Dua hari ni ambo terkurung kat dalam bilik mesyuarat
berbengkel dan gotong royong menyiapkan soalan kaji selidik yang bakal
diedarkan kepada graduan hujung tahun nanti. Haaaaaaa ada 10 bulan lagi masanya
tapi dah mula buat soalan ya kawan-kawan…sape kata orang gomen buat kerja
saat-saat akhir huhuhuhu
Nak kata stress memang stresslah gotong royong begini sebab
bila banyak kepala, banyak pulaklah ragamnya. Namun kalau kerja dalam suasana
stress, memang akan tambah meletuplah kepala nak jana idea. Jadinya, awal-awal
tu masing-masing sivik sikitlah. Formal. Sebab Pengarah ada. Lama-lama sikit,
mulalah jadi huru hara. Macam-macam perangai ada.
Semasa bincang itu ini untuk buat keputusan atau baikpulih
ayat sesama sendiri itu, macam-macam ayatlah keluar. Ragam pun macam-macam. Bila
ada rakan-rakan utarakan idea bernas ketika kepala dah berat dan ting tong,
makanya keluarlah ayat-ayat memuji segunung fuji seperti “Kemah keming, boh!”
Tetiba adalah pulak rakan yang lain bertanya kembali maksud
ayat “Kemah Keming” yang selalu dituturkan oleh orang Kelantan atau Trengganu
itu. Beginilah jawapannya;
Haaaaaa boleh faham tak agaknya?
Dapat sakit hati jualah adanya rakan yang berasal dari Johor
itu, kerana makna “kemah Keming” itu tetap diterangkan dalam Bahasa Kelantan
juga. Makin peninglah si penanya. Berikut ada lagi perkataan yang sama makna
dengan “kemah Keming” tu, diutarakan rakan FB ambo;
Jadi, apa maknanya “Kemah Keming” itu?
Jawapan yang rakan ambo berikan tu betul juga. Tak salah
pun. “Kemah Keming dan “Tak Googet” itu adalah sinonim, iaitu sama maksud
sahaja. Ataupun dipanggil juga sama erti.
Sebenarnya, kata “Kemah Keming” merujuk kepada "jawapan yang
jitu, padu, bernas, padu, tepat…itulah yang dikatakan “Tak Googet” yang bermakna,
“tak dapat dah nak digerakkan lagi” dek kerana jawapan padu berkenaan.
Itulah lebih kurangnya. Ambo bukan pakar Bahasa. Ambo cuba
untuk membantu rakan-rakan yang tertanya-tanya tentang makna perkataan itu
sahaja. Jika ada maklumat lain nanti ambo tambah lagi ya.
5 ulasan:
Kemah Keming = Kemas Bukan Main? :)
Ceq orang utara, ceq agak je ni maksudnya :D
tp walaupun dh baca penerangan, akka mcm tak paham lg maksud kemah keming ni huhuhu
ooohhoh ye, tanya laki akka la yg org tganu hehehhe
Plain83: Boleh jugak. tapi janganlah pulak maksud "kemas" kat situ adalah "ketat". Jika maksudnya "tak berganjak" masih juga boleh diguna pakai
Norhidana: Kena biasakan penggunaannya, ada ketika tak semua keadaan sesuai digunakan.
Kemas kemain.... Kemas bkn main
Catat Ulasan