Isnin, 18 Julai 2011

Tak Boleh Ke Online FB Masa Pejabat?

Aku terdorong untuk menulis hal ni agak lama dulu, masa baca entri Eelobor yang memetik artikel dari Sinar harian. Namun, masa tersangat cemburu. Tahan je hati nak tulis, namun akhirnya tak mampu jugak. nak tak nak kena juga tulis la la la teruk betul perangai kan? hu hu hu

Aku fahami apa yang Eelobor risaukan tu. Takut kalau-kalau rezeki kita kerja seharian jadi tak halal kerana terlalu asyik mahsyuk bersosial di alam maya terutama guna Facebook pribadi untuk kerja-kerja yang tak ada kaitan dengan kerja. Untuk bahasa yang lebih telus dan mulus, kita chat dan borak dengan rakan-rakan atau main permainan atas talian kat Facebook tu pada waktu berkerja, lalunya mengabaikan kerja hakiki. Ikut teori memanglah tak boleh. Tak kan nak bagi makan keluarga kita dengan hasil gaji yang sebegitu kan?

Paling rasa tak selesa dan tak leh tahan bila tengok status kawan-kawan maya yang bermacam-macam itu, ataupun tampalan yang bermacam ragam juga termasuk gambar-gambar, lagu dan sebagainya yang tidak menampakkan urusan kerja. Kalau rajin tengok status rakan-rakan maya, ada yang tampal “tengah rindu gilerrr” masih lagi boleh gagah. Namun apa cerita bila FB yang kita gunakan secara rasmi itu penuh dengan tampalan berbaur perkauman, penghinaan, carutan, makian atau omelan terisi rangsangan syahwat?

Apa kita nak jawab dengan rakan-rakan sekerja, dengan boss dengan rakan seprofesyen yang berada di tempat maha jauh (namapun maya kan...di Artik pun ada rakan. sambil memburu singa laut, sempat lagi dia berFB upload gambar tengah pancing ikan paus). Nak jawab apa ek? Tak terjawab tu. Kalau FB tak rasmi masih juga boleh gagah...tak ramai yang tahu FB aku ni hu hu hu 

Jadi cara yang aku buat: privatekan semua tu walaupun ada masa...terbabas juga ke wall. Jadinya, hanya kita sahaja yang nampak apa yang rakan-rakan maya kita tu tampal.

Menurut Sinar Harian (macam link kat atas-malas aku nak letak link banyak kali la la la);
Walaupun isu itu sangat meluas, namun, kita juga perlu ingat bahawa komunikasi tercanggih pada zaman siber ini sangat memanfaatkan. apa salahnya kita guna dan rebut peluang yang ada yang akan memudahkan urusan kerja seharian kita. kalau baca Sinar harian macam link aku tampal kat atas tu, ada juga dinyatakan hal ini seperti aku petik di bawah ni;

Itulah yang sepatutnya, aplikasi yang membolehkan pengguna untuk berkata, bersosial dan berkongsi fail, memang patut digunakan di seluruh dunia dengan konsistensi yang luar biasa. Internet merupakan satu penemuan yang membawa perubahan besar kepada kehidupan manusia. Kepelbagaian fungsi internet bukan sahaja membawa kemudahan kepada kehidupan manusia malah merupakan alat yang menghubungkan seluruh dunia tanpa sempadan.

