Khamis, 12 Mei 2016

Maaf, BOSS!!



Catatan pagi yang tak berapa nak pagi dah, tengahari yang tak berapa nak tengahari:

Panggilan BOSS di Kelate boleh didengar bila-bila masa dan dimana-mana sahaja;

“BOSS, singgah minum dulu!”
“BOSS teh Tarik kurang manis satu!”
“BOSS, kuat nyangkul ter,”
“BOSS, ikan ni berapa sekilo?”

Mana-manapun BOSS. Sesiapa pun BOSS. Aku dah terbiasa panggil BOSS tak kira mereka tu tukang cuci longkang, posmen, pembaca meter letrik, tukang angkut simen, drebar bas, jaga, orang meniaga ayam goreng tepi jalan blab la bla yang umurnya lebih kurang baya atau lebih muda. Kalau usia lebih tua, jarang panggil sebab panggilan “pakcik” tu tanda hormat.

Bila panggil BOSS, orang yang kena panggil tu rasa dihargai. Rasa dihormati. Rasa tak adalah marhaen sangat. Tetapi…

Hari ni ada orang sentap bila aku panggil dia BOSS.

Maaf boss!!!

Selasa, 10 Mei 2016

Hantu Dah Berani Serang Manusia

Dunia dah makin tak selamat. Agaknya, dunia hantu pun dah tak tenteram lagi hinggakan hantu-hantu ni ambil keputusan untuk serang manusia.

Peringatan ya…sila jangan tonton waktu malam. Tengok siang-siang aje ya:

Berikut Video hantu menyerang manusia;



Seram tak? Bagi aku…yang terakhir tu agak menyeramkan jugak.

Namun, pada zaman teknologi pun tinggi ni, aku masih lagi terfikir adakah video hantu menyerang manusia ni ori ke tidak. Manalah tahu ianya sekadar petikan dari mana-mana filem seram aje.

Walaupun ada beberapa peristiwa seram aku alami di pejabat atau masa tinggal di asrama sekolah dahulu, namun takat ni tak adalah sampai aku kena serang. Tak pun, tak adalah sampai para hantu tu menampakkan wajah sebenar mereka.

Kalau depa mai senyum tunjuk kehenseman, mau aku pecut langkah dua tiga juta. NaSib baik depa hanya bersiul-siulan manja sahaja.Boleh baca entri kisah-kisah seram dan hantu yang pernah aku alami di entri berikut;


Isnin, 9 Mei 2016

Serik! Fobia!



Ya. Aku ni jenis mudah serik.  Bukan serik sikit-sikit atau buat-buat serik. Serik hingga jadi fobia adakalanya.

Aku serik nak jumpa orang yang suka tampal muka di facebook atau blog, sebab akhirnya muka aku juga turut tertayang kat sana. Aku sebenarnya tak suka sangat muka dan nama boleh timbul bila google. Kononnya nak kekal jadi misteri. Namun, dalam dunia sekarang ni, memang wajib nama mudah diakses. Kalau dalam bidang kepakaran, terpaksalah redha. 

Aku serik nak tolong kengkawan yang buat bisnis terutama bisnis makanan. Kerapkali tekak nak merasa apa yang kawan-kawan jual, ada masa nak tolong bagi semangat mereka meniaga. Namun niat itu tak semestinya tercapai. Adakala niat murni tu orang salah faham  dan salah anggap. Maklumlah, ambo ni bersliper Jepun je, mungkin tak mampu bayar kot. 

Dan serik itu kerapkali juga buatkan aku tidak lagi pesan dengan rakan-rakan itu. Bukan sebab tak sedap, tapi aku yang serba kurang ini dari segi fizikal yang dah tak larat (dah tua pun satu hal), dengan rabunnya lagi, dengan tak tau guna gajet cari jalan lagi…dengat DARATnya lagi, makanya, bila nak makan apa-apa tu, aku lebih selesa masuk je mana-mana kedai yang aku tak kenal. Kalau ada sesiapa yang kenal dan mereka ada premis, lebih mudah untuk terjah. Tak adalah kena pakai sistem COD, aku boleh pergi bila-bila masa ada kelapangan.

