Tak lama lagi Bajet 2012 akan dibentangkan
Perdana Menteri kata akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos hidup rakyat
Pada masa sama menguruskan pembangunan ekonomi negara
Dalam entri terbaru bertajuk `Time to Tackle Rising Cost of Living' PM menulis
“menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan apa sahaja
menguruskan peningkatan kos hidup dan mencari jalan memperlahankan
kesannya kepada rakyat.
kerajaan juga akan terus menyediakan subsidi
bagi mengurangkan beban rakyat
meneliti kaedah untuk meningkatkan rantaian bekalan pertanian
bagi memastikan bekalan makanan yang hilang
sepanjang proses penghasilan dan pembekalan dapat dikurangkan,
sistem kawalan harga barang dan menguruskan subsidi
dengan bijak juga akan diteruskan
memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat “
Bagus benarlah kalau macam tu
Memanglah peningkatan kos hidup itu fenomena global
Namun kita juga kena ada plan jangka panjang
Bukankah “pertanian itu juga satu perniagaan”?
Bangkitlah semua pak tani dan mak tani
Memajukan sektor pertanian negara agar kita tidak terlalu bergantung negara asing
Untuk isi tembolok
hu hu hu
Apa-apa hal pun
Kita tunggu sahaja keseluruhan bajet 2012 yang bakal dibentangkan nanti
Sila bersabar ya
Buat masa ini kita tumpukan dahulu dengan kerja mana yang ada
Isi Ramadhan yang dah makin banyak hari kita harung
Dan bersesak di KL pada hujung minggu sebelum
Berduyun-duyun balik kampung dua minggu lagi
Tahniah juga kepada adik-adik
yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan
pendaftaran IPT bermula 3 September 2011
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta
sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar
yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan
dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini.
Mereka akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang,
dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT .
untung benar adik-adik kita sekarang ni
dah tak ada alasan untuk daftar diri belajar di universiti
kalau dulu, ramai pelajar pintar tercicir tak sempat masuk U
hanya sebab tak mampu nak bayar yuran
betapa ruginya negara kita
tak boleh nak guna kepintaran mereka untuk majukan lagi negara
ataupun memimpin negara pada masa akan datang
Raya sakan adik-adik kita ni ya
Dan selamat belajar sungguh-sungguh juga
Bukan semua orang dapat masuk universiti ya
Sila jangan main-main dan persiakan peluang yang sangat berharga itu
Biasanya: peluang baik hanya datang sekali sahaja...
PsssTT: Kita doakan pelajar Malaysia tajaan MARA, Muhammed Asyraf Haziq Rossli yang patah tulang rahang semasa diserang dan dirompak perusuh di London cepat sembuh. Kepada pelajar Malaysia yang lain yang berada di luar negara, moga lebih hati-hati dengan situasi semasa di kawasan mereka. Jaga diri baik-baik, memanglah belajar itu macam pergi perang Sabil, namun keselamatan kena utamakan.
4 ulasan:
Banyak macam mana pun yang dibuat PM semakin tu banyak jugak yang benci.. Sakit hati aku~ Tengok je dalam facebook macam2 page di buat pasal Najib!!! Geram owh.. Aku ada masuk rountable Najib pasal bajet 2012.. Aku harap idea aku ade lah diambil kira.. Hehehe..
Entry Terbaru : Rusuhan di London dan Video Pelajar Malaysia Cedera
tak sabar nak tunggu...
bagi subsidi kemudian bagitau tarik balik subsisdi dapat tingkatkan pembangunan negara, tu yang kekadang kompius
tak sabar jugak nak dengar pelarasan gaji naik 10% (paling kurang) dan bonus lagi setengah bulan gaji di bayar hujung tahun. heheheheh.....
Catat Ulasan