setelah diperkenankan Yang
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Majlis
Raja-Raja Melayu,
petang tadi, 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah
ramai-ramai dah pergi teropong
mengendap skodeng
melihat anak bulan Zulhijah untuk
menentukan Aidiladha.
Majlis Raja-Raja telah bersetuju cara menetapkan tarikh
Aidiladha atau Hari Raya Qurban
berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Sebanyak 30 lokasi ditetapkan
bagi melihat anak bulan
di seluruh negara.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad
telah mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Qurban @ Aidiladha
pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, 6 November 2011.
Selamat bercuti, Selamat
menyambut Aidiladha, selamat balik kampung
semoga perjalanan anda juga
selamat
berhati-hati sepanjang musim
perayaan
hu hu hu aku tak balik raya tahun
ni
kesian tak?
Ohhhhhhh sangat kasihan (ayat nak
tenangkan hati sendiri)
tapi, aku balik tiga hari selepas
raya
itupun sebab kerja.
Malang tak?
Ohhhhhh sangat malang!