Memaparkan catatan dengan label gerhana bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gerhana bulan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Disember 2011

Jadi Pungguk Live Teropong Bulan Gerhana


Boleh letak tajuk macam tu? Macam tak boleh blah kan?
Bermula 7.34 malam tadi, gerhana bulan dah pun bermula sikit
Tapi tak Nampak pun dengan mata kasar
Aku nampak cantik je tergantung masa pergi depan tadi
Tapi, awan mendung meliputi bumi bangi ni…
Belah bulan naik tu sikit je ada ruang untuk tengok bulan senyum
Sejam dua lagi tak pasti nampak ke tidaknya gerhana

Jangan risau, masanya memang panjang…hingga jam 1.30 pagi nanti
Gerhana dijangka boleh dilihat dengan mata kasar jam 8.46 malam nanti
…ah tak lama lagi tu (huh! Macam siaran langsung pulak!)
Fasa umbra pula bermula jam 10.06 malam dan akan berlangsung
Selama 51 minit. Taklah jauh malam sangat, sempat nak skodeng pun.

Sumber: Lunar malaysia Eclipse

Selain jenguk melalui tingkap dan sesekali ke beranda
Sambil menjenguk bilik air (errrr…tak tahan econ,
Mesti nak ulang alik bilik air. Kalau tak pasang…terperuap pula bahang
Tak kan nak buka tingkap memalam buta ni
Kang ada pula yang menegur dari belakang hutan tu…)
Sambil itu juga aku selalu berada di FB 'Lunar Malaysia Eclipse'
Bukan selalu ada kesempatan untuk tengok,
Kalau gerhana masa tengah malam buta macam tahun lepas
Memang kira selamatlah ya
Selamat malam dan selamat bermimpi hu huhu
Jadi, bila berlaku awal-awal malam ni…tambah pula
aku cadang tak nak tidur malam ni
(cita-cita memang tinggi, entah-entah awal lagi dah terbungkang)
Banyak kerja nak kena siapkan sebelum joli sakan pada Rabu depan

Kalau ada kesempatan dan muat nak masuk kamera cap ayam belanda tu
Adalah gambar gerhananya,
Kalau nun jauh atas langit sana (macamlah
bulan tu boleh turun depan aku kejab untuk posing  jadi model)
kira aku cari ajelah yang di skodeng dek sesapa
guna kamera besar gedabak teropong lensa sehasta panjang
dah tentu gambar yang mereka ambil tu lagi cantik angun ayu bergaya
kacak jelita berbanding sebesar biji sawi yang aku tangkapkan?

Bila jenguk kat luar sekejab tadi,
Tak ada apa yang Nampak kecuali kilat yang memancar sekali sekala
Ohhhhh bulan malu kat aku, sembunyi balik awan!

Jom ramai-ramai kita skodeng di FB je
hampir tiga ribu orang serbu dalam satu-satu masa...agak berat sikit
kena banyak bersabar...kalau tak sabar:
sila main game online hu hu hu

klik untuk menonton gerhana bulan secara live
gerhana bulan di Ranau pun ada


Ini dia umbra pertama, lokasi di Melaka
sumber dah lengkap kat gambar ya...

memang sangat ok tengok online, lebih jelas
maklumlah mata kasar kita susah nak tengok apalagi kalau awan tebal
macam tak percaya je boleh tengok bulan berputar laju macam tu
huihhhhh! takut den...padahal bumipun gerak laju jugak
bayangkan kalau kita boleh terasa gerakan tu
kan dah huru hara hidup...



Add caption

sumber: planetarium negara

Apa kata kita dengar sedikit kutbah tentang gerhana bulan ni 

 

Jom, saksikan sedikit saat-saat gerhana penuh berlaku
Subhanallah...sangat indah terutama yang aku tengok secara live tu...
insaf diri sekejab hu hu hu

Khamis, 16 Jun 2011

Tunggu Gerhana Bulan Depan Rumah

Bukan selalu boleh tengok keajaiban cerita dunia. Benda-benda aneh, ajaib, pelik tetapi benar-benar berlaku depan mata tidak mudah untuk kita lihat dengan mata kepala sendiri. Biasanya tengok di TV je. Gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, manusia berkepala unta sekalipun, kita jumpa kat youtube je. Kita tampal dan kongsi ramai-ramai di blog masing-masing. Macam sendiri yang alami kejadian tu.

Sat-sat tadi pi keluar depan rumah tengok bulan…masih lagi sihat walafiat kat tengah-tengah langit. Menurut ANGKASA dan JAKIM, malam ni dijangka berlaku gerhana bulan penuh. Fasa Gerhana Bulan Penuh ini adalah seperti berikut;

Bulan memasuki penumbra jam 1.25
Bulan memasuki umbra jam 2:23
Gerhana penuh bermula jam 3:22
Kemuncak gerhana jam 4:12
Gerhana penuh berakhir jam 5:02
Bulan meninggalkan umbra jam 6.01


Berikut aku petik maklumat dari JUPEM untuk dikongsi bersama. Mungkin dah ramai dikalangan rakan-rakan yang dah tahu…untuk makluman bersama sahaja;

MAKLUMAN GERHANA BULAN PENUH 14 REJAB 1432H / 16 JUN 2011 (JUPEM)

Hadis riwayat Muslim yang bermaksud:
Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana).

Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.


Solat Sunat Gerhana Bulan

Lafaz niat (Maksudnya): “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Kaifiat:
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:

a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
5. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
6. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
9. Iktidal.
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.


b. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
7. Iktidal.
8. Sujud dan membaca tasbih.
9. Duduk antara 2 sujud.
10. Sujud kembali.
11.Membaca tasyahud akhir.
12.Memberi salam.


Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku’ sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku’ sebagaimana solat fardu Jumaat.

Berhajat untuk sama-sama saksikan peristiwa penting lagi bersejarah ini sendiri nanti. Itupun kalau mata masih lagi terbuka. Kalau mata dah terlelap, alamatnya selamat lah kan!