Selasa, 4 Oktober 2011

Kujie Giveaway Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke 20


Fuyoooooo Kujie2.com buat giveaway
(Errr dalam bahasa Melayu giveaway tu apa ya?
Aku dulu sekolah atap je
Tak reti bahasa orang puteh mutih ni hu hu hu
Dah mula nak terpesong dah entri ni…)

Mmmmm 20 tahun tu bukan sekejab
Bukan senang nak kekal sampai 20 tahun
Ada orang bercinta enam tujuh tahun
Dah kahwin enam tujuh hari
Tetiba je cerai pulak
Siapa kata mudah nak capai usia 20 tahun perkahwinan?
Kalau macam aku ni
Angka 1 pun belum tentu cecah
(errrr…entah kenapa aku nak melencong melalut tempat lain lagi)

Syarat giveaway ni mudah sangat-sangat
Tak payah nak letak sidebar atau like like kat FB segala
Hanya tulis apa yang suka kat kujie2.com
Mmmmm dah tentulah aku suka baca isinya
Terkagum badak dengan pengalaman pribadi akak kita seorang ni
Betul-betul urat dawai, tulang besi
Entah dari mana dia dapat kudrat
Semua benda dia boleh buat dari bab masak memasak
Hingga panjat memanjat
Bela membela, kejar maklumat seluruh isi alam
Bukan sebarang mak boleh buat tu
Walaupun dia sendiri mengaku
Dia hanyalah “surirumah yang suka kecoh”
Kecohpun ada isi

Baca aje setiap entri
Penuh dengan kasih sayang
Sayang anak-anak
Sayang abang Ann (errr boleh ke aku panggil abang sama? Opsss!)
Sayang ikan-kan, kucing, kura-kura ijau
Sayang blogger juga walaupun bukan semua dia kenal
Rasa macam nak tumpang semangkok je kasih sayangnya tu
Hu hu hu hu boleh gitu ek?
Banyak sebab lain lagi
Sebenarnya dah tulis lama dulu lagi
Tak percaya? Cuba jenguk entri Jenis Blog yang aku Suka baca

Syarat ke dua: kelemahan dan cadangan untuk baiki
Aku secara personal sangat suka blognya
Suka warnanya yang lembut, tulisan mudah baca
Tak ada kelip-kelip bulan bintang yang sakitkan mata
Tak bising, tak kecoh, tak semak
Apa lagi nak dicadangkan kalau bagiku
Sangat sesuai dan menenangkan?
Mmmmmm tak ada ayat bodeklah untuk tambah lagi
Errr…dah nak jam 12 ni
Nak kena balik dah, kang berpesta pulak hantu-hantu
Tengok benderang lagi pejabat ni

Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 20
Kepada Kak Kujie dan Abang Aan
Biarpun berjauhan, harapnya kasih sentiasa bertaut
Cinta sentiasa membara
Dan kekal dunia akhirat.
Tahniah!

6 ulasan:

eelobor berkata...

suka bab2 yang melencong & terpesong tuh. hihihihi....

nak gi melawat ke blog kujie

azieazah berkata...

Yaaa setuju dan sokong semua.
Nanti dapat Macarons sila kongsi yaaaaa....

anyss berkata...

Eelobor: hu hu hu saya suka melancong la la la ----> nampak gaya kenalah selalu terpesong hu hu

anyss berkata...

Azieazah: Tak ada masalah, tukar dengan tart pun boleh ;)

Kujie berkata...

semalam dah datang tapi tak sempat nak beramas mesra.

Terimakasih kerana join GA ini, juga terimakasih kerana entri yang lemak berkrim manis seperti gula gula kapas....hehehe

anyss berkata...

Kak Kujie: Alamak! mana ada lemak, berkrim ada la skit-skit ----> wat2 malulah pulak kena puji sikit, padahal tau pun tak berapa nak lemak, payau aje mulut nak makan jeruk pauh ;)