Sebahagian besar daripada kita akan mula berkerja semula esok, walaupun dah ramai juga yang mula kerja pada hujung minggu lepas, termasuk akak Azieazah kita yang turut berkerja pada hari Sabtu juga. kalau kita yang mula kerja pada hari Isnin pun sudah kehilangan mood, apa lagi akak Azieazah. Dia melenggang kangkung ke tempat kerja ketika Kuala Lumpur masih lagi lengang.
Aku? Aku dah mula kerja pada hari Rabu lepas lagi. Namun, Selasa petang aku singgah ke pejabat sekejab; bagi buah-buahan dari kampung untuk mereka yang dah mula kerja sejak pagi. Walaupun tak ada kuih raya, buah-buah itu sudah gembirakan mereka. Maklumlah, buah segar dari ladang yang adik ipar aku petik sendiri belakang rumah. Walaupun dah kerja Rabu lepas, aku hanya buat kerja di rumah sejak dua tiga bulan lepas. Hanya sesekali sahaja ke pejabat menyemak peti surat dan hadiri mesyuarat berkaitan sahaja. Selebihnya, siang malam aku kerja di rumah.
Sempena semua orang jatuh mood untuk kerja setelah cuti panjang ni, aku letakkan beberapa tips kat sini, moga-moga boleh membantu menaikkan semula mood kerja anda. Kan kita nak jadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020, kenalah kerja kuat. Dah tak lama lagi tu...jadi, apa kata cuba tips berikut;
Tetapkan Azam
Berkerja kerana Allah perlu sentiasa disemat dalam minda. Bila niat dah betul, secara tak langsung kita akan sentiasa cuba untuk kerja sebaik mungkin. Maklumlah, berkerja itu juga ada bonus dan saham yang boleh kita kutip di akhirat nanti. Dah tentu kita tak mahu dipersoalkan cara kita berkerja.
Kemaskini tempat kerja
Suasana baru yang lebih kemas dan teratur akan beri perasaan baru. Tempat kerja yang kemas, segar dan ceria secara tak langsung boleh percikkan semangat dalaman. Apa kata gantung kad-kad raya yang diterima, sampul duit raya yang bermacam rupa atau ceriakan meja kerja anda dengan sekuntum bunga kegemaran. Tukar skrin komputer anda dengan gambar raya ke, macam-macam boleh buat. Simple tetapi ceria.
Bawa suasana raya ke pejabat
Balang kuih raya masih penuhkan? Bawalah satu dua balang biskut raya ke pejabat dan saling berkongsi biskut raya sesama rakan-rakan. Ada sesetengah pejabat akan adakan sambutan Aidilfitri dengan berkumpul sejam dua sambil menikmati jamuan. Bagus juga begitu, dapat saling bertemu dan bersalaman, bermaafan kerana bukan setiap hari kita boleh bertemu semua rakan sekerja. Masing-masing sibuk. Ada masa bertegur sapa pun sekadar melambai dari jauh sahaja. Masing-masing sibuk dengan urusan nak beli dunia (akulah tu!). Namun,begitu...janganlah sampai bawa kawah dodol segala...itu bukan nak kerja dah tu...
Pasang lagu raya
Banyak lagu raya boleh didengari secara online atau dalam fail di komputer kan? Kalau dalam komputer kat pejabat aku tu, lebih 100 lagu raya aku simpan. Namun, aku hanya pasang lagu raya sebelum puasa dan pada musim hari raya Aidiladha sahaja. Itu dah jadi identiti. Jadi musim Syawal ni, aku dengar lagu raya kat mp3 player je, bukan kat pejabat.
Kuatkan semangat
Bila cuti dah terlalu lama (seminggu tu lama apa), minda kita sudah rasa tenteram dan gembira dengan suasana santai itu. Otak pun dah mula malas nak berfikir. Hanya semangat yang kuat sahaja bolehkan kita bersemangat semula mengembalikan mood setelah cuti panjang itu. Apalagi bila badan masih lagi penat kerana perjalanan jauh, kesesakan lalu lintas...bila balik ke rumah, banyak hal lagi perlu dibuat. Rumah bersepah nak kena kemas, barang-barang yang kita punggah dari kampung halaman juga perlu disimpan atur, pakaian berlambak nak kena cuci, sedangkan pakaian untuk ke pejabat juga belum lagi gosok.
