Memaparkan catatan dengan label belanjawan negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label belanjawan negara. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2011

Bajet 2012 Untuk RakyaT Marhaen (macam aku) Tangani Kos Hidup

Tak lama lagi Bajet 2012 akan dibentangkan 
Perdana Menteri kata akan memberi tumpuan kepada pengurusan kos hidup rakyat 
Pada masa sama menguruskan pembangunan ekonomi negara 
Dalam entri terbaru bertajuk `Time to Tackle Rising Cost of Living'  PM menulis
“menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan apa sahaja 
menguruskan peningkatan kos hidup dan mencari jalan memperlahankan 
kesannya kepada rakyat. 
kerajaan juga akan terus menyediakan subsidi 
bagi mengurangkan beban rakyat 
meneliti kaedah untuk meningkatkan rantaian bekalan pertanian 
bagi memastikan bekalan makanan yang hilang 
sepanjang proses penghasilan dan pembekalan dapat dikurangkan, 
sistem kawalan harga barang dan menguruskan subsidi 
dengan bijak juga akan diteruskan 
memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat “ 

Bagus benarlah kalau macam tu 
Memanglah peningkatan kos hidup itu fenomena global 
Namun kita juga kena ada plan jangka panjang 
Bukankah “pertanian itu juga satu perniagaan”? 
Bangkitlah semua pak tani dan mak tani 
Memajukan sektor pertanian negara agar kita tidak terlalu bergantung negara asing 
Untuk isi tembolok
hu hu hu 

Apa-apa hal pun 
Kita tunggu sahaja keseluruhan bajet 2012 yang bakal dibentangkan nanti 
Sila bersabar ya 
Buat masa ini kita tumpukan dahulu dengan kerja mana yang ada 
Isi Ramadhan yang dah makin banyak hari kita harung 
Dan bersesak di KL pada hujung minggu sebelum 
Berduyun-duyun balik kampung dua minggu lagi 

Tahniah juga kepada adik-adik 
yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan 
pendaftaran IPT bermula 3 September 2011
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta 
sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar 
yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan 
dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. 
Mereka akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, 
dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT . 

untung benar adik-adik kita sekarang ni
dah tak ada alasan untuk daftar diri belajar di universiti
kalau dulu, ramai pelajar pintar tercicir tak sempat masuk U
hanya sebab tak mampu nak bayar yuran
betapa ruginya negara kita
tak boleh nak guna kepintaran mereka untuk majukan lagi negara
ataupun memimpin negara pada masa akan datang

Raya sakan adik-adik kita ni ya 
Dan selamat belajar sungguh-sungguh juga 
Bukan semua orang dapat masuk universiti ya 
Sila jangan main-main dan persiakan peluang yang sangat berharga itu 
Biasanya: peluang baik hanya datang sekali sahaja...


PsssTT: Kita doakan pelajar Malaysia tajaan MARA,  Muhammed Asyraf Haziq Rossli yang patah tulang rahang semasa diserang dan dirompak perusuh di London cepat sembuh. Kepada pelajar Malaysia yang lain yang berada di luar negara, moga lebih hati-hati dengan situasi semasa di kawasan mereka. Jaga diri baik-baik, memanglah belajar itu macam pergi perang Sabil, namun keselamatan kena utamakan.