Memaparkan catatan dengan label Wetlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wetlands. Papar semua catatan

Isnin, 6 Jun 2011

Gotong Royong Tanam Lalang Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Hari ini, 5 Jun setiap tahun
disambut Hari Alam Sekitar

marilah sama-sama kita
jaga dan pulihara alam
yang sama-sama kita diami ini
bila dah tercemar
tak ada gantinya
bila dah punah
payah nak pulihkan


hari ini kita masih punya kesempatan
tengok burung
masih boleh skodeng di wetland
kalau tak mahu ke zoo

esok lusa masihkah
boleh ditemu sebegitu?
masihkah anak-anak akan kenalinya
ataukah bila diminta melukis ayam
mereka melukis ayam togel keluaran ayamas
yang sering ditemu di pasaraya?

Jom simpan semak samun belakang rumah
hu hu hu ya ampun!!!!!

Selasa, 30 Jun 2009

Res Q Si Kura-kura




Belakang rumah tu dah jadi hutan rimba. Kalau gajah menyorok pun memang boleh terlindung. Jadinya, hari minggu, buat juga operasi membersihkan rumput dan lalang. Risau jugak kalau rumah kami pun boleh terlindung dek semak samun itu. Lupa la pulak nak snap gambar. Kalau tak boleh tunjuk betapa suburnya semak samun tersebut.

Lanyak sana lanyak sini, buang rumput sana, tebas sini...tetiba cangkul terkena benda keras. Alamak, kura-kura!

Kura-kura ni asalnya dibawa dari kampung musim Raya Hari tahun lepas. Dah lama kan? Ingatkan dah melarikan diri sebab tak nampak pun (nyata benar tebal semak samun yang ada kan). Dua ekor bawa, tetapi seekor dah lari dari rumah. Aku ingatkan kedua-duanya dah lari. Tak sangkalah pulak masih tinggal seekor lagi.

Pikir punya pikir, adik cadangkan supaya kura-kura tu kami lepaskan saja di Wetland. Persekitaran semulajadi. Maklumlah kura-kura itupun dah makin besar. Tak sesuai bela dalam akuarium kaca lagi. Cadangnya petang nak pergi lepas.




Petangnya, jenuh cari tapi kura-kura itu dah melarikan diri. Orng kata kura-kura ni lambat benarnya berjalan. Penat cari sana sini pun tak jumpa. Agaknya, kura-kura yang dah sampai bandar boleh berlari kot...kalau tak lari kan sekarang ni dah boleh jumpa awek cun di Wetlend. Apa daaaaaaaaaaaa!