Memaparkan catatan dengan label perculikan nayati Moodliar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perculikan nayati Moodliar. Papar semua catatan
Selasa, 29 Mei 2012
Nayati Suka Tinggal di Malaysia
Masih ingat lagi tentang Keluarga kepada seorang kanak-kanak warga Belanda,
Nayati Moodliar yang diculik bulan lepas dan dibebaskan setelah membayar
tebusan sebanyak RM300 ribu. Dah tentu mereka akan trauma, kini Bapa Nayati,
Shamelin, 41 tahun, seorang perunding di sebuah firma pengurusan antarabangsa
telah dibuang kerja kerana enggan berpindah keluar dari Malaysia
selepas anaknya yang berusia 12 tahun dibebaskan. Alasannya:
“Majikan saya memberitahu Malaysia tidak selamat,
maka mereka memberi notis seminggu untuk kami pulang ke Belanda"
Nayati diculik sewaktu berjalan kaki ke Sekolah Antarabangsa Mon’t Kiara
pada 27 April lalu, dibebaskan selepas enam hari apabila membayar
wang tebusan sebanyak RM300,000. kisah penemuannya aku ada tulis
berserta video penemuan Nayati Moodliar
Tiga lelaki telah didakwa di mahkamah majistret di sini
di bawah Akta Penculikan 1961. Bagaimanapun, dalangnya
masih lagi terlepas dan dipercayai melarikan diri ke Eropah.
Nayati sukakan Malaysia dan merasakan Negara kita ni
masih menjadi tempatan yang dia mahu untuk dibesarkan.
“Di sini berbeza, setiap hari panas dan aman, jadi saya boleh
membuat banyak perkara kerana saya menyukai aktiviti luar seperti berenang
dan bermain bola keranjang pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.
“Dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia untuk setiap daripada mereka
yang mendoakan saya. Saya berhutang nyawa sebenarnya.”
Sila baca mstar untuk cerita yang panjang lebar
Alahai Nayati…daku suka nak tinggal barang setahun dua di Belanda,
Dikau pulak suka kepanasan Malaysia ni ya…
Macam terbalik pula…tapi, aku pun bukannya nak menetap sana
Nak bercuti je pun. Ada sesiapa sudi taja?
Takat ni belum ada tajaan huh u hu usah muntah dulu ya!
Langgan:
Catatan (Atom)