Selasa, 11 September 2012
Remy Ishak Sangat Kacak Dalam 29 Februari
Dah tengok filem 3D pertama Malaysia dari KRU Studios?
Filem Muzikal ini terisi lagu-lagu yang sangat sedap didengar
Lagu-lagu lama yang sangat suka aku dengar tu
Dan juga 3 lagu baru terutamanya lagu Kelip-Kelip nyanyian Remy Ishak.
Ohhhhh! Remy Ishak sangat kacak hensem dan awesome!
’29 Februari’ menyaksikan Remy Ishak menyanyikan tiga buah lagu
iaitu Kelip-Kelip, Jagalah Diri dan Seperti Dulu yang dicipta dan
digubah Edry Abdul Halim.
aku suka sangat dengan penataan skor muzik yang cantik diiringi orkestra.
jiwang karat berdengung-dengung lagu tu dalam kepala
sampai sekrang…ohhhhh sangat ceria hidup ni kan?
ketika demam Nur Kasih dan Nur Kasih The Movie dulu
tak lah sebegini jiwang karat rasanya hu hu hu
Trailer filem 29 Februari
Bila KRU Studios hebahkan tentang filem baru mereka,
Aku memang sangat teruja…sebelum ni pun aku suka Magika,
Sangat suka juga dengan Hikayat Merong Mahawangsa
hampir nak gila teruja bila Yusry datang komen kat blog...
Kini…hu hu hu sangat puas hati dengan filem 29 Februari
filem 29 Februari ini berkisar tentang kehidupan Budi
yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali.
fizikalnya kelihatan terbantut dan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu
sebagai suatu sumpahan. Sebab usianya bertambah 4 tahun sekali,
umurnya panjang…lebih kurang 120 tahun
[arwah datuk aku meninggal umur 118 tahun]
jadi Budi lalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia
seperti zaman penjajahan British dan Jepun, masa Jepun ni
Budi kehilangan kedua orang tuanya, kemudian dibesarkan di rumah anak yatim
paling seronok masa Negara menyambut kemerdekaan 1957.
visual asal dari Arkib Negara 'diperbaharui' dan disesuaikan dengan plot
seperti visual laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
yang disatukan dengan lakonan semula penonton di Stadium Merdeka,
termasuk Budi sebagai saksi kepada hari bersejarah itu.
Malah, Budi juga bersalaman dengan Tun Mahathir
semasa majlis pelancaran kereta Proton Saga.
semua visual dari arkib ini telah diwarnakan, bukannya hitam putih
Seperti dalam filem 1957: Hati Malaya (2007).
Di Sebalik Tabir "29 Februari"
Budi berkenalan dan bercinta dengan gadis Tionghua; Lily,
Cinta mereka mendapat tentangan keluarga Lily
Menyebabkan Lily menghilangkan diri ke Penang
Ayah Lily menyangka Budi yang menyembunyikan Lily
Lalu membelasah Budi dengan teruk, tetapi
Budi pernah menyelamatkan ayah Lily dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Lagu Kelip-kelip yang Remy Ishak nyanyikan sendiri
macam jadi lagu tema cinta mereka…fuhhhh syahdunya!
tambah lagi dengan suasana senja tepian tasik…Tasik Taiping tu!
'Kelip-Kelip' - Remy Ishak
Apa yang best, kita boleh tengok perubahan era melalui watak Budi
Boleh tengok zaman afro, rock kapak, pop yeh yeh dan sebagainya
Namun kacaknya Budi @ Remy Ishak boleh kita tengok masa tahun 2012
Dia buka kedai bunga di Pulau Pinang, ada 2 orang pekerja
Rupanya makcik salah seorang pekerjanya tu adalah Lily
sedang menderita kanser…ohhhhh sangat sedih ya kawan-kawan
menitik air hidung kita menahan kesedihan tu
namun kat situlah Nampak kacak tampan dan awesomenya Remy Ishak
dia jaga Lily yang dah tua gayut dan kerepot tu sedangkan dia masih muda
masih muda tau! Umur dia kan berubah 4 tahun sekali huh u hu
bayangkan, dia hiasi bilik Lily dengan kuntuman bunga lily putih
penuhhhhhhhh keliling katil…cantik dan manis jeeee!
tetiba je aku jatuh cinta dengan Remy Ishak! Ohhhhh! Tolong!!!!
