Khamis, 21 Julai 2011

Ada Orang Kata Aku Sial!


Oppps! siapakah itu orang?
[Errr betul ke orang? kot hantu...sekarang banyak hantu dah mengamuk
masuk panggung dan TV]
Perlukah aku tahu?
Tak perlu lah kot
lagipun dia bukannya glamer manapun
kalau aku tak kenal tu
maknanya tak glamerlah
kalau aku kenal baru popular
tak gitu?


Aku disumpahnya SIAL hanya semata-mata satu sebab
aku dah enable right click kat blog
maklumlah aku ni kan blogger yang syok sendiri
perasan entri sangat bermutu macam tulis tesis dan disertasi segala


Ish! kan ke aku tengah tulis tesis sekarang ni
ayat tesis tu kena letak sini jugak ke?
nantilah aku letak
bila dah berjaya pakai topi empat segi segala
boleh gitu? Alaaaa tangguh sat je pun...tak reti nak sabar!
Aku marah ke ni?
mana ada marah, aku tak marahpun...tengah senyum lebar ni
sukanya kena sumpah seranah maki bagai
aku kan tahu cara nak kawal marah

Gamaknya, bila dia nak mintak maaf dengan aku ya?
belanja makan kambing kat Dubai
kemudian tengok tarian gelek tengah gurun?
Tak kan dah sumpah seranah orang tak mau minta maaf
hidup bukannya lama sangat
arwah nenek aku pun tak sempat sampai 100 tahun
kita yang selalu dok hadap "makanan sihat" sehari-hari ni
lagilah cepat padamnya
itu kalau tak kena langgar masa di jalan raya

Nak minta maaf kemudian haripun boleh juga
aku ada buka kaunter nanti
sudi-sudilah datang dermakan pahala kat aku
semasa di sana nanti ya
biar mudah sikit aku meniti Siratul Mustaqim
Tak gitu?

Takpun hantar aje surat aduan ke SKMM
hari ni seorang blogger dikenakan denda RM300 ribu
kepada Yang Terutama Datuk Rais Yatim
gaya-gara copy and paste tulisan orang lain berunsur fitnah kat blog dia
tambah fee guaman RM100 ribu lagi
RM400 ribu dah tu...mokcik kayooooo!
Fuhhhhhhhhhh ribu-ribu lemon tu
bolehlah aku beli tanah buat ladang tanam lemon
tak pun tanam serai
bunga kantan pun okey jugak...bolehlah Cik Bintang buat laksa tiap hari

20 ulasan:

Tieah Madian berkata...

Sabar2.. Aku dah selalu sangat kot dapat komen caci maki lagi lagi masa entry 'hot' pasal BERSIh.. Yang pro-BERSIH marah dengan entry yang aku copy+paste.. Padahal aku copy+paste je pun.. Aku cuma nak share.. Terus je nak mengata aku tulis tak fikir panjang.. Pastu kata2 kesat tak payah cakap.. Memang ade.. Biasalah, rakyat Malaysia kan berbudi bahasa sangat tinggi--terpelajar! Huhuhu.. Takpelah, kita ni blogger picisan je pun mana nak dapat puaskan hati semua orang.. Ye tak??? Pada aku kalo tak suka tutup.. Senang..

nabilah_2908 berkata...

haih....tak sewajarnya mengutuk blogger lain....boleh pula gunakan perkataan sial tu...

mmg tk beretika.....

azieazah berkata...

I don’t get it! Kenapa nak sumpah? Nak jadi sesumpah?

Urut dada saja lah...

Ronaldmohoni berkata...

biasalah tu. blog kita, hak kita. kritikan adalah perkara biasa bagi seorang blogger.

anyss berkata...

d_tieah: hu hu hu mana ada marah...orang Malaysia memang berbudi bahasa selalu pakai slogan "budi bahasa budaya kita" la la la

anyss berkata...

Nabilah: Biar je la dia...kita adalah apa yang kita tulis la la la

anyss berkata...

Azieazah:Dia kan blogger tersohor (gamaknyalah!), daku hanyalah semut merah la la la ...oh abang Calleh ;)

Chris Salin berkata...

biasalah tu kalau hajat dah tak kesampaian..mulalah kutuk mengutuk, ungkit mengungkiti terjadi. hehe

anyss berkata...

Ronald: Selamat datang. Yup! terpulang kat dia orang nak kritik apa...tak marahpun. Siapa dia dikenal melalui tulisan kan ;)

anyss berkata...

Chris: Selamat datang. Yup! setuju dengan anda...

FN berkata...

hai, salam perkenalan :) org tu dengki kot entry kamu byk org baca dr entri dia. die nak tarik org baca blog, tulis lah mcm tu kan. tu namenye, nak sgt publisiti murahan. dlm dunia blogging pun manusia nak dengki mendengki -.-

nadia fatihah berkata...

ala, nk copy tekank ctrl-c je laa. 2 pon dia xtak taw ke? heheh, nk disable right click jugak lah. :)

Tanpa Nama berkata...

blogger haruslah saling menghormati bukan saling bercakaran..ngee

anyss berkata...

Fara: Selamat datang. Sila selalu selalu datang ya...

biar je la dia. Kita tak rugi apa-apa pun. lagipun, kalau kita terikut dengan ion negatif dia, kita pun boleh jadi negatif. ya tak?

anyss berkata...

Nadia: Selamat datang. Opsssss! pecah rahsia hu hu hu

anyss berkata...

Lia: Selamat datang. hormat sesama blogger bukan hanya di dunia nyata je kan...dunia maya pun ada masyarakat yang tersendiri ;)

Robocop berkata...

samelh,blog robocop pn disable right clik. nk jg script.. haha klau org nk copy,blh je.. robocop xmyumpah dn xkn tuduh sbg pencuri. haha haha

anyss berkata...

Robocop: Selamat datang. hu hu hu

eelobor berkata...

huhuhuhu....kalau dah jumpa orangnya tlg kenalkan kat saya eh. nak ajak pekena teh tarik.....

anyss berkata...

Eelobor: Tak sudi daku bersaing denge ore suka nyumpah2 ni...kang kena jangkitan ----> belanjo ambo lagi baik perrr