Wahhhh macam rancangan Apa Kata Wanita macam kat tv pula!
masih lagi tentang isu poligami
isu paling hangat dan panas sealam
malaya
bila tanya pendapat kepada rakanlelaki tentang piligami
tentang wajar tidaknya saya terima
poligami
SEMUA orang yang saya tanya itu
jawab: wajar dan perlu
malah ada yang lebih ekstrim kata: Wajib berpoligami
dah tentu jawapannya berbeza bila
tanya pada orang perempuan
wanita dah tentu tak suka poligami,
walaupun bukan semua
para isteri kata:
kau muda lagi
(ceeewaaaaaaaaaaaaahhhh ayat nak bodek aku!)
peluang masih luas nak cari jejaka Idaman Malaya macam Anuar Zain
(Soalnya, nak ke Anuar Zain Kahwin
dengan aku hu hu hu)
tak elok ganggu rumahtangga orang
yang bahagia
(maknanya kalau rumah tangga yang
dah tak bahagia
aku boleh ganggulah? TAK ELOKKK tu!)
masih lagi hati boleh terima, bila
ada yang berkicau:
mandi bunga je, aku
tahu kat mana bomoh yang bagus
bomohhhhh????
mandi bunga tu aku masih lagi boleh
terima
kat SPA banyak boleh buat hu hu hu
tapi kalau kena jumpa bomoh segala,
lupakan sahaja.
Aku tak mahu subahat benda-benda
yang mendatangkan syirik ni
bukannya nak suruh berdoa dapatkan jodoh yang baik
kena yang mulut lagi celupar, kata:
aku pun hairan dengan kau,
nak kata tak ada rupa (hantu kot tak
ada rupa, baik sebut “tak rupawan”)
orang yang lagi buruk mukanya dari
kau pun dah ada anak berlori
(rupa faktor utama ke? Sila
jelaskan…aku tak faham ni)
patutnya, berebut lelaki kejar kau
yang kau beratur depan pintu rumah
tangkap laki orang apahal?
dah gatal sangat?
(beratur??? wahhhh saham lelaki dah
kahwin memang tinggi ya
kena beratur segala! depan rumah
Anuar Zain ada orang beratur tak?
kalau belum ada, aku nak pergi
beratur ni)
Wahhhhh! boleh tahan juga ya mengata
aku “gatal”
tidakkah dia tahu, kalau tahap
“kegatalan” aku tu dah sampai
laki dia orang pertama yang aku
nguratpun. Huh!
kan dah mendatangkan marah!
namun, sejuk pula rasa hati kalau
antara mereka itu menyebut;
jodoh itu ketentuan Allah, memang sudah diatur
biar dipaksa bagaimanapun, kalau
bukan itu yang ditentukan
tak jadi juga
bila dah itu yang Allah tentukan
lari seberang lautpun tetap akan
kahwin dengan dia juga akhir nanti
tak payah pening kepala fikir apa
orang nak kata
paling utama kau tak ganggu hidup
orang
(macam mana pula kalau orang yang
ganggu hidup aku?)
setelah berikhtiar, melakukan apa
yang terbaik
kemudiannya berdoa untuk dapatkan jodoh yang baik
hiduplah seperti yang kau ingini
kerana
Allah sebenarnya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita
nak tahu apa pula kata aku bab
poligami ni?
Huh! promosi tak boleh blah
macamlah aku ni Rozita Che Wan atau Gadis Idaman Malaya
hu hu hu tunggu entri akan datang
yang aku sendiri tak tahupun bila
nak tulis
tunnggu je lah ya…
4 ulasan:
saya bukan wanita, tapi saranan U kawin je Dato' yang sibuk sama-sama lewat balik rumah
sama macam ustazah tu jawap kan? malas la nak copy paste lagi.... huhuhuhuhu
ZZ: Errrr datuk tu ada berapa ramai cucu? ------> tak elok tu!
Eelobor: Sokong pendapat ustazah tu hu hu hu
Catat Ulasan