Hanya semangat yang kuat sahaja dapat atasi semua perasaan itu. Cubalah rehat secukupnya. Badan yang sihat dan segar, dengan tidur yang cukup boleh berikan semangat dan keazaman yang kuat untuk berkerja semula.
Hanya semangat yang kuat sahaja dapat atasi semua perasaan itu. Cubalah rehat secukupnya. Badan yang sihat dan segar, dengan tidur yang cukup boleh berikan semangat dan keazaman yang kuat untuk berkerja semula.
Cukuplah kot. Semoga membantu naikkan semula mood anda untuk berkerja. Kalau ada yang nak tambah lagi, bolehlah tampal kat bahagian komen. Boleh sama-sama kita manfaatkan.
Aku? Aku dah kemas rumah. Jadinya, dah boleh mulakan kerja semula dengan gear 5. Mmmmmmm dunia masih belum mampu aku beli lagi ni...nak kena kerja lagi kuat!
10 ulasan:
bulan nie secara otomatik di penuhi undangan majlis jamuan hari raya antara jabatan....boleh save gak bajet tghari ni
bukan senang nak ambil feel kerja semula haha
Kita tak kerja, tapi bila dah start sekolah ni mulalah rutin harian, siapkan bekal untuk anak-anak. Aduss!!
MOKYANG dah start kerja pada Syawal ke-3. Memang sedih sebab kerja 6 hari seminggu. Tapi apa nak buat.
Lagu raya? Harapkan radio, itupun bukan stesen paberet.
Kuih raya? ada tapi kita segan nak sentuh sebab takda sapa pelawa. Semua balang kuih ada di department management sahaja. Sendiri punya malas nak bawak, nanti makan sorang jer.
Baju raya? Takda mood nak pakai pi ofis sbb tak meriah. Tak leh tayang. Ahaks!
Hanya SEMANGAT diri sendiri saja yang buatkan Kak Azie kerja macam tak pernah cuti raya pun. huhuhuhu
welcome back..
P/s :dijemput join
My Raya Moments Contest
Eelobor: Esokpun ada jamuan raya di pejabat saya, Jumaat pula peringkat UKM hu hu hu macam mana nak diet kalau gini
Naz: Yup...bukan senang. Masih dok ingat betapa bestnya balik dan raya di kampung
Kayteeze: surirumah tu kerja paling berat dalam dunia ni tau...kerja dari pagi sampai malam, tujuh hari seminggu 364 hari setahun. Mana ada cuti kan? Tu lagi letih...bukan mudah nak dapat feel kerja balik tu...
MokYang: Semangat itu lebih kuat jadi pendorong kepada kita. Ada masa, orang memang tak percaya kita boleh buat...tapi, kalau kita ada semangat dan kuasa dalaman yang positif, apa yang mustahil itu jadi nyata. Kita lebih tahu apa yang mampu kan?
Beraya sendirian di tengah timbunan kerja pernah jadi agenda dalam hidup saya. Tak punya teman2 lepak dan gosip di pejabat juga pernah alami, namun akhirnya saya tanamkan dalam mina "datang kerja untuk kerja, bukan untuk bersosial". Kalau ada teman di pejabat pun, tak bawa balik urusan dengannya hingga rumah...akan ada masalah lain selepas itu. Saya hanya belajar dari pengalaman.
rakan yang baik bukannya rakan di pejabat, kiranya nak elak musibah yang besar. Itupun bergantung kepada siapa rakan kita itu. kalau dia bukan jenis "telan orang" boleh aje ada rakan di pejabat ;)
Eyriqazz: terima kasih. Tak leh join la kontes tu...x sempat ambik gambar raya pun...sibuk cuci pinggan mangkuk je ;)
Anyway, thanks...sudi gak ajak join kontes. Lain kalilah join ya...
Catat Ulasan