Jumaat, 7 Jun 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh


Alamak!!!! Tajuknya tak leh blah. Sebenarnya, hanya penyambung jambatan kedua pulau pinang sahaja yang runtuh bukannya keseluruhan jambatan ya…

Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi. Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan. Runtuhan palang penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang tidak melibatkan struktur pembinaan, tetapi hanya bahagian tanjakan konkrit serta besi penyambung Pakej 3A, iaitu penyambung jalan susur keluar dari jambatan ke lebuh raya sebelah pulau.


Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, petang tadi. Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.

Sehingga jam 11 malam seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus melakukan S&R.



Seorang pemandu lori konkrit mendakwa lima minit sebelum kejadian mereka terdengar bunyi retakan disusuli penyambung konkrit rangka jambatan bergoyang dan runtuh di susur masuk ke Jambatan Kedua Pulau Pinang dari Batu Maung di sini, petang tadi.

Enam pekerja dilihat melarikan diri dalam debu yang melingkungi 200 meter kawasan pada jam 7.15 petang. Setelah itu, dua kereta jenis Proton Waja dan Perodua Viva serta sebuah motosikal yang menghala Batu Maung dilihat dihempap penyambung kongkrit seberat 200 tan. Selepas runtuhan itu, kenderaan terbabit langsung tidak kelihatan. Dua pekerja iaitu seorang Myanmar yang cedera parah manakala seorang lagi warga Indonesia patah kaki kanan diselamatkan orang awam.

Projek pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.


Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

Nak tengok video runtuhan jambatan kedua pulau pinang? Nampak sikit suasana keseluruhannya berbanding tengok gambar runtuhan jambatan kedua pulau pinang sahaja:



Komen aku: Tak tau nak komen apa sebab kat opis akupun menghadapi masalah hampir sama. Entah kenapa bangunan binaan zaman sekarang ni mudah benar tumbang dan runtuh berbanding bangunan sejarah lampau zaman guna gajah dan tenaga manusia macam di tembok besar china ka, piramid ka...menara cinta ka...


7 ulasan:

zino berkata...

Malang tidak berbau...bagaimana canggih teknologi pun kalau sudah di takdir berlaku akan tetap berlaku..
Somebody perlu menjawab samaada berlaku kecuaian dimana kesilapan dalam persediaan peranca , formwork dan sebagainya , kesilapan menilai kekuatan tanah di mana peranca di dirikan ada pelbagai faktor menyumbang kemalangan yg tak seharusnya berlaku ...

Unknown berkata...

salam takziah
group whatassp poli psp 99 syer sns kjadian beliau xjauh dr tmpt tsebut.

bwh jambatan tu mjadi laluan utama pkerja kilang ulang alik.
Allah maha besar tiap kjadian ada hikmahnya

Kakcik Seroja berkata...

Takdir itu takdir juga, kan?

Penyebabnya?

:(

anyss berkata...

Abah zino: kuasa manusia memang terbatas, tapi harapnya bukan sebab cuai "yang disengajakan" oleh pihak lain.

anyss berkata...

Ayu Citarasa rinduan: semoga banyak yg kita belajar dr kejadian ni

anyss berkata...

Kakcik: walllah ...hanya Dia yang tahu

gadisBunga™ berkata...

sedih...