Sabtu, 23 November 2013

Ku Cinta Kau Seorang


Selepas tamat siaran Diandra, slot Lestary di TV3 setiap Selasa pada jam 9 malam diisi dengan drama siri baru sebanyak 13 episod berjudul Ku Cinta Kau Seorang. Drama komedi romantik ini terbitan Global Station Sdn Bhd adalah karya terbaru Khairul Amri Khalid dan nukilan skrip oleh Shuhadatul Ain Zakaria dengan menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Amyra Rosli, Ruminah Sidek, Faradhiya, Zack X-Factor, Hafizzuddin dan Bill Azali.

Ku Cinta Kau Seorang mengisahkan tentang Batrisya, (lakonan Amyra Rosli) yang dibesarkan dalam keluarga berada. Segala permintaan dan kehendaknya dituruti bapanya, Datuk Hisham. Suatu hari, pekerja restoran milik Datuk Hisham, Helmi (Remy Ishak) menegur sikap biadap Batrisya dengan orang lebih tua (peminta sedekah) sehingga menyebabkan wanita itu berasa malu. Dia pergi berjumpa dengan bapanya di pejabat semata-mata mahu menyuruh bapanya memberhentikan Helmi.

Datuk Hisham enggan melepaskan Helmi kerana Helmi seorang anak muda yang rajin dan tidak bermasalah melaksanakan tugas. Kecewa terhadap tindakan bapanya yang enggan memberhentikan Helmi, Batrisya bertindak lari ke luar negara selama sebulan sebagai tanda protes. Ini menyebabkan Datuk Hisham runsing dan meminta pendapat rakan baiknya, Rahim. Rahim bukan sahaja seorang sahabat yang setia mendengar keluhan Datuk Hisham, dia juga memberikan pendapat yang terbaik.

Selepas puas bercuti, Batrisya pulang ke tanah air. Dia terkejut besar melihat terdapat papan tanda ‘Untuk Dijual’ di hadapan rumahnya. Dia bergegas ke restoran bapanya, tetapi restoren itu didapati sudah tutup. Batrisya kemudian berjumpa dengan Rahim. Rahim menunjukkan surat menyatakan bapanya sudah muflis dan terpaksa melarikan diri disebabkan banyak hutang. Dalam surat itu juga Datuk Hisham menyuruh Batrisya tinggal bersama Helmi dan neneknya yang sudah tua dan nyanyuk.

Batrisya cuba meminta bantuan daripada dua rakan baiknya, Maya dan Farah, namun mereka enggan membantu dengan pelbagai alasan. Dia juga cuba menghubungi teman lelakinya, Razman, namun hampa.

Helmi adalah anak yatim piatu, tidak dapat melanjutkan pelajaran atas faktor kewangan dan terpaksa melakukan banyak pekerjaan untuk membiayai kos perubatan neneknya yang menghidap penyakit buah pinggang selain daripada sudah tua dan nyanyuk. Untuk tinggal bersama mereka (Helmi dan neneknya), Batrisya perlu mematuhi beberapa peraturan di rumah itu termasuk membantu Helmi menjaga nenek. Konflik seterusnya akan mengubah Batrisya menjadi seseorang yang baru.

Komen aku: dah dapat teka apa yang berlaku seterusnya. Tak boleh komen lebih-lebih, kang kata tak menyokong drama Melayu pulak. Tak pepasal aku kena halau pergi Zimbabwe pulak…mana nak dapat sambal belacan kalau pi dok sana?
 
 

6 ulasan:

t.a.t.a berkata...

haah, macam dapat agak aje jalan cerita ni.

Dr K berkata...

Jom bukak kedai belacan..kedai budu..kat Zimbabwe! Pakcik kayo!! hahaha

Kujagahatiku berkata...

kalau wayang hindustan lagilah , tengok mukadimah pun dah tau endingnya haha

Nick Nashram berkata...

buat import eksport belacan ke zimbabwe masyuk..hehe

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

hihihii, auntie tak pernah singgah untuk drama melayu sebab tiada subtitle, tak faham.
tapi masa boleh mendengar dulu pun tak pernah suka drama2 melayu
(banyak kekurangan dalam semua aspect)

azieazah berkata...

Alahai... klise sangat dah. Kami tengok masa episod 2 jer, tu pun sebab balik awal dapat la tune. Pastu... sori la. Kali ni memang tak sokong.

Hahahah jom kita dok Zimbabwe barang sebulan dua!