Khamis, 22 September 2011

Pemandu Malaysia Memang No 1


kalau memandu di mana-mana tempat di Malaysia
kira pemandu di negara kita ni
jadi pemandu no 1 dunia, bukan je 1 Malaysia tau
itulah kehebatan mereka.

bab drift kat lebuh raya, tak payah cerita
kat jalan kampung pun boleh lipat
hingga keluar asap dek brek mengejut
berpusing kepala kereta 360 darjah
itu belum kira lagi aksi potong memotong
apalah sangat lori balak
kalau Mr.Bean bawak heli di Malaysia ni
memang sah dah kena tinggal jauh ke belakang
berdesuppppp je depa ni tekan minyak
tinggalkan asap itam je...berjerebu 1 Selangor!

sebenarnya, aku nak cerita pasal satu orang ni
menonong je keluar simpang tak toleh kiri kanan
kalau macam tu gayanya bawak kereta,
heli Mr.Bean pun boleh mendarat kecemasan
ingatkan dok telefon ke sms apa
rupanya memandu sambil riba anak
ohhhhhh daku tau lah anda tu bapa mithali mengalahkan Rasul akhir zaman
(mmmm macam melampau pulak perlambangan tu...
mana ada lagi makhluk lebih baik dari Rasul akhir zaman tu
dah sah tak mampu nak wujud zaman sekarang ni)
tapi tak payahlah memandu sambil pangku anak
bukan sahaja bahayakan nyawa aku ni
lagi bahaya nyawa demer tu
hah...paling bahaya nyawa anakdemer jugak
walaupun ramai orang ramai ada anak
tapi bukan senang juga nak buat anak
(jangan dok kata aku cabul atau carut, nak bagi tau je
bukan semua orang berpeluang ada anak
kalau dah dapat anak tu
sila jaga elok-elok
karang nyesal tak sudah
nak salahkan siapa?)

Nak tengok cara orang Malaysia memandu?
silalah baca seperti dikongsikan
kalau macam ni lah cara bawak kereta
memanglah GAGAL ops sikap ke24 tahun ni ;)

Tak ada niat nak perli atau sindir sesiapa
sekadar satu perkongsian perasaan
Huh! nasib baik darah aku dah turun sikit
bila selesai buat entri ni

5 ulasan:

eelobor berkata...

hahahaha....tocey2 kak... patut la visitor saya tetiba jer ramai ari nih. datang dari sini rupanya. hihihih

azieazah berkata...

Memang ramai yang tunjuk handal mandu sambil riba anak.

Kalu boleh awek pun dia nak riba sekali, tak muat seat jer..

eelobor berkata...

hahahaha....ada gak ker cam gitu kak azie? hihihihihi

anyss berkata...

Eelobor: berapa ramai tu? hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: hu hu hu la la la