macam biasa, sampai rumah setiap
hari
ketika hari dah kelam benar
bang maghrib dah kumandang
matahari dah beradu
malam kian menjatuhkan tirainya
mata rabun aku teraba menahan
silau
masuk rumah terus bersilat pula
di dapur
banyak mulut dok nganga nak makan
lelah kejar jem, letih berlari
sepanjang hari macam dah mula lali
siapkan makan malam paling
ringkas yang dapat
biasanya jenis cepat masak dan
cepat makan
me kuah ke, mehun hailam ka…
jarang makan nasi sebab kena
sedia lauk bagai
akan lambat
petang semalam buat mi kuah lagi
cepat dan mudah
semua humban dalam kuali je
15 minit dah boleh hidang
namun, bila satu mangkuk besar
nan penuh dok atas meja
tetiba je datang ayat ni ke
telinga aku
“masak ni je?” mmmmm ayat tak
puas hati kot
ingatkan, tak habislah mi kuah
aku kena boikot
tapi…licinnnnnnnnnnn jugak hu hu
hu
Errrr hari ni nak masak menu apa
ek?
resipi dah habis hu hu hu baru
seminggu!
Adusssssssss nasib baik ada Kanda
Google hu hu hu
8 ulasan:
Salam singgah,
ada lagi ker mee tuu
jimat beras bulan ni
Buat sandwich pun okeh. Tapi kene beli roti sebantal besar dan telur sepapan. hehehehe
Atau buat jer Nasi Goreng. Masak nasik awal-awal sebelum pi kerja.
Pelbagai bahan. Budak-budak suka nasi goreng yang ada hotdog atau ikan bilis.
Wattie: selamat datang...semalam ada lagi sikit, pagi tadi dah BASI...tadak rezeki tu. Lain kali lah pulak ya ;)
Cemomoi: tak de maknanya...sekali depa ni makan, huihhhhhh! ceQ makan untuk 2 hari, sekali je depa lanyak hu hu hu budak2 tengah besar, perlu tenaga ;)
Azieazah: sandwich memang wajib. semalam sardin, ari ni nuget, esok sandwich telur lak. Roti sebeban besau punya tu, tahan 3 hari untuk 2 bantal roti paling BESAU hu hu hu
depa ni pepagi tak suka sangat makan berat mcm nasi goreng, mehun grg macam tu...nak yang ringan je, leh bawak bekal masuk plastik makan sambil jalan. memalam biasanya acara goreng menggoreng rebus merebus, nanti dah habis resipi nak serbu dapur akak lak hu hu huhu
ari nie buat mee kari lak....
Eelobor: tolong huluf semangkok BESAR leh?
Catat Ulasan