Khamis, 27 Oktober 2011

Aidiladha 2011 Diraikan Pada Ahad, 6 November 2011


setelah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Majlis Raja-Raja Melayu,
petang  tadi, 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah
ramai-ramai dah pergi teropong mengendap skodeng
melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha. 
Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh
Aidiladha atau Hari Raya Qurban berdasarkan Rukyah dan Hisab. 
Sebanyak 30 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan
di seluruh negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad
telah mengisytiharkan  bahawa tarikh Hari Raya Qurban @ Aidiladha
pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011.

Selamat bercuti, Selamat menyambut Aidiladha, selamat balik kampung
semoga perjalanan anda juga selamat
berhati-hati sepanjang musim perayaan
hu hu hu aku tak balik raya tahun ni
kesian tak?
Ohhhhhhh sangat kasihan (ayat nak tenangkan hati sendiri)
tapi, aku balik tiga hari selepas raya
itupun sebab kerja.
Malang tak?
Ohhhhhh sangat malang!

4 ulasan:

eelobor berkata...

hehehehe....kawe tulong balik meriahkan kapom la deh... lepas 3 hari (lepas hari tashriq) tok merioh doh.

anyss berkata...

Eelobor: huh! asal balik ok je lah...tiket free lak tu hu h uhu rest dulu kumpul tenaga sementara budak2 ni kena angkut dengan pak cik dia balik kg...aduhaiiii walaupun tak sempat balik raya, tapi hati rasa merdeka jab la la la

SharkZ berkata...

6 oktober??kekekeke 6 oktober kan dah lepas...hehehe

anyss berkata...

SharkZ: terima kasih, segebitu ramai orang yang baca, mata anda je kot yang CERAH dan perasan salah bulan tu...waaaa nak cepat aje kan hu hu hu