Selasa, 29 Mei 2012

Nayati Suka Tinggal di Malaysia


Masih ingat lagi tentang Keluarga kepada seorang kanak-kanak warga Belanda,
Nayati Moodliar yang diculik bulan lepas dan dibebaskan setelah membayar
tebusan sebanyak RM300 ribu. Dah tentu mereka akan trauma, kini Bapa Nayati,
Shamelin, 41 tahun, seorang perunding di sebuah firma pengurusan antarabangsa
telah dibuang kerja kerana enggan berpindah keluar dari Malaysia
selepas anaknya yang berusia 12 tahun dibebaskan. Alasannya:
“Majikan saya memberitahu Malaysia tidak selamat,
maka mereka memberi notis seminggu untuk kami pulang ke Belanda"

Nayati diculik sewaktu berjalan kaki ke Sekolah Antarabangsa Mon’t Kiara
pada 27 April lalu, dibebaskan selepas enam hari apabila membayar
wang tebusan sebanyak RM300,000. kisah penemuannya aku ada tulis
berserta video penemuan Nayati Moodliar
Tiga lelaki telah didakwa di mahkamah majistret di sini
di bawah Akta Penculikan 1961. Bagaimanapun, dalangnya
masih lagi terlepas dan dipercayai melarikan diri ke Eropah.

Nayati sukakan Malaysia dan merasakan Negara kita ni
masih menjadi tempatan yang dia mahu untuk dibesarkan.
“Di sini berbeza, setiap hari panas dan aman, jadi saya boleh
membuat banyak perkara kerana saya menyukai aktiviti luar seperti berenang
dan bermain bola keranjang pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.
“Dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia untuk setiap daripada mereka
yang mendoakan saya. Saya berhutang nyawa sebenarnya.”
Sila baca mstar untuk cerita yang panjang lebar

Alahai Nayati…daku suka nak tinggal barang setahun dua di Belanda,
Dikau pulak suka kepanasan Malaysia ni ya…
Macam terbalik pula…tapi, aku pun bukannya nak menetap sana
Nak bercuti je pun. Ada sesiapa sudi taja?
Takat ni belum ada tajaan huh u hu usah muntah dulu ya!


Isnin, 28 Mei 2012

Tawaran Biasiswa Sukan KPT 2012


Dimaklumkan bahawa permohonan bagi Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah dibuka. Kepada pelajar-pelajar yang berminat, sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan syarat-syarat dan kelayakkan:

http://www.mohe.gov.my/portal/penajaan/penajaan-kpt/90.html 

Permohonan biasiswa ini adalah secara atas talian (online) di laman web:

https://payloan.mohe.gov.my/sukan/index.php

kepada yang memenuhi syarat, bolehlah mohon ya. Ni biasiswa, bukan pinjaman ya…tak payah bayar huh u hu

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya

Talian Utama 03-8870 6000

Faks:  03-8870 6839



Hantu Tompang Kereta Sinar Harian?


Nak percaya ke tak nak percaya?
Kalau baca Sinar Harian edisi utara hari ni
Ada ditulis pasal Misteri lembaga wanita dalam kereta Sinar
Siap ada dua keping gambar lagi sebagai bukti
Haaaaaaaaaaa nak kata apa?
Nak komen apa? Tak terkata…lebih baik tak payah komen apa
Macam-macam komen boleh kita tengok kat bawah artikel tu.

Aku tampal je berita berkenaan, pandai-pandai koranglah nak kata apa
Nak komen apa…nak percaya ke idaknya:


28 Mei 2012

KULIM - “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu. Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera. Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan. Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok. Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan. Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi. “Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok. Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya.

Komen aku: tak payah komen kalau kita tak tahu apa-apa
Kalau salah komen tunjukkan betapa tak bertamadunnya kita
Boleh gitu? Hu huh u