Isnin, 6 Jun 2011

Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari ini, 5 Jun setiap tahun
disambut Hari Alam Sekitar

marilah sama-sama kita
jaga dan pulihara alam
yang sama-sama kita diami ini
bila dah tercemar
tak ada gantinya
bila dah punah
payah nak pulihkan


hari ini kita masih punya kesempatan
tengok burung
masih boleh skodeng di wetland
kalau tak mahu ke zoo

esok lusa masihkah
boleh ditemu sebegitu?
masihkah anak-anak akan kenalinya
ataukah bila diminta melukis ayam
mereka melukis ayam togel keluaran ayamas
yang sering ditemu di pasaraya?

Jom simpan semak samun belakang rumah
hu hu hu ya ampun!!!!!

5 ulasan:

azieazah berkata...

Sorang kawan MokYang selalu mengadu anak dia, pokok pinang pun tak kenal!


Kerja Hari Minggu, Mujur Ada yang Sudi Menunggu...

Cetusan berkata...

Tanam ubi stelo getek

anyss berkata...

Mok Yang: tak ramai dah orang makan pinang, tak kenalpun masih boleh maaf. Ada jugak yang tak kenal pokok padi...ingatkan pokok gandum hu hu hu tu la padahnya tak belajo Geografi hu hu hu

anyss berkata...

ZZ: tahu make cik mek jah...x reti tane ubi stelo ;)

Sharinginfoz berkata...

penting jaga alam sekitar, bermula dari rumah