Jumaat, 14 September 2012

Kertas percubaan SPM bocor di FB


Sekarang ni heboh merata tempat pasal Soalan Kertas percubaan SPM dah bocor
bagi Kuala Lumpur dan Selangor yang akan berlangsung
29 Ogos hingga 21 September ini, didakwa sudah tersebar di Facebook
selalunya mereka akan letak soalan itu sehari sebelum tarikh peperiksaan
bagi setiap subjek tetapi pada tahun ini telah diletakkan lebih awal.

Awal pagi semalam, terdapat 23,000 orang telah menerima laman tersebut,
namun selepas maklumat mengenainya tersebar di media,
laman itu telah tiada pada jam 3 petang.
terdapat 10 subjek yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar
telah dimuat naik di laman tersebut dengan 99.9% tepat seperti soalan sebenar.

Komen aku:
Pernah dengar tentang keberkatan ilmu?
bukan rezeki sahaja perlu berkat, tetapi ilmu yang kita timba juga
perlu berkat bagi kesinambungan kepada rezeki yang berkat.
hal-hal berkat sebegini tak ramai orang suka nak ambil berat
sejak dulu lagi pun, jadi usah hairan!
ramai yang lebih suka mengejar agregat A yang panjang atau cemerlang
dalam peperiksaan yang akan jadi kayu ukur kepandaian seseorang
lagi banyak deretan A kita dapat, maka lebih cemerlanglah kita
hinggakan ramai juga yang sanggup berbuat apa sahaja untuk dapatkannya

Ya, usah salahkah mereka, memang begini caranya kita menilai
tanpa A berderet itu kita tidak dianggap cemerlang
pernah tak bertanya kepada diri sendiri sejauhmana berkatnya
ilmu yang kita dapat? Berkat itu tidak sahaja perlu ikhlas menerima
dan ikhlas juga orang yang memberinya
lalunya…kalau meniru dalam peperiksaan, copy kertas kerja orang,
atau sabotaj rakan yang lain agar kita lebih terlihat cemerlang,
masihkah dianggap sebagai ilmu yang berkat?

Aku sendiri pernah berdepan dengan hal-hal keberkatan ilmu
biarpun keputusan peperiksaan atas kertas aku tak begitu banyakA
ternyata aku diterima kerja berbanding seorang rakan
yang serba serbi Nampak lebih cemerlang
aku tidak mahu tuduh ilmunya tidak berkat, namun semua orang tahu
bagaimana cara dia dapatkan deretan A sebanyak itu
tetapi bukanlah Allah lebih Mengetahui?

Aku tak kata ilmu yang aku ada ini berkat,
namun yang aku tahu, aku dapatkannya dengan usaha keras
yang bukan sedikit tanpa terliur menggunakan jalan mudah.
Alhamdulillah, walaupun aku tak pernah naik pangkat dengan ilmu ini,
namun cukuplah untuk aku sara tekak sendiri
moga-moga mana yang tertunda untuk aku terima di dunia
akan perolehinya semula di sana…





1 ulasan:

Maiyah berkata...

di hujung jari katakan
mmg cpt je semua
tp sy setuju dgn anyss