Kepada Peminat Unggas,
kenaikan harga ayam hingga RM1 sekilo memang tak masuk akal
Beberapa hari lepas, ikan naik harga,
sekarang ayam pula.
Sayur macam mana? Bila nak naik harga?
Akhirnya, makan nasi berlaukkan kicap kipas udang je lah jawabnya.
Ye tak?
Kalau kicap kipas udang naik harga, macam mana?
Nasib baik aku yang marhain ni suka makan mehun la la la
Mehun kicap ajelah jawabnya
Tak ada sayur
Tak ada udang atau sotong (kolesterol!)
Tak ada unggas (ayam)
Hanya urat mehun dan kicap
Sebentar tadi borak-borak, ngumpat dan gossip dengan sorang kawan
dia berkerja, ada perniagaan kedai makan dan
Guna kereta Honda
baru sahaja berhentikan maid
Dan potong talian ASTRO
Nak jimatkan kos hidup
Bil letrik mencanak dua kali ganda
Mmmmm bil letrik rumah aku belum jumpa cari
Mana hilang tah, atau ada orang baik hati tolong bayar?
Tetiba aku rasa macam
Nak hidup zaman batu semula
Tak payah ada TV dan computer
Tak perlu benderang dalam lampu guna aje pelita minyak tanah
Tak payah bersusah payah cari line streamyx
Tak juga payah berFB atau blog
Under ke zaman silamlah pulak!
Mmmmm belanjawan 2012 nanti
penjawat awam ada bonus dua bulan tak?
gaji naik tak?
hutang makin bertempek ni
barang makin mahal
PssssT: aku suka sangat-sangat kalau barang naik harga, baru nampak gaya hidup ada kelassssss. Adalah peluang untuk aku jadi warganegara berjenama sebab guna barang mewah. Kan ke barang mewah tu mahal harganya, macam beg gucci ka...kereta celica ka...sikit hari lagi ayam dah jadi barang mewah tu...aku suka! aku suka!
6 ulasan:
hahaha.. a good one..
unggas tu ayam ehh.. bukan macam cengkerik tu ke.. hihi..
jom kita kembali ke zaman batu, guna sistem barter...
Gaji akan naik 3 kali ganda,bonus 3 bulan, kalu tak silap
Anaa: cengkerik? huih! leh makan ke cengkerik? kalau belalang ada juga orang makan tapi jenis tertentu sahaja...
ZZ: Aminnnnnnnnnnnnnnn! masin mulut ZZ harapnya ;)
Selamat pagi dik
tu dia.. kalau lah benar dan masin si mulut zeq.. nampaknya naik lgilah berkilo2 harga barang... heheheh
kak sbagai peniaga lagilah pening.. nak fikir ttg kos2 tu.. nak naikkan harga tak mungkin..
sure ramai yang tamo masuk ke kedai kak lagi
hujung2..
sabar.........
Em.....
kakitangan kerajaan maybe dpt bonus, itupun kalau minyak naik harga dan barang2 naik harga la..
Catat Ulasan