Bukan selalu boleh tengok keajaiban cerita dunia. Benda-benda aneh, ajaib, pelik tetapi benar-benar berlaku depan mata tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri. Biasanya tengok di TV je. Gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, manusia berkepala unta sekalipun, kita jumpa kat youtube je. Kita tampal dan kongsi ramai-ramai di blog masing-masing. Macam sendiri yang alami kejadian tu.
Sat-sat tadi pi keluar depan rumah tengok bulan…masih lagi sihat walafiat kat tengah-tengah langit. Menurut ANGKASA dan JAKIM, malam ni dijangka berlaku gerhana bulan penuh. Fasa Gerhana Bulan Penuh ini adalah seperti berikut;
Bulan memasuki penumbra jam 1.25
Bulan memasuki umbra jam 2:23
Gerhana penuh bermula jam 3:22
Kemuncak gerhana jam 4:12
Gerhana penuh berakhir jam 5:02
Bulan meninggalkan umbra jam 6.01
Berikut aku petik maklumat dari JUPEM untuk dikongsi bersama. Mungkin dah ramai dikalangan rakan-rakan yang dah tahu…untuk makluman bersama sahaja;
MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH 14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011 (JUPEM)
Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).
Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.
Solat Sunat Gerhana Bulan
Lafaz niat (Maksudnya): “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.
Berhajat untuk sama-sama saksikan peristiwa penting lagi bersejarah ini sendiri nanti. Itupun kalau mata masih lagi terbuka. Kalau mata dah terlelap, alamatnya selamat lah kan!
3 ulasan:
tunggu tengok kor semale?
Anyss, pukul 3.04 pagi tadi saya dapat sms suh solat sunat gerhana bulan. masa tu tengah dok susukan baby.. tak terfikir pulak nak kuar gi nengok.. ishk rugi..
Uzur pula...:(
Catat Ulasan