Memaparkan catatan dengan label meninggal kemalangan di jordan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label meninggal kemalangan di jordan. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Pelajar Malaysia Maut dalam Kemalangan Di Jordan


Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jordan. Kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra. Kemalangan berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu menyebabkan kematian Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Pemergian kesemua pelajar itu ke Jordan bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya untuk menjejak sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Takziah untuk seluruh keluarga mangsa.