Jumaat, 1 November 2013

Ketagih Candy Crush?

 
Ada tak yang ketagih dengan Candy Crush Saga ni?

Memanglah apapun benda ada kesan buruknya, termasuk juga candy crush saga ini juga boleh mendatangkan keburukan dan kesan negatif Candy Crush Saga kalau dah terlebih ketagih. Bergantung kepada kita nak lalai ke nak manfaatkan.

Sejujurnya, aku cukup berterima kasih dengan kewujudan mainan Candy Crush Saga yang berjaya melalaikan ramai umat manusia di dunia.

Namun, dalam kes aku…candy crush saga itulah setia menemani aku sepanjang masa berjaga jadi burung hantu. Bila mengantuk je, aku cari candy Crush…main sekejab, kemudian sambung buat kerja sekolah semula. Begitulah secara berulang-ulang sama ada di telefon, tab atau lap top. Tapi jarang sangat main di lap top sebab ketuaannya buatkan gula-gula tersebut malas nak bergerak. Hilang mood teruja huh u huhu

Tang mana manfaatnya Candy Crush tu? Tang boleh celikkan mata aku dari mengantuk bila mengadap buku dan kertas malam-malam buta tu. Juga bermanfaat untuk ketahanan mental dari sudut kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi dek dapat mengelakkan rasa putus asa. Gigih betul nak kena tekan jari jemari runcing ni berjuang naik ke lavel seterusnya huh u hu
 
 
Walau ramai yang marah-marah bila kena mintak nyawa…kepada pencinta Candy Crush Saga, silalah mintak nyawa dengan orang-orang yang main sahaja ya. Jangan mintak nyawa dengan rakan-rakan FB yang tak main benda alah ni, ia boleh mendatangkan kenaikan darah tinggi yang mendadak ya.

Aku jarang minta nyawa dengan rakan-rakan FB (kecualilah kalau memang Candy Crush yang buat kerja mintak nyawa untuk aku tanpa aku tahu). Aku hanya mintak nyawa masa nak lepaskan tangga block tu je.

Namun begitu, aku punya rakan-rakan FB yang sangat baik hati kerana selalu sahaja dermakan nyawa, antaranya yang sempat aku print skrin adalah:

 
 
Comey tak dia? Terima kasih kakcik. Terima kasih banyak-banyak juga kepada semua rakan-rakan FBku yang sporting dermakan nyawa ya…daku sangat menghargainya. Semangat dan kegigihan untuk tamatkan misi ini sangat tinggi ni.

Bukan susahpun nak derma nyawa kat rakan-rakan yang terlekat dengan badi candy crush ni…sekali tekan je pun. Tanpa kawan-kawan mintak pun kita boleh derma…tak payah pakai modal pun. Cer tengok, banyak tak markah dia? Hu hu hu macam mana dia main hingga macam tu punya banyak markahnya? Cer citerrrrr!
 
 

Jadinya, kesimpulan entri ini adalah: silalah derma nyawa banyak-banyak kat aku ya…
 
 



8 ulasan:

t.a.t.a berkata...

rajin nya. saya stuck kat level 70. malas dah nak sambung.

Amin A. R berkata...

majulah candy crysh untuk negara konsep kesukanannya kan? hihihi..
saya dah lama rasanya tak main candy crush ni.. main tu main gak, cumanya, masa tak begitu mengizinkan.. gitew. :D

Darling Pya berkata...

current level acu 443
kat tab cuma sampai level 440
sebab tu dah lama x main candy crush nie.. nak harap main time office susah nak mencelah.. huhuhu

Yunus Badawi berkata...

Kanda tak main candy crush ni. Jadi tak dapatlah nak derma nyawa kat dinda

anyss berkata...

tata: itu namanya GIGIH hu hu huhu

anyss berkata...

Amin: Daku sentiasa main terutama masa kena berjaga malam...ubat mata mengantuk. Kalau dah tak leh fokus main tu maknanya, memang kena tidur huhuhuhu

anyss berkata...

Acu Sayang: daku baru lavel 302...jauh lagi nak sampai tu ;)

anyss berkata...

YB: sila lah main ----> utk derma nyawa hu huhuhuhu