aku pernah tulis tentang Teringin Sangat Nak Nengok Johnny English Reborn
dalam entri lepas
memang sangat teruja nak tengok masa tu
tak sabar nak tunggu hari tayangan di Malaysia
Cik Bintang jugak yang senak perut
bila aku meroyan dengan Mr. Bean @ Encik Kekacang @
Rowan Atkinson
jenuh dok online nak tempah tiket
payah bebenornya
sama kes macam filem Nur Kasih
talian sesak, hati lagi sesak bila keluar panggung
kepala yang sesak jugak tak reda
akhirnya, dapat juga tiket filem Johnny
English Reborn ni
di Mines
orang bersesak pergi rumah terbuka
kami bersesak cari parking di Mines
semata-mata nak kosongkan kepala
dari semua urusan dunia yang terbantut.
sebahagian besar kerusi penuh
semua orang teruja
sinopsis boleh baca kat link atas tu
yang menariknya, kisah penyiasatan ni
penuh dengan adegan lawak sengal @ kelakar @ lucu
yang buatkan kita semua hampir sewel dok gelak
sepanjang dok keluar masuk panggung
dengan aktiviti subversif wayang ni
inilah pertama kali aku tengok penonton bertepuk tangan
sebab seronok sangat dengan scene tertentu
dua kali mereka tepuk
kalaulah filem Malaysia macam ni
kan best!
bagi sesiapa yang rasa nak tengok filem kelakar sengal sebenar
inilah dia
lawak sengalnya taklah nampak bodoh dan keanak-anakan
tapi stail Mr Bean masih boleh kita tengok
dalam versi serius
serius aku cakap, anda akan keletihan
sebab banyak ketawa
dari awal filem hingga habis
keluar panggung: kepala dah kosong
hati juga puas
tak rasa menyesal tengok
tak rasa rugi beli tiket.
mmmmm...malaslah aku nak puji lebih-lebih
bukan dapat tiket percuma pun
Jom...sambung wat kerja lak!
4 ulasan:
dah download, tapi x sempat tengok lagi
Eelobor: mak aihhhh CEPATnyeeeeeeee hu hu hu hu
ala nak tgk jugak cite ni..tk berkesempatan lg..
Nick dot anis: selamat datang...haaaa rugi tau tak tengok. Siap tepuk tangan lagi dalam panggung hu hu hu kalau ada yang tak puas hati dengan filem ni, tak tau nak kata lah ;)
Catat Ulasan