Ahad, 23 Jun 2013

Pelajar Malaysia Maut dalam Kemalangan Di Jordan


Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jordan. Kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra. Kemalangan berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu menyebabkan kematian Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Pemergian kesemua pelajar itu ke Jordan bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya untuk menjejak sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Takziah untuk seluruh keluarga mangsa.




3 ulasan:

gadisBunga™ berkata...

innalilahiwainailahirojiun.... ajal pasti tiba tak lambat tak cepat walau sesaat pun...

Unknown berkata...

Dear Students
This is just an appeal to overseas students- please during first year holidays from university, just return immediately to your families at home. Resist the urge to go for an adventure especially in private cars driven by others. Your family has been away from you for the first time. Your mother and father,has not seen you for the past one year. Your first responsibility is to return to them. They or your guardians have nurtured you and let you go far because they believe you are focusing to study and graduate. As Muslims, yes we can say all we want that this is a test and will from Allah but alas,we lost one good pious Muslim sister and A FAMILY LOST THEIR DAUGHTER. A nation lost a would be expert or national contributor. We want MORE scientists with good Islamic and ethical foundations. NOT LESS. We should guard of brothers and sisters and ENSURE THEIR SAFETY and PREServation of human life First. These are the cream of students. their scholarships are paid by the nation’s rakyat hard earned earnings from taxes collected and they are sent away at highcost, because the nation is counting of them to return and serve the country and its people.

ALia berkata...

dear Puteri, ajal dan maut ketentuan Tuhan sejauh mana usaha dan ikhtiar yang dilakukan, begitulah jugak cara ALLAH menentukannya, bukanlah ALLAH menghilangkan ilmu itu dengan cara menghilangkannya dari kepala manusia, tapi dengan cara mematikan hamba-hambaNYA yang soleh, dengan inilah cara ilmu dihilangkan maka berleluasa kebodohan dan tanda akhir zaman.
BTW, tak semestinya tahun first kena balik jumpa family, macam saya sendiri, tak sampai setahun pun lagi duduk diperantauan, dan memang rancang nak balik selepas setahun diperantaun, adik saya pergi meninggalkan saya, tanpa sempat saya berjumpa memeluk mencium nya adik yg saya sayangi sangat2, months after that, barulah saya pulang ke tanah air cuti semester dan menziarahi kubur adik.

31:34. Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.