aku suka
dengar Klasik Nasional
ramai kawan
atau bekas kawan-kawan aku tak suka hobi ni
membosankan!
kata mereka
secara
rambang, aku sukakan lagu-lagu dihasilkan tahun 90-an
dan
sebelumnya hingga tahun 30-an,
zaman lagu-lagu
dinyanyikan dengan nyaring
hingga suaranya boleh
pecahkan gelas kaca dek picnya yang tinggi
lagi lama
usia lagu itu, lagi aku suka
walaupun
orang kata suara penyanyi waktu itu
macam tong
drum kena ketuk
namun bagi
aku, itulah uniknya lagu itu
menyukai
lagu-lagu 80-an dan 90-an masih lagi boleh diterima
atau
lagu-lagu P.Ramlee yang sangat merdu dalam filem-filemnya
namun
sukakan lagu-lagu nyanyian Rokiah Wandah, Lina,
Norma Kadir,
Wahid Satey dan ramai penyanyi lama
seringnya
aku dianggap pelik
kononnya
hanya golongan lama sahaja sukakan mereka
namun, aku
sangat berterima kasih dengan Klasik Nasional
sentiasa
alunkan lagu-lagu sebegini
selain
mencarinya di Youtube
paling
tidak, lepas jua rindu
bukan
bermakna aku tak suka lagu-lagu baru
bukan tak
minat Cinta Muka Buku atau Gadis Semasa
bukan tak
pandang Ana Rafalli atau Aizat
tetap juga
layan Maher Zain dan si kacak bersuara merdu Anuar Zain
namun, nilai
puas itu tak sama
bak makan
nasi bersama budu dan tempoyak
dah tentu
berbeza dengan menikmati pasta atau spagetti
atau
mengadap pizza dan KFC
sekalipun
kenyang, nikmatnya tetap berbeza
Kau Dan Aku: Yunizar Hussein dan M.Nasir
kalau dengar
lagu Syarifah Aini sekalipun
aku lebih
gemarkan suaranya pada tahun 80-an
berbanding
lagu-lagunya era 2000
walaupun ada
Nurul dan Ajai yang sudahpun terpisah jauh cintanya
tetap juga
tak sama dengan Uji Rashid dan Hail Amir
biarpun aku
kagumi lakonan Azean Irdawati dan Fauziah Nawi
aku juga
tetap sukakan nyanyian mereka
tetap
tersendiri, tak ada yang mampu tandingi
sekalipun
hanya nyanyikan lagu berjudul “Abang Bomba”
apalagi bila
libatkan kemerduan tersendiri
Rafeah Buang
tak akan sama dengan Azlina Aziz
yang
sentiasa juga aku dengari sepanjang masa
tanpa jemu,
tak pernah bosan biar berderet artis baru memunculkan diri
biarlah Siti
Nurhaliza dengan lenggoknya yang tersendiri,
atau Fauziah
Latiff yang sentiasa berduka dalam lagu
atau juga
arwah Sudirman Haji Arsyad nan ceria berdendang
tak
setanding dengan Jamal Abdillah dan Allycats
tak sepadan
dengan M.Nasir dan Hattan
biarlah aku
nampak klasik pada pandangan kalian
pada kaca
mata manusia sekeliling
paling utama
aku menikmatinya
aku
sukakannya
aku damai
berada di dalamnya
sesekali,
seronok juga dengar lagu Hindustan
itu juga
lagu-lagu nostalgia
Mohabbatein
memang best, namun dah tentu tak setanding Sanggam
betul tak?
6 ulasan:
hehehe....satu kupasan yang cukup menarik sebab rasanya aku pun mempunyai minat yang sama....
mulusnya muka m nasir masa muda. heheh....
saya pun kadang2 layan klasik fm jugak. tapi bila dah kuar lagu tahun 30an, 40an, 50an - saya tukar chanel. heheh~
Eelobor: waaaa sama ek? macam sama2 suka makan buah duye ;), tak pa...nanti boleh sama2 bersenandung lagu M.nasir ;)
GB: oklah tu...saya pun tak dengar waktu malam...macam mendodoikan ke alam mimpi pulak ;)
Masa M.Nasir kahwin dengan Marlia Musa dulu, fuhhhhhh, satu Malaya wanita malaysia kechiwa la la la
you speaking gomen me no understand. Me only a village boy .... huhuhu
YB: versi yg dibaca tu adalah versi yg diterjemahkan google hu hu huhu
Catat Ulasan