Dapat panggilan telefon dari sebuah bank…mmmmm macamlah bank
boleh telefon sendiri kan huhuhuhu. Masa jawab panggilan tu, mulut penuh
cekodok. Jadi, jawab pun main ya ya ya je lah nak kekal Nampak jelita dan
sopan.
Maka, dia pun bersungguh-sungguhlah perkenalkan satu produk
baru bank berkenaan setelah pujian melambung-lambung berkaitan kesetiaan ambo
jadi pelanggan bank dia. Padahal, masa ambo susah sesak nak strukturkan kewangan
dahulu, semuanya dia tolak. Nyampah aku! Baru sekarang nak hegeh-hegeh tawar
macam-macam sejak aku dah berjaya bebaskan diri minimumkan hutang piutang dalam hidup. Jeles ler tuh!
Setelah 5 minit pung pang pung pang bercakap kenalkan produk
baru bank tu, maka dia pun bertanya: boleh saya masukkan nama puan sebagai
peserta untuk program ini?
Amboih! Urusan Tarik duit orang boleh buat persetujuan dalam
telefon aje. Bulan-bulan nak kena bayar entah sampai aku pencen, satu soalan tu
je tanya?
Setelah sebegitu lama bermain dengan politik program
macam-macam ditawarkan koperasi, bank atau ahlong (opsssss!), aku mengerti
bahawa mereka sebenarnya hanya nak jawapan YA tang tu je, padahal apa yang dia
dok pot pet pot pet sekejab tadi, tak ada hitam putih pun. Benda macam ni lah
yang adik aku pernah kena. Setiap bulan buat bayaran tapi bila nak buat
tuntutan macam-macam hal ngelaknya.
Jadinya, ambo pun mintaklah segala dokumen berkaitan apa
yang dia ceritakan seketika tadi tu. Katanya: Kami boleh hantar selepas Puan
SETUJU sertainya. Semua dokumen tu puan akan dapat.
Hangin ler ambo….dahlah ganggu aku tengah kunyah cekodok,
mintak maklumat pun dalih pulak. Nak mudahhhhhh aje.
Ambo: saya perlu masa nak kaji dulu.
Dia: Puan boleh tengok di website bank kami bla bla bla
Ambo: Jadi tak boleh lah hantar guna surat ke alamat saya seperti dalam
system tu?
Dia: Tak dapat. Kami tak ada pemplet.
Ambo: Awak nak saya
ambil produk awak tetapi saya mintak satu perkara tu pun je tak dapat? Boleh
yakin ke bila saya ambil nanti, nilai ratus-ratus ribu tu saya boleh dapat?
Terima kasihlah ya!
Dia yang nak cari kastemer, kita pulak kena susah payah!
Okeh, aku insaf. Dah mula nak berlagak. Itupun sebab dulu depa
berlagak dengan aku kan?
Mmmmmm macam lah aku ni pelanggan penting simpan ratus
juta dalam bank tu, nak berlagak pun.
Serius, aku memang rasa hati dan TERHINA dengan banyak bank
ni walaupun ada beberapa pegawai bank yang aku jumpa dulu tu lah yang bantu aku.
Jasa mereka tetap aku kenang walaupun
sekarang ni tak dapat dah aku nak kontek mereka. Semoga mereka sentiasa
dirahmati selalu.
2 ulasan:
marah ke ? sampai eja pegawai pun salah.
assalamualaikum pakngah al-lavendari,
mana ada marah....nasihat je :D
Catat Ulasan