Nak kata pagi,
tak adalah pagi benornya. Dah nak masuk tengahari. Semalam hari bermalas-malas
setelah awal minggu aku log in di pejabat jam 7.15 pagi. Gila kentang awal. Fuhhhhhh!
Payah ler kalau selalu dok kagum dengan diri sendiri huhuhuhu
Jadinya, hari
Rabu semalam aku bermalas-malas Tarik selimut tulis bab bagai atas katil, jam
11.30 baru terkedek-kedek pergi pejabat, dan rancang untuk balik jam 2.30
petang. Kalaulah setiap hari macam ni
kan besttttt!!!
Tengah berangan
tunggu lampu isyarat hijau, tetiba ada panggilan masuk di nombor Digi. Nombor
ni hanya student yang guna, walaupun nampak di skrin betapa panjangnya nombor
dia, aku tetap jawab telefon selepas panggilan pertama tak sempat jawab. Maklumlah,
dalam beg perempuan tu kan macam-macam ada, mesin basuh pun simpan situ
huhuhuhu.
Bila dah jawab,
dah bagi salam...dah cakap hello hello banyak kali, dia masih jugak senyap
sunyi tak kata apa. Bila tanya dia nak cakap dengan siapa, dia hanya dok hello
hello je manjang. Sebelum suara aku jadi tinggi, aku putuskan aje panggilan. Mana
tau line tak elok. Dia tak dengar kan. Sampai sudah tak ada lagi panggilan dari
nombor tu.
Di pejabat, aku
semak nombor ni tanya encik Google, beginilah hasilnya;
nampak tak? kod +880 tu dari Bangladesh |
Aku rasa dia terkasima
kot bila dengar lagu industan riuh rendah dalam kereta aku huhuhuhu
Pelik jugak kan
bazirkan duit telefon rentas sempadan semata-mata nak dengar suara aku la la la
payah benarnya bila ada penyakit nan satu ni.
Mungkin, aura
Bangla tu tinggi kat aku kot. Ya lah, bukan selalu orang Malaysia nak pergi
Dhaka, nak jejak kaki di Bangladesh huhuhuhu macam nak rasa lagi lah jadiperempuan cantik kat sana.
10 ulasan:
Hai Adek Manessss...
Abang sukaaa jugaaa sama adek manessss...
hahaha
Owhhh baru tau ade website yang boleh cek no luar call kita..Selalu saya letak no telefon kat google search jerk la..kadang-kadang dapat jawapan, kadang-kadang idok..Thanks info sis..
p/s : Salam perkenalan..479 melawat sini..(^_*)..
kakcik: huhuhuhu adek manesssss sentiasa aje terlebih gula
Ain: selamat datang ain...
Amboiii peminat antarabangsa nampakkkk... hehehe
cuma risau, dia call kita...charge patah balik kita kena bayar.
dia nk call awek tp tersalah dial tuh...
itu psl dpt call adik manissss....
azieazah: peminat ambo layak antarabangsa aje...pakistan la, bangla la, nepal la...vietnam laaa huhuhuhuhu serammm
ambo guna tepon prepit je, tak kena caj balik kot
norhidana: huwa huwa huwa
tu la pasal nape dia diam tak jawab sepatah haram...tergoda dengar suara bahasa melayu kot...terkasima huhuhuhuhu
ado sore mamat bangla sinih....
Eelobor: sib baik sorang je huhuhuhu
Catat Ulasan