Jumaat, 14 Oktober 2011

Masih Haru Biru


rutin hidup aku dah berubah 360 darjah
sejak Jumaat lepas
bila kakak dan abang IpaQ dah berlepas Isnin hari tu
setiap hari waktu tidur semakin menipis
biasanya tidur jam dua tiga pagi
bangunnya jam 6.30
bermula Isnin lepas, tidur tetap jam dua tiga pagi
bangun 10 minit sebelum enam pagi
sepanjang hari pula terlari terlompat terkedek-kedek
uruskan segala mak nenek.

celik mata, kejutkan semua anak buah
liat bukan main nak bangun
sediakan sarapan dan terus buat kerja rumah
mesin basuh terus bergerak sejak mata aku terbuka
sebelum keluar, sidai kain
hantar beg dan pakaian ganti untuk sekolah petang di pusat transit
dalam perjalanan hantar along ke sekolah
baru ke pejabat dengan kelam kabut dan baru teringat
belum sarapan lagi

terlompat sana sini di pejabat pula
siapkan sebanyak kerja yang boleh
tetap juga langgar tarikh mati segala
kemudian lari lagi ambil along di sekolah
sebelum balik rumah.

asal masuk sahaja rumah, mesin basuh akan berputar
pi mai sana pi mai sini sedar-sedar dah pun pagi semula
tanpa sempat aku jenguh tesis setengah ayatpun
Ohhhhhh!

hari-hari awal, agak stress
memang sangat stress sebenarnya
dah lah tetiba je dapat anak pakej sampai 4 orang
anak manja yang semua benda ummi buat
bukannya makan saman, ikut sua dia je nak buat apa
apa tak mendidihnya aras darah.

hari Selasa jemput Cik Bintang di LCCT
sempat terlelap tepi jalan entah berapa minit
lebih dua minggu sangat sangat kurang tidur
memandupun macam baru dapat lesen L
bila balik rumah
ruang tamu yang aku kemas subuh buta
dah pecah macam tongkang karam
tahan je hati tengok

masuk bilik, tabung jadi kosong
darah meruap ke  muka
tahap didih meningkat 50 peratus
bila tanya, seorangpun tak mengaku dah songlap syiling tu
bukan soal berapa banyak
tapi nilai moralnya tu menyedihkan aku
naik atas nak kutip baju kotor
toaster yang aku ambil di Bangi hujung minggu lepas
ada dalam bilik jadi barang mainan
mereka dah biasa main barang-barang bukan mainan
tanpa tegahan
jadi, mereka tak anggap benda tu salah
hanya aku yang sakit hati
bila tanya siapa yang buat
semua menafikan. Lagi sakit hati
Ada hantu apa rumah ni?

bila suara dah meninggi tahu pula mereka menikus
gosok baju sekolah, makan malam kemudian tidur
aku jugak perlu mengadap timbunan kain
lipat dan simpan. Lama lagi depa nak balik
kalau tak cuci hapak pula
sakit mata juga nak tengok bersepah begitu.

Bila balik pejabat petang semalam
tabung aku terisi semula dengan syiling
mmmmmm garang jugak aku ni ek? hu hu hu

sebelum makan malam, 4 orang itu aku panggil
bagi PERATURAN dan UNDANG-UNDANG nak kena ikut
sorang baca dengan kuat yang lain dengar
hu hu hu ada gaya cikgu skulah la l ala
tampal satu salinan kat dinding
mereka janji akan ikut
sebab hadiahnya: Setiap Ahad ada aktiviti jalan hu hu hu

Harapnya, cara itu menjadi
legalah sikit kerja aku
tak perlu terlolong satu taman bagi arahan,
hanya kena selalu ingatkan
takat ni kejayaan hanya: mereka dah pandai basuh pinggan sendiri
 uhhhhhhhh! payah betul kalau ummi dah biasakan manja begitu!

6 ulasan:

eelobor berkata...

kena jaga2 kesihatan tuh cik anyss oiii.... ari nie saya ada terima email mengenai kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan kompilasi penyakit jantung & stroke

azieazah berkata...

Takut juga MokYang bila jadi macam tu. Anak-anak Mokyang ni memang lah ada tugas masing2 dan pandai jer mesin kain, basuh pinggan dan yg ringan2 camtuh.

tapi dalam ramai2 tu, sorang pun tak pandai masak lauk.

Adehhh!

azieazah berkata...

Mula mula memang la haru biru.

pasni kalu hasil usaha mengajar tu menjadi, akan bertukar menjadi haru terharu...

all the best!

anyss berkata...

Eelobor: tau...dah baca artikel tu. Kalau ikut artikel tu, memang DINDA akan mati cepat sebab tidur tak pernah cukup 5 jam sehari hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: masalahnya, depa tak tau buat apa-apa kecuali MAKAN. Tu pun kadang ummi suap. Ummi tadak, makcik ni jadi KEJAM ngalahkan MAK TIRI, toilet pun kena sental hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: genap seminggu dengan depa, dah ok sikit. 2-3 hari lepas, nak pengsan makcik!

Harapnya minggu depan hidup saya pulih semula tapi...batuk, selsama dah MAI mula semalam. Lama sangat dok dalam habuk hu hu hu daku tak ada asma, tapi tetap ALAH dengan habuk