Sekarang ni terpulang kepada diri sendiri bagaimana nak manfaatkannya. Ada orang, kerja sehariannya tidak langsung berkaitan dengan FB, YM atau blog, namun, sejajar dengan perkembangan pesat IT di negara ini, banyak juga urusan perlu dilakukan menggunakan semua benda alah ni. Macam aku contohnya (nak bagi contoh orang lain tak dapeklah ya…), aku perlu sentiasa kemas kini blog (rasmi, bukan blog ini) sebenarnya. Info yang aku masukkan dalam blog itu memudahkan ramai orang berkaitan atau tak berkaitan termasuk aku sendiri. Malangnya, dah lama sangat aku tak kemaskini blog berkenaan (kemas kini blog tak rasmi adalah pulak masa ek?). Blog ni boleh merapu merapan, itu yang lebih mudah nak kemas kini. Blog rasmi tu kalau aku salah rapu dan salah raban…boleh jadi ajaran sesat tu hu hu hu (Mmmmm tetiba aku berazam nak kemas kini blog rasmi tu minggu depan).Jadi, sebenarnya sangat perlu untuk aku online FB dan sentiasa kemaskini blog aku. Itu juga akan mudahkan kerja-kerja aku. Sayangnya, berlambak kerja yang aku ada menyebabkan blog tu agak lama terbiar. Maklumlah, nak buat entri blog itu bukan calang-calang. Ambil masa sejam dua untuk satu entri sahaja. otak aku dah kecut sekarang ni...

Bukan mudah nak kendalikan semua bentuk laman sosial dan blog yang bersifat rasmi kerana kita bukan sahaja gunakan nama kita sahaja tetapi bawa nama tempat kita kerja. Jadi kalau ada FB rasmi tu, tak perlulah main game segala (walaupun aku memang tersangat mabuk kepayang dengan game online ni…memang tak akan jemu punyalah siang malam dok ngadapnya. Itu antara sebab utama aku online FB rasmi kat rumah bukan pada waktu pejabat, sebab talian yang tersangat laju di pejabat itu sangat-sangat mendorong untuk aku main dan susun batu bata tu. Kalau mabuk sangat, aku online FB tak rasmi dan main waktu yang sepatutnya aku rehat. Boleh gitu? Kira halallah ya!).

Jadi kesimpulannya apa? Entahlah. Aku dah terbabas jauh ni, sila simpulkan sendiri apa yang patut dan apa yang tak patut. Kalau aku yang simpulkan, mesti entri ini akan jadi tersangattttttt lah panjangnya. Itu yang aku malas nak tulis macam karangan bagai ni...mesti terbabas masuk lubuk!

4 ulasan:

eelobor berkata...

yup...memang saya suka baca artikel tu. terpulang kepada pemahaman masing2 nak pandang artikel tu dari sudutmacam mana. sudah menjadi lumrah manusia, apabila bersetuju mereka akan menerimanya. apabila tidak bersetuju maka akan di cari dalil2 bagai untuk menentangnya.

apapun, kita sama2 tepuk dada tanya selera

anyss berkata...

Eelobor: bukan tak setuju apa yang kanda tulis (opssss...ni nak memujuk lah kan huu hu hu), hanya ada satu lagi sisi...

Betullah, Tak Boleh kalau guna untuk urusan tak berkaitan dengan kerja, tapi Boleh kalau berkaitan. Itu je pun nak tulis dalam entri ni...yang panjang-panjang tu merapu meraban entah mana-mana. Ya tak?

azrina nur rusly berkata...

dahulu, di pejabat saya, apa sahaja laman sosial kita boleh layari tetapi kini, semua itu hanya tinggal kenangan. ececece... terguna bahasa novel pulak.

kadang-kadang depa tak gunakan dengan betul laman sosial yang ada ni. dapat permission surf apa pun laman web, depa belasah berladang kat pejabat, terus kena block.

la ni, apa pun web yg ada streaming dan apa juga laman sosial, takleh masuk dah. mujur boleh masuk blog ni, kalau tak boleh juga, mau habis semua borang kat kaunter ni ai baca. hehehe

anyss berkata...

Azrina: selamat datang...nanti selalu2lah datang :)

peringkat awal, kamipun kena block juga, tapi pihak pengurusan akhirnya faham bahawa komunikasi akan lebih lancar dan cepat bila boleh akses semua tu. Lagipun, jumlah orang yang salah guna tu tak ramaipun. Ramai yang tak sempat nak chatting atau main gamespun masa kerja. Kerja kan banyak nak buat...

PssT: membaca tu jendela ilmu ;)