Waaaaaaaaaa aku dah berangan naik bot
macam kat Amstardam
bayangkan kalau Kuala Lumpur yang ada sungai Gombak dan Sungai klang tu
tetiba je boleh berbot bagai
macam kat London, Paris, Melbourne, atau Amsterdam
berkayuh berdua boleh tak?
Fuhhhhhhhhh romantik gilaaaaa!
Opsssss! Terberangan la pulak,
tak apa…berangan tak payah bayar
percuma je
jom berkayuh biduk berdua di Amsterdam…romantik!
jelajah seluruh bumi bawah laut ini pun boleh juga
Perdana Menteri kita yang tercinta itu umumkan
Projek pemulihan, pemuliharaan dan mengindahkan
Sungai Klang dan Sungai Gombak dikenali "Sungai Nadi Kehidupan"
di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bakal merubah wajah ibu negara secara keseluruhan.
Kononnya projek ni bakal memberi pulangan ekonomi yang tinggi
dan menawarkan kualiti hidup lebih baik kepada rakyat
nilai hartanah sepanjang koridor sungai akan meningkat,
tambah peluang pekerjaan lagi,
menggalakkan pelancongan dan menyediakan ruang sihat
kepada pengunjung dan penduduk tempatan.
Hah! baguslah tu…nanti boleh ramai-ramai
pakat serbu sungai Gombak dan Klang ni
Tak payah jenguk Sungai Seine macam Pak Samad tulis dalam puisi lagi
Sungai Klang yang mengalir di tengah-tengah ibu negara
boleh menjadi tepian air yang segar dan
penuh dengan pelbagai aktiviti kehidupan.
bayangkan KL jadi macam bandar raya terunggul di dunia
London, Paris, Melbourne, Amsterdam
mempunyai jalan air yang begitu terkenal
menjadi tarikan pelancong dan tumpuan rakyat
dengan pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi
bukannya jadi tempat lepak kaki dadah
Projek ini telah diumumkan pelaksanaannya Oktober tahun lalu
dan salah satu program ETP
bagi Greater Kuala Lumpur-Klang Valley (Greater KL-KV)
dijangka memberi sumbangan RM11.3 bilion sehingga 2020
atau RM1.4 bilion setahun
Sungai Seine boleh jadi contoh
Jomlah sama-sama
Sayangilah sungai yang kita warisi
Ia pusaka yang tidak ternilai
bukannya dicemari dengan sampah
apalagi sisa kumbahan
semua rancangan tu bukanlah angan tak bertepi
walaupun berangan tu tak payah bayar
boleh direalisasikan
dah lama benda ni aku impikan
pernah baca satu cerpen Fatimah Busu
tentang pembangunan dua sungai ni
yang ada perahu, kapal, bot segala
lagi utama
sungai kita cantik dan indah
tanpa sampah
sama ada sampah sarap
atau sampah masyarakat
8 ulasan:
ooopss...agak2nya bila la KL nak berubah wajah jadik mcm ni?
saya baru joen...selamat berkenalan...
huhuhu,....gatih bot belake tesko, bereti parkim belake hotel river view
selagi ade mentality apa aku kisah, selagi tu ler sungai2 kat m'sia ni x leh cantik
Suria Amanda: Selamat datang. Tak lama lagilah gamaknya. PM dah lancarkan. Kalau lepas ni masih lagi jadi sarang dadah...ada la menyimpang kat mana-mana dana tu kan?
Lizan: Selamat datang. jangan lupa datang lagi
Eelobor: Romantik slalu demo hu hu hu
Caluk: selama ni sungai kita jadi tempat pelupusan sampah. Mentaliti tu memang nak kena ubah dulu...hargai alam sebelum musnah. Dah tenat pun wat tak tahu jeeeee hu hu hu
Catat Ulasan