Memang besar pengaruh duit dalam hidup ni
Orang selalu kata “ada duit semua boleh jadi”
betul ke?
Betul tak betul pun, arwah Sosilawati Lawiya
yang jadi mangsa bunuh dan bakar dengan kejam di
Ladang Gadong Sepang
dua tahun lepas yang pernah gemparkan negara itu
semata-mata sebab nak duit
N. Pathmanabhan tak cukup duit nak bayar cek RM3
juta
untuk dibayar arwah Sosilawati kerana jual beli sebidang
tanah di Pulau Pinang
selain cek yang lain bernilai RM4 juta.
keterangan saksi ke-98, pegawai bank Yvonne Tiong Guat Choo,
setakat 30 Ogos 2010, Patmanabhan hanya ada RM1.38 juta dalam
akaunnya.
memang tak cukuplah kan nak bayar masa tu juga
sebab menurut Erni Dekritawati Yuliana Buhari, arwah
ibunya
nak tunaikan cek tu cepat untuk digunakan
sebagai bayaran bonus kepada kakitangannya
serta menyambut Hari Raya Adil Fitri pada 10
September 2010.
Ekoran pembunuhan jutawan kosmatik datuk Sosilawati
Lawiya
Dan empat individu lain; pegawai bank Noorhisham
Mohamad, 38;
peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan
pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44,
terbongkar juga kehilangan dua ahli perniagaan lain
iaitu
Shafiq Davendran Abdullah (orang tempatan) dan
warga India;
Allal Kantan Muthuraja selepas bertemu
Pathmanabhan.
Biar mahkamah tentukan kes ini
yang aku nak tekankan kat sini adalah:
duit besar pengaruhnya hingga boleh hilangkan
kemanusiaan
hilang pertimbangan, hilang harga diri
duit menguji kita masa miskin, juga masa rasa nak
lagi kaya
jadi, aku tak mahu nak dabik dada mengatakan
aku ini kebal dengan ujian berkaitan duit
hanya aku dah buktikan aku mampu berdepan ujian
semasa tersangat tak ada duit
walaupun orang yang berada keliling aku telahpun tewas
Jangan lupa, ujian untuk kita sebeanarnya adalah
ujian untuk insan-insan keliling kita juga
mungkin kita mampu depaninya, belum tentu mereka
juga mampu
PssssT:
Perdana Menteri berkata di Batu Pahat;
keputusan
mengenai gaji minimum akan diumumkan hujung bulan ini.
4 ulasan:
Sebab duit manusia sanggup melakukan ape sahaja...
sebenarnya ujian berkaitan duit ni tak semua yg kuat nak hadapi. boleh bercerai bergaduh dibuatnya. :D
Pena Rozie: Selamat datang. Ya sebab duit...taruhan duitnya pun besar, juta2. memang berbaloi bunuh. Takat dua tiga hengget meragut hingga ragut nyawa orang, macam pelik je kejamnya tu
GB: Lebih mudah jalani ujian tadak duit sebab kita akan lebih dekat dengan Allah. Lebih sedar diri, lebih ingat mati, lebih mudah rasai kesukaran orang lain berbanding ujian banyak duit. Tak ramai orang lepas ujian banyak duit...
Catat Ulasan