Sabtu, 7 April 2012

Bunuh Sosilawati Sebab Duit



Memang besar pengaruh duit dalam hidup ni
Orang selalu kata “ada duit semua boleh jadi”
betul ke?

Betul tak betul pun, arwah Sosilawati Lawiya
yang jadi mangsa bunuh dan bakar dengan kejam di Ladang Gadong Sepang
dua tahun lepas yang pernah gemparkan negara itu
semata-mata sebab nak duit
N. Pathmanabhan tak cukup duit nak bayar cek RM3 juta
untuk dibayar arwah Sosilawati kerana jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang
selain cek yang lain bernilai RM4 juta.
keterangan saksi ke-98,  pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo,
setakat 30 Ogos 2010,  Patmanabhan hanya ada RM1.38 juta dalam akaunnya.
memang tak cukuplah kan nak bayar masa tu juga
sebab menurut Erni Dekritawati Yuliana Buhari, arwah ibunya
nak tunaikan cek tu cepat untuk digunakan
sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya
serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10 September 2010.

Ekoran pembunuhan jutawan kosmatik datuk Sosilawati Lawiya
Dan empat individu lain; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38;
peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan
pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44,
terbongkar juga kehilangan dua ahli perniagaan lain iaitu
Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan warga India;
Allal Kantan Muthuraja selepas bertemu Pathmanabhan.

Biar mahkamah tentukan kes ini
yang aku nak tekankan kat sini adalah:
duit besar pengaruhnya hingga boleh hilangkan kemanusiaan
hilang pertimbangan, hilang harga diri
duit menguji kita masa miskin, juga masa rasa nak lagi kaya
jadi, aku tak mahu nak dabik dada mengatakan
aku ini kebal dengan ujian berkaitan duit
hanya aku dah buktikan aku mampu berdepan ujian
semasa tersangat tak ada duit
walaupun orang yang berada keliling aku telahpun tewas

Jangan lupa, ujian untuk kita sebeanarnya adalah
ujian untuk insan-insan keliling kita juga
mungkin kita mampu depaninya, belum tentu mereka
juga mampu



PssssT: Perdana Menteri berkata di Batu Pahat;
keputusan mengenai gaji minimum akan diumumkan hujung bulan ini.


4 ulasan:

pena rozie berkata...

Sebab duit manusia sanggup melakukan ape sahaja...

gadisBunga™ berkata...

sebenarnya ujian berkaitan duit ni tak semua yg kuat nak hadapi. boleh bercerai bergaduh dibuatnya. :D

anyss berkata...

Pena Rozie: Selamat datang. Ya sebab duit...taruhan duitnya pun besar, juta2. memang berbaloi bunuh. Takat dua tiga hengget meragut hingga ragut nyawa orang, macam pelik je kejamnya tu

anyss berkata...

GB: Lebih mudah jalani ujian tadak duit sebab kita akan lebih dekat dengan Allah. Lebih sedar diri, lebih ingat mati, lebih mudah rasai kesukaran orang lain berbanding ujian banyak duit. Tak ramai orang lepas ujian banyak duit...