Hari ni, pagi-pagi lagi insyaAllah
kami akan balik kampung
doakan keselamatan kami sepanjang
perjalanan
juga kepada semua warga Malaysia yang
memulakan perjalanan
pada hari ni juga
jangan lupa...pakai tali pinggang
keledar
Pastikan rumah yang ditinggalkan selamat
pasang satu lampu di dalam
mangga dan kunci semua pintu dan
tingkap
check juga gas dah dicabut kepalanya
atau sambungan plug, dah dileraikan
dari dinding?
hanya biarkan plug peti ais sahaja
terpasang
yang lain eloknya padamkan semua
kalau berkenaan...jangan pula matikan
dalam balang ikan dahlah
karang datang semula dah jadi mumia
ikan tu hu hu hu
Sepanjang musim perayaan
hati-hati biar di mana jua kita
berada
pertambahan bilangan kenderaan di
jalan raya
akan sebabkan kesesakan teruk
tingkatkan kesabaran yang telah kita
semai
sepanjang Ramadhan.
Akhir sekali,
selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
moga-moga Aidilfitri kali ini memberi
sejuta kebahagiaan
dan kegembiraan untuk kita semua.
Opsssss! Duit raya jangan lupa nak
hulur
dah lama aku tunggu ni la la la
3 ulasan:
kami?????
selamat beraya dengan mek & keluarga semuo....
Imanshah: Selamat hari raya aidilfitri
Eelobor: balik dgn rakan serumah. Boleh lerrr berdikir sepanjang jalan la la la
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.
Catat Ulasan