Terima kasih kepada penulis skrip yang manis,
Berjaya sisipkan elemen yang menyentuh hati kat situ…syahdu!
'Seperti Dulu' - Forteen
Skrip tulisan Amir Hafizi mengkacukkan kisah fiksyen Budi
dengan peristiwa-peristiwa penting tanah air
seperti penaklukan Jepun, Hari Merdeka 31 Ogos 1957
serta tragedi 13 Mei 1969 seperti teknik dalam filem Forrest Gump (1994)
Remy Ishak sendiri berdepan dengan pengalaman menarik dalam filem ni
“saya jadi macam psiko kerana perlu ambil mood yang berbeza-beza
dalam masa sehari. Misalnya, sebelah pagi saya kena berlakon di era
penjajahan Jepun, menjelang tengahari saya kena berada di zaman 1990-an.
Memang rasa penat sebab kena bermain dengan pelbagai perasaan”.
Aku kagum dengan 29 Februari yang perlu dilihat dari perspektif lebih meluas.
Tidak sahaja sebab filem 3D Negara yang pertama,
penggunaan teknologi stereoskopik yang Nampak setaraf dengan filem luar,
menggabungkan unsur komersial iaitu drama dan romantisme;
dengan elemen sejarah dan patriotisme
bangga betul ada filem keluaran anak tempatan yang begini
semua ramuan ada kat situ termasuk cinta dan setia
masa menonton filem ni bersama Cik Bintang,
ada lebih kurang 15-20 orang penonton sahaja
termasuk pasangan yang buat wayang,
namun jumlah itu lebih ramai berbanding seorang blogger lain
yang hanya menonton berdua sahaja
mungkin, masih belum ramai anak Malaysia sukakan filem
yang ada nilai estetik, ada jati diri bangsa walaupun intinya masih lagi cinta
namun dalam semua preview di akhbar, blog, Facebook filem ini sendiri
atau review yang dihasilkan…ternyata lebih menonjolkan
tentang sejarah, perjuangan dan kemerdekaan sedangkan semua itu
hanyalah latar sahaja, bukan inti utamanya.
Ohhhhhh! Dah lama tak tulis entri sepanjang ini!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Kakcik suka baca ulasan Anyss ini. Harap2nya kakcik dapat menonton cerita itu nanti. Syabas juga buat KRU yang sentiasa ada idea segar untuk produk mereka. :)
aummm.....
remy ishak mencetus entry panjang! hahahaha!!!!
Ehhh I suka filem-filem sebegini. Memang ada hajat nak tengok filem ni, sbb apa saja dari KRU, I like!
Tapi tengok Sebalik Tabir haritu, banyak tayanh kisah cinta Budi dgn amoi tu jerrrr.
Apapun Remy Ishak memang macho lagi maskulin...!
kakcik: sangat nostalgia filem ni...lagu2 lama yang best dan latar sejarahnya. Inti utama "kesetiaan budi dgn cinta" sampai tua tunggu Lily....sweet!
Saya tak akan lepas peluang tengok filem2 KRU sbb mmg tahu mereka buat benda yg lain dr org lain...
GB: Errr...errr...errrr ----> curik Remy jab je pun, tanak ambik terus la la la
Azieazah: memang best terutama kita mmg suka lagu2 lama, kisah2 lama yg nostalgia...juga kritik sosial. Dialog ke 2 pun dah kena bantai bangsa kita.
scene kedua: orang melayu cakap english, orang putih lak cakap melayu hu huhu u serius sadis!
Catat Ulasan