Isnin, 3 September 2012

TV3 Mohon Maaf Bagi Pihak Nurul Syuhada


Benda kecil je pun tapi entah macam mana telah dibesar-besarkan

Malam tadi, Stesen TV3 memohon maaf tentang salah faham
dikeluarkan pengacara comel cantik manis Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
semasa siaran langsung sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Lumpur Jumaat lalu
mengenai Bintulu, salah satu bandar utama di Sarawak.

"Bagi pihak TV3, kami ingin menerangkan bahawa terdapat salah tafsiran terhadap penyampaian oleh pengacara kami Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain ketika merujuk kepada pemilihan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia tahun ini, semasa siaran lintas langsung perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lepas. Kami meminta maaf jika salah tafsir ini menyinggung mana-mana pihak," kenyataan ini disiarkan semasa Berita Perdana semalam.

Kenyataan itu menambah, Nurul Syuhada dan TV3 tidak mempunyai sebarang niat
untuk memburukkan bandar tersebut.

Beberapa pemimpin dari Sarawak mengecam dan menggesa stesen itu
memohon maaf atas alasan personaliti TV3 telah menjejaskan reputasi Bintulu.
Ia memberikan tanggapan salah mengenai Bintulu yang selama ini
telah menyumbang berbilion ringgit kepada pendapatan Negara.
kenyataan Nurul Syuhada bahawa Bintulu adalah sebuah kawasan daif
bukan sahaja menyinggung perasaan rakyat di kawasan itu tetapi juga Sarawak
Bintulu ialah satu daripada kawasan di Sarawak yang mencatatkan pembangunan pesat
dan menjadi pusat kepada aktiviti pemprosesan minyak dan gas,
industri berteknologi tinggi dan sebahagian kawasan penting
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Bagi sesiapa yang pernah berada di Bintulu pasti akan tahu bahawa
tariff hidup di sini sangat tinggi, barang-barang juga mahal kerana
terdapat ramai penduduk di sini terdiri daripada orang luar
yang berkerja di syarikat cari gali gas dan petroleum

Jangan salahkan si cantik manis Nurul Syuhada Nurul Ain jika tak tahu
sebab masih ramai lagi orang lain yang tak tahu
namun, sebab dia selebriti, orang popular…makan mudah sahaja
dia dipersalahkan berbanding orang lain
yang paling menarik, komen-komen yang berbaur politik tentang isu ni
padahal Nurul Syuhada bukanlah orang politik
pelik betul!

Komen aku: Bila Kelantan diistiharkan negeri paling miskin,
ramai dok  meroyanpun ada sesiapa minta maaf? hu hu hu hu
aku je la dok meroyan sensorang kat sini



12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Bagi kakcik ianya bukan satu isu pun. Entah kenapa sengaja nak disensasikan. :(

Kelantan tu tak habis2 dihentam, tak siapa kisah pulak...

gadisBunga™ berkata...

nampak sangat nurul syuhada sendiri adalah orang yg berpengaruh kan? :D

Munn Jaafar berkata...

kalau kelantan tu semua org tutup mata je lah...huhu..tp pasal bintulu tu mmg diorg mrh betul..blh borneo sana mmg agak kecik ati ngn semenanjung ni..sbb byk hasil bumi dtg dr borneo, tp yg byk sedap semenanjung...

Maiyah berkata...

mcm ni le skrg kan
pas satu satu huh!

Yunus Badawi berkata...

W/p negeri Kelantan dianggap miskin oleh sesetenah pihak tapi org Kelantan ramai yg kaya raya ... ngeee

anyss berkata...

kakcik: ramai yang suka jadi pengampu...itu yg jadi isu benda ni. Padahal...sasul je pun. Bukan semua tempat di Malaysia ni kita pernah pergi, logiklah Nurul tak tahu pun...

Bukan x kesah kelantan dihentam, dah lali kata orang

anyss berkata...

GB: hu hu hu lepas ni Nurul bolehlah jual produk sendiri kan? Pengaruh dia besar...senang jual produk ;)

anyss berkata...

munnafendy: kelantanpun tengah disedut hasil buminya...kami kecil hatipun ada depa kesah?

anyss berkata...

Maiyah: Gitulah gaya hidup orang malaysia ni...latah bab tertentu je ;)

anyss berkata...

YB: hu hu hu daku miskin lagi hina sob! sob! sob!

siko sorik berkata...

ad dua benda yg ramai xfaham ukuran diantara maju dan daif,,negeri yg maju dan ad pembanguan xsmesti nya rakyatnya xdaif,,seperti d kelantan negeri nya xlah semaju d negeri laen tp pd umumnya rakyat negeri ini mempunyai kuasa beli tggi dan 'ADA DUIT' ,,,sabah dan srawak kelantan terenggan penyumbang 70% hasil negara tp boleh dikatakan tiada pembangunan yg sepatutnya berbanding sumbangannya.ironiknya negeri pengeluar minyak,dan tengku razali,salleh abbas anak klantan&dan besut org yg bertanggungjwb menubuhkan dan membuat undang 144 yg sendiri nya tertubuh petronas,, setuju bila kelantan smua buat pekak badak apabil HARAM JADAH kta negeri miskin tp bla kna btg idung negeri dia sdiri tadbir bru rasa

siko sorik berkata...

ad dua benda yg ramai xfaham ukuran diantara maju dan daif,,negeri yg maju dan ad pembanguan xsmesti nya rakyatnya xdaif,,seperti d kelantan negeri nya xlah semaju d negeri laen tp pd umumnya rakyat negeri ini mempunyai kuasa beli tggi dan 'ADA DUIT' ,,,sabah dan srawak kelantan terenggan penyumbang 70% hasil negara tp boleh dikatakan tiada pembangunan yg sepatutnya berbanding sumbangannya.ironiknya negeri pengeluar minyak,dan tengku razali,salleh abbas anak klantan&dan besut org yg bertanggungjwb menubuhkan dan membuat undang 144 yg sendiri nya tertubuh petronas,, setuju bila kelantan smua buat pekak badak apabil HARAM JADAH kta negeri miskin tp bla kna btg idung negeri dia sdiri tadbir bru rasa