Ahad, 23 Oktober 2011

Manjakan Diri Sejukkan Hati di Sungai Tekala



ini kisah sabtu lepas yang baru sempat nak cerita
dah sampai ke batas sabtu yang baru dah ni

kami ke sungai tekala untuk mandi manda
berendam sampai kecut gigil-gigil sejuk
sebagai ganjaran kerana sepanjang minggu jadi budak baik
tak sampai 20km sahaja dari rumah
ikut jalan Sungai Lalang
akan jumpa Nirvana memorial yang popular itu

minggu pertama peralihan kuasa
memang aku stress gila
bila dah lepas minggu kedua
rasa lega sikit
semua kegatalan kulit dek habuk dan debu
dah diatasi bila servis rumah tergila khinzir
tertonggang terbalik kuang tertonggeng
terjerit laung macam makcik sihir terlolong bak mak tiri
serak anak tekak dibuatnya

bila seminggu dah berlalu
bila dah ada peraturan dan garis panduan
semuanya beransur baik dan lancar
sepah semak samun tonggang terbalik terkapal karam
dah makin kurang
mereka dah boleh basuh pinggan sendiri
sental bilik air walaupun kemudiannya aku kena basuh juga
dah boleh ambil kain baju di lipatan
tanpa selerakkannya dan kemas katil sendiri
walaupun kerapkalinya terbabas juga

sebagai ganjaran jadi orang baik
yang sabar ikut peraturan sekalipun langgar juga berkali-kali
kami pakat ramai-ramai terjun Sungai Tekala
bawa bekal nasi dan sup, mehun dan kuih
biskut dan kerepek
yang banyaknya berendam dalam air
bekal separuh sahaja makan, lebihnya dihabiskan di rumah

tiga jam berendam macam tak puas
macam tak nak balik
macam nak duduk lama-lama di situ
kalaulah tidak kerana langit dah gelap memanggil hujan
mahu kami mengecutkan diri lama-lama
errrr….gambar-gambarnya lain kali, boleh?


6 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Wah.. Cam best jepergi reramai.. Ape kes ek sebelum ni??? Mungkin terlepas entry anyss b4 ni... Yg pasal peralihan kuasa tu.. Agak tak faham.. Hehehe.. Tapi yg part mandi berendam cam best jek.. Kat sini susah.. Sungai ade buaya.. Huhuhu..

azieazah berkata...

Pandai Mak Menakan layan anak-anak menakan ya..

Bagus. Nanti pasti melekat kejap ingatan dan kenangan. Silap silap nanti tak mo balik rumah sendiri pulak... Haruuu

Gambar tak kisah ler bila pun, tapi yang penting pastikan gambar si tukang cerita ini ada!

eelobor berkata...

dah lama tok gi sg.tekala & gabai...

anyss berkata...

d_tieah: la la la kena jaga 4 orang budak hingga mak ayah dia orang balik haji. Fuhhhh! tersangatlah bestnya, sambil mandi boleh cuci mata gak la la la

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu hadiah sebab ikut peraturan la l ala

si tukang cerita yang ambik gambar...jadi, tak termasuk dalam gambarlah ;)

Tak ada maknanya nak melekat...depa dah habaQ mak cik ni "GARANG" hu hu hu

anyss berkata...

eelobor: Muaz mesti suka leh berkubang dlm air