Yaaaa, aku mudah serik. Cukuplah apa yang dah kualami. Aku serik nak rapat dengan orang. Dan bila aku rapat dengan orang, janganlah tikam belakang pula, Jangan jadi talam yang bermuka-muka, memang kena tinggallah. Aku ni kan tinggi daya yakin diri huhuhuhu. Aku tak kesahpun orang tak nak kawan dengan aku, dah terlalu biasa sensorang aje selama ni. Bukan bermakna tak suka bersosial, tapi bila kerap sangat orang berkawan kerana bersebab, aku jadi fobia. 

Aku juga kerap serik masuk kedai makan. Ada ketika menunya best, masakannya sedap tapi bila layanannya macam kita nak makan free (yaaaaa aku sedar aku pakai slipper Jepun je), kali itu ajelah masuknya. Aku tak akan jejak lagi dah.

Kesimpulannya: janganlah buat aku serik. Janganlah buat aku fobia. Orang baik dengan aku, boleh aje aku baik dan menghargai mereka sepenuhnya. Namun bila ada kuih talam yang banyak muka, maaflah. Aku malas nak melayan orang begini.  Ya, aku tak ramai kawan yang baik tetapi apa yang ada dalam senarai aku tu memang jenis yang TERbaik. Yang akan aku sentiasa hargai. 

Kalau nak masuk dalam list tu, silalah tinggalkan muka talam. Kuih talam memang sedap, aku suka…tapi perangai talam banyak muka itu aku tak mampu nak terima.

Sabtu, 7 Mei 2016

Gambar ETS Bertembung KTM Komuter dari KL


Gempar! ETS dari ipoh bertembung dengan KTM train dari K.L, antara laluan kuala kubu menghala batang kali.




Berikut antara gambar di tempat kemalangan;



Sama2 kita doakan tak ada yang parah atau meninggal. Takziah kepada semua mangsa terlibat.

Jumaat, 6 Mei 2016

TERKINI Helikopter Hilang di Betong Sarawak



Petang semalam, kita dikejutkan dengan berita kehilangan sebuah helikopter di Betong Sarawak yang dalam perjalanan ke Kuching pada 4.15 petang Khamis dan terputus hubungan dengan pusat kawalan 20 minit kemudian. Cuaca di Betong petang semalam dilaporkan hujan.
Hingga kini, helikopter tersebut masih diklasifikasikan sebagai hilang dan masih tidak dapat dikesan. Jadi jangan percaya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai helikopter melakukan pendaratan kecemasan di Sibu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Nor Hisham Mohammad menafikan khabar angin bahawa helikopter yang dilaporkan hilang telah selamat melakukan pendaratan kecemasan. Malah, ada yang mendakwa helikopter tersebut di ditemui di Sri Aman.
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi iaitu Maludam, Sebuyau dan Lingga yang masing-masing terletak antara Betong, Samarahan dan Sri Aman. Operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan malam semalam dengan lebih 100 anggota pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR ini. Pagi tadi pula, pasukan Polis Marin dan unit helikopter PDRM turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian.

Enam individu termasuk seorang timbalan menteri dan Ahli Parlimen dipercayai berada dalam helikopter yang dilaporkan hilang itu, iaitu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah. Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Kita doakan usaha mencari dan menyelamat ini dimudahkan. Tak perlulah semua orang buat dan reka cerita yang bukan-bukan. Tak ada seronoknya buat begitu jika libatkan ahli keluarga kita. Tak payahlah nak cari publisiti murahan dengan like yang juta-juta tu dengan sebarkan fitnah dan cerita palsu yang menyusahkan pihak berkuasa pula. Patutnya, dalam situasi seperti ini, kita doakan semua urusan dimudahkan. Kita doakan mereka ditemui dengan cepat.

Tengahari ini pasukan mencari dan menyelamat mula menemui serpihan pesawat dipercayai helikopter yang hilang itu. Terkini satu mayat wanita ditemui berhampiran bangkai pesawat di tebing sungai batang lupar. Kita doakan semoga usaha mencari menyelamat berjaya ditamatkan sebelum malam.

