Memaparkan catatan dengan label Cinta Muka Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Muka Buku. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2011

Lagu Lama Vs Lagu Baru


 
aku suka dengar Klasik Nasional
ramai kawan atau bekas kawan-kawan aku tak suka hobi ni
membosankan! kata mereka

secara rambang, aku sukakan lagu-lagu dihasilkan tahun 90-an
dan sebelumnya hingga tahun 30-an,
zaman lagu-lagu dinyanyikan dengan nyaring
hingga suaranya boleh pecahkan gelas kaca dek picnya yang tinggi
lagi lama usia lagu itu, lagi aku suka
walaupun orang kata suara penyanyi waktu itu
macam tong drum kena ketuk
namun bagi aku, itulah uniknya lagu itu

menyukai lagu-lagu 80-an dan 90-an masih lagi boleh diterima
atau lagu-lagu P.Ramlee yang sangat merdu dalam filem-filemnya
namun sukakan lagu-lagu nyanyian Rokiah Wandah, Lina,
Norma Kadir, Wahid Satey dan ramai penyanyi lama
seringnya aku dianggap pelik
kononnya hanya golongan lama sahaja sukakan mereka
namun, aku sangat berterima kasih dengan Klasik Nasional
sentiasa alunkan lagu-lagu sebegini
selain mencarinya di Youtube
paling tidak, lepas jua rindu

bukan bermakna aku tak suka lagu-lagu baru
bukan tak minat Cinta Muka Buku atau Gadis Semasa
bukan tak pandang Ana Rafalli atau Aizat
tetap juga layan Maher Zain dan si kacak bersuara merdu Anuar Zain
namun, nilai puas itu tak sama
bak makan nasi bersama budu dan tempoyak
dah tentu berbeza dengan menikmati pasta atau spagetti
atau mengadap pizza dan KFC
sekalipun kenyang, nikmatnya tetap berbeza


Kau Dan Aku: Yunizar Hussein dan M.Nasir  

 
kalau dengar lagu Syarifah Aini sekalipun
aku lebih gemarkan suaranya pada tahun 80-an
berbanding lagu-lagunya era 2000
walaupun ada Nurul dan Ajai yang sudahpun terpisah jauh cintanya
tetap juga tak sama dengan Uji Rashid dan Hail Amir

biarpun aku kagumi lakonan Azean Irdawati dan Fauziah Nawi
aku juga tetap sukakan nyanyian mereka
tetap tersendiri, tak ada yang mampu tandingi
sekalipun hanya nyanyikan lagu berjudul “Abang Bomba”
apalagi bila libatkan kemerduan tersendiri
Rafeah Buang tak akan sama dengan Azlina Aziz
yang sentiasa juga aku dengari sepanjang masa
tanpa jemu, tak pernah bosan biar berderet artis baru memunculkan diri
biarlah Siti Nurhaliza dengan lenggoknya yang tersendiri,
atau Fauziah Latiff yang sentiasa berduka dalam lagu
atau juga arwah Sudirman Haji Arsyad nan ceria berdendang
tak setanding dengan Jamal Abdillah dan Allycats
tak sepadan dengan M.Nasir dan Hattan

biarlah aku nampak klasik pada pandangan kalian
pada kaca mata manusia sekeliling
paling utama aku menikmatinya
aku sukakannya
aku damai berada di dalamnya
sesekali, seronok juga dengar lagu Hindustan
itu juga lagu-lagu nostalgia
Mohabbatein memang best, namun dah tentu tak setanding Sanggam
betul tak?