan berduit mana kan). Betul-betul puji ni tau, bos besar Bank Rakyat sila bagi anugerah cemerlang kat staf di cawangan Bandar Baru Bangi tau...

Dah dapat kad, terus tukar no pin siap-siap. Sempat lagi tu semak baki huhuhuhuhu kad tu kosong je opsssss! Ingatkan dah boleh pergi memborong huhuhuhu


2 ulasan:

zino berkata...

apa kelehian kad ajaib ni...

anyss berkata...

Abah Zino: kad ajaib ni dalam bentuk cash...dulu dalam bentuk kupon untuk beli buku. Bila ada cash, boleh beli apa-apa je ;)