Bergembira dengan berita kematian bagi aku adalah perbuatan yang biadap. Ingatlah semua orang akan mati termasuk kita sendiri. Matinya kita tak tahu lagi macam mana caranya. 

Takziah kepada semua ahli keluarga. Alfatihah.

Beringat Dengan Bagasi Bila Travel



Dulu, aku tak adalah fikir bukan-bukan bila gunakan perkhidmatan udara untuk pergi mana-mana. Kadang-kadang bagasi  tak letak manggapun tetapi ikut situasi semasa, kita letak mangga berderetpun orang yang pakar ni boleh aje selinap buka bagasi kita. Lupa dah kat mana aku tengok video youtube tunjuk betapa mudahnya untuk buka bagasi kita walaupun bermangga bagai. Dan kita tak tahu pun bagasi tu dah kena buka!

Dulu, kita risau barang hilang sebab tu kunci bagasi. Sekarang ni, tambah lagi satu kerisauan iaitu risau kalau ada orang masukkan barang tak tentu dalam bagasi kita. Tak pepasal kita pulak yang kena. Dah banyak kes jadi. Siakap keli awal minggu pun ada siarkan pengalaman sepasang suami isteri hampir jadi mangsa bila orang tak dikenali minta daftarkan bagasinya atas nama mereka.

Beberapa tahun dulu aku kerap bertugas di Kuching dan Kota Kinabalu. Bila pergi sebab bertugas, ada masanya tak bawa bagasi besar gedabak pun, cukup hanya dua tiga helai pakaian yang boleh bawa masuk ke dalam pesawat sahaja. Jadi, bagasi tu tak gunapun.

Satu kali tu di lapangan terbang Kuching, masa nak daftar masuk untuk balik KL aku nampak ada dua orang pakcik tengah sembang fasal lebihan bagasi untuk anaknya yang akan sambung belajar di Jordan atau Mesir tah. Budak lelaki. Suci murni je wajahnya. Berat bagasi yang dibawa ikut timbangan berat untuk penerbangan antarabangsa, sedangan dia perlu guna penerbangan domestik ke Kuala Lumpur dahulu. Kiranya terlebih dalam 10kg begitulah. Banyak juga nak kena bayar tu.

Tak fikir panjang, aku terus dekati mereka dan bagi salam. Tanya apa masalah mereka, kemudian tawarkan untuk gunakan had bagasi aku yang tidak digunakan pun itu. Awalnya mereka berat hati nak terima, katanya karang timbangan bagasi aku pula yang tak cukup. Bila aku tunjukkan beg kecil yang aku bawa dan beritahu hanya itu sahaja bagasi aku dan beg itu akan dibawa masuk pesawat, mereka bersetuju dengan wajah berseri-seri. 

Di kaunter daftar masuk aku beritahu petugas hal tersebut. Biasanya bagasi adik tu akan didaftarkan atas nama aku, tetapi bagasi adik tu telah didaftarkan semuanya atas nama adik tu. Alhamdulillah. Mungkin petugas tu jugak dah jatuh cinta dengan wajah bersih adik tu nak sambung belajar. Dan Allah dah mudahkan urusan adik tu.

Bila fikirkan semula dan baca banyak kisah bagaimana rakyat negara kita tertipu dijadikan keldai dadah, aku jadi insaf dengan kebendulan diri sendiri. Namun, untuk kes adik tu, aku tak menyesal bantu dia. Melihatkan keluarganya, wajahnya sendiri...dah menampakkan hatinya.

Kawan-kawan, bila travel, sila beringat dengan bagasi. Kalau rasa patut balut dengan plastik tu...balutlah. Bukan sahaja supaya barang berharga dalam bagasi tak hilang tapi tidak juga dimasukkan baranganan seperti dadah dll. Sekarang ni, bukan dalam filem sahaja wujud benda-benda begini, tapi dah banyak berlaku dalam dunia nyata. Tak pepasal masuk ke dalam dengan salah yang tidak kita lakukan.