Rabu, 5 September 2012

Maut Ditikam Abang Kerana Tukar Siaran TV


Gara-gara berselisih faham menukar siaran televisyen,
seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya
di Kampung Telaga Papan di Kemaman, TERENGGANU
kerana bergaduh dan bergelut.
kejadian berlaku kira-kira 8 malam.

Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam
dan menikam perut mangsa.
suspek berusia 37 tahun itu kemudian melarikan diri.
Sebelum itu, (hari yang sama) dua beradik ini bergaduh berebut motosikal

mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh,
Kemaman, sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

suspek berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi tadi
di Kampung Telaga Papan, Kemaman. ujian saringan air kencing mendapati
suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat
kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



5 ulasan:

azieazah berkata...

Kalu dah kena dadah, memang hilang akal la, terus jadi bodoh..!

Kakcik Seroja berkata...

Betapa buruknya pengaruh dadah... :(

eelobor berkata...

berat 66

ejaescobart berkata...

hilang pedoman, hilang iman.. hilang akal..

apa pun tak boleh...

al fatihah buat arwah mangsa..

dina berkata...

isk, abangnya umur 37tahun pun masih nak berebut nengok tv.... tu la kalau dah kena dadah apa pun boleh jadi