Isnin, 3 September 2012

Pelajar Malaysia Maut Kemalangan Bas Di Rusia



Dua pelajar Malaysia maut dalam satu kemalangan bas di Rusia
manakala lima yang lain cedera dalam satu kemalangan melibatkan 2 buah bas
di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow malam tadi
(awal pagi tadi waktu Malaysia).

Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah,
Pelajar tajaan Mara dari Dungun, meninggal dunia di tempat nahas,
manakala Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani,
Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin,
Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

semua pelajar yang terbabit adalah pelajar wanita tajaan
yang menuntut di Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.
kemalangan membabit dua bas berlaku di Vladimirskaya,
kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam 2 September.
mereka baru pulang dari cuti semester di Malaysia,
dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny.

Pelajar yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Viyazniky
di wilayah Vladimirskaya, dalam keadaan tidak kritikal serta sedar.


Komen aku: DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah.
Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai
Takziah kepada mereka dan keluarga, semoga tabah dengan ujian ini.




1 ulasan:

kakcik berkata...

Malang tidak berbau.

Saat tibanya ajal, sesaat pun tidak dapat dianjak waktunya.

Semoga roh mereka tenang di sisi Maha Pencipta. Al Fatihah.