Selasa, 17 Mei 2016

Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik Premier 2016

Status Keputusan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam atau Politeknik Premier 16 Mei 2016

Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei 2016 (Isnin) mulai 12 tengah hari.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pemohon boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian hotline 03-88706767 atau 03-88706777 dan laman web (lt)http://upu.mohe.gov.my(gt), (lt)https://jpt.utm.my(gt), (lt)http://jpt.uum.edu.my(gt), (lt)https://jpt.unimas.my(gt), (lt)http://jpt.ums.edu.my(gt) .

Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888. Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi universiti awam berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) mulai 17 Mei (Selasa).

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh universiti awam atau politeknik premier melalui laman web rasmi universiti atau JPP. Kegagalan calon yang berjaya untuk mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran tersebut.

Sejumlah 440,688 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada 2015 dan hanya 181,317 calon (41.1 peratus) telah mengemukakan permohonan UPUOnline. Daripada jumlah ini, 90.3 peratus iaitu 163,681 calon layak dipertimbangkan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat asasi dan diploma di universiti atau politeknik premier bagi Sesi Akademik 2016/2017.

KPI berkata Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) juga menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA pula akan diumumkan pada 26 Mei (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari.

Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke universiti awam atau politeknik premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan. UPU Online Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016 di (lt)http://upu.mohe.gov.my(gt).

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di universiti awam dan politeknik premier selepas pendaftaran pelajar baharu. Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di universiti awam dan politeknik premier berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal. Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad.

Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan atau terdapat sebarang kemusykilan. 

Kepada adik-adik yang berjaya tu tahniah diucapkan. Yang tak berjaya jangan putus asa, sila isi rayuan online. naik tingkatan 6 dan hadap STPM pun okey aje.

7 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Senang budak sekarang tak macam zaman kakak dulu semua tunggu surat pos.

Kakcik Seroja berkata...

Duduk2 saja ni, rasa nak ambil SPM pulak. Mana tahu dapat keputusan cmerlang, boleh mohon masuk universiti.

Tak mustahil, kan? :)

anyss berkata...

KakZakie: teringat zaman-zamn dulu kalau musim isi borang, berebut orang pergi beli di pejabat pos. beratur sampai jalan raya

anyss berkata...

Kakcik: Saya angkat bendera putih nak ambik SPM semula sebab tak reti nak menghafal. Kalau STPM tu rasanya masih boleh harung cabaran sebab depa lebih banyak jawab dlm esei kecuali paper ekonomi

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya nak tanya ne kalau sya nak buat rayuan dekat politeknik konvensional tetapi sebelum ne sya mengemukakan permohonan ke UA/politeknik premier dan tidak berjaya bukan rezeki tetapi saya berhasrat ingin membuat rayuan ke politeknik konvensional , akak rasa boleh ke , sbb sya xda isi permohonan dekat politeknik konvensional ne , sya isi permohonan UA/politeknik premier jak boleh akak bantu saya jelaskan terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum saya nak tanya ne kalau sya nak buat rayuan dekat politeknik konvensional tetapi sebelum ne sya mengemukakan permohonan ke UA/politeknik premier dan tidak berjaya bukan rezeki tetapi saya berhasrat ingin membuat rayuan ke politeknik konvensional , akak rasa boleh ke , sbb sya xda isi permohonan dekat politeknik konvensional ne , sya isi permohonan UA/politeknik premier jak boleh akak bantu saya jelaskan terima kasih

anyss berkata...

Mohd Hafizuddin: Adik, kes macam ni akak tak pasti. tapi...
Kalau nak buat rayuan kat mana-mana politeknik selain dari isi permohonan rayuan secara online, dulu-dulu (sistem terkini tak tau), ada sahaja pelajar terus ke politeknik terbabikt (jika dekat) dan isi secara manual rayuan tu. Pihak poli tersebut akan hubungi jika masih ada kekosongan.

Biasanya, kekosongan masih ada selepas semua pelajar dah daftar ke mana2 IPT.

cadangan akak: selain poli, boleh juga minta ke institut kemahiran lain seperti IKM, giat mara dll. kursus libatkan kemahiran ni dah banyak ditawarkan & lebih mudah untuk dapat kerja nanti. selamat berusaha, dik