Jumaat, 30 April 2010

Menikmati Senja di Bagan Lalang

Seorang teman (lama) selalu mashurkan padaku tentang keenakan sotong goreng di Bagan Lalang. Katanya, tak ada kat tempat lain yang lebih enak selain di situ. Terlalu sering dia memujinya hinggakan aku kepingin untuk rasa sedapnya itu seperti apa.

Sebelum belasah sotong goreng, kami nikmati warna senja nan indah di tepian pantai. Dengan sekadar kamera yang tak lah secanggih mana untuk close up, dapatlah seadanya aku rakamkan suasana senja di sana sebelum kamera kehabisan bateri. Jadinya, nikmati sahajalah apa adanya...

































Selepas matahari terbenam, kami nikmati makan malam yang meriah. Mohon maaf, gambarnya tidak dapat disertakan, aku tengah diet tegar sekarang ni. Kalau letak gambar tu, memang sah dietku akan terburai. Lain kalilah ya letak gambar makanan ;)

Terima kasih Cik Bintang, terima kasih Anis...sudi jadi dayang sang puteri, sama-sama mencemar duli di Bagan Lalang. Dan, sabar dengan gelagat kanak-kanak ribena yang jarang dapat peluang tengok matahari terbenam. Peeerak betul kan!

Malamnya, aku semput kerana perut terlalu penuh. Kufur nikmat!

Rabu, 28 April 2010

Cabutan Bertuah: Dapat Tahun Lepas, Ambil Tahun Ni

Pagi-pagi hanya sarapan dengan dua ketul roti dan air kosong. Rancangan hari ini nak ke Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, Kuching, kemudian ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk borong buku. Ambil teksi depan hotel. Diberitahu tambangnya RM20 untuk ke Wisma Bapa, namun, bila dah naik...jadi RM25. Kita tak akan menang punya kalau gaduhpun. Untuk pertama kali, aku rasa malas nak gaduh. Entah kenapa.


Nombor bertuah!



Di pos pengawal, aku diarahkan ke tingkat 6. Entah macam mana aku pergi ke tingkat 7. Jumpa dengan Puan Salmah, bergelak ketawa dalam setengah jam, dihantar jumpa Puan Mareia Datok Hassan di tingkat 6, kemudian dihantar lagi ke tingkat 9 jumpa Encik Endrew. Walaupun tak ada apa-apa yang boleh aku buat dalam “lawatan sambil belajar” ini, namun penerangan Encik Endrew sangat banyak membantu dan buatkan hati terubat terbang sejauh ini.

Jam satu tengahari, teksi yang dihubungi tiba di Wisma Bapa untuk bawa aku ke DBP. Semasa telefon, diberitahu tambang ke DBP adalah RM15 sahaja tetapi bila naik teksi, macam biasalah, depa mintak RM17. Alasannya, dia terpaksa bayar RM2 kepada pak guard yang telefon. Jadinya, penumbang yang jadi mangsa! Masa turun, aku hanya bayar RM16. Dia janji nak datang ambik jam 4 petang untuk balik ke bandar.

Di DBP, melayang RM302 untuk beli buku walaupun jumlah bukunya bukanlah banyak pun. Hanya satu beg kertas sahaja. Namun, mereka berikan satu beg berisi buku-buku (4 buah) yang aku menang cabutan bertuah semasa datang beli dulu. Dah bertahun dapat, tetapi mereka tetap simpan juga untuk aku. Tak sangka sebenarnya, ingatkan dah jadi arwah. Sangat gembira, sebab bukan selalu dapat cabutan bertuah. Tambah lagi, hadiahnya buku, bukannya makanan ringan ;).

Boleh tahan beratnya hadiah cabutan bertuah berkenaan!







Saje je letak sebelah sandel baru kan...

Jam 3.45 petang aku dah tercatuk berhampiran pondok pengawal tunggu teksi. Hingga jam 4.15, bayang teksi pun tak nampak. Akhirnya aku putuskan untuk tunggu teksi di tepi jalan. Namun, sangat jarang teksi yang muncul kat depan sana pun. Hingga jam 4.30 petang, tak nampak satu teksipun. Nak tak nak, aku putuskan untuk menapak sahaja ke jalan yang lebih sibuk sedikit. Keberangkalian untuk teksi muncul lebih tinggi. Lalunya, dengan sandel baru yang cantik itu, aku pun melangkah ke hadapan. Ikutkan, dah tentu jadi perhatian kerana tidak ada orang yang berjalan kaki dijalan yang lengang itu. Sangat mengundang untuk penjenayah melakukan aktiviti (nasib baik aku ni tak kelihatan seperti orang kaya yang berbaloi untuk disamun). Nak buat macam mana, memang tak ada pilihanpun.

Sejam berjalan rasanya, tetapi sempat juga snap gambar apa-apa yang indah di mata sepanjang jalan itu. Sempat dihulurkan salam seorang mak cik yang berskuter kerana aku berjalan di tengah-tengah jalan (pejalan kaki) berturap hingga menghalang dia ke hadapan dengan skuter chomelnya.




Besar sangat bulatan ini...nak masuk gambar pun tak muat!

Bila jumpa perhentian bas, aku berhenti di situ dan cuba tahan bas atau teksi yang melintas. Tak ada luck kot hari ni, bas pun tak nak berhenti, apalagi teksi. Hentian bas itu berhantu ke hingga menyebabkan semua teksi dan bas takut nak berhenti?

Stress pun tak guna. Penat memanglah penat. Dahlah berat jinjing buku (13.5kg beratnya), letih berjalan lagi. Nasib baik bawa bekal air mineral dan biskut. Jadinya, bosan menunggu, aku teguk air mineral dan kunyah biskut. Ada aku peduli orang lalu lalang tengok? Bukannya depa nak tolong bagi tumpang pun (kalau depa berenti nak bagi tumpang, agaknya aku akan tompang tak? Aku sendiripun tak tahu!).

Lebih setengah jam melongo tepi jalan sambil kunyah biskut, akhirnya seorang pemandu teksi yang ensem berhenti juga. RM15 dia mintak untuk hantar ke hotel. Kalau dia mintak lebih banyak dari itupun aku bagi je, memang dah tersangat penat. Lutut dah nak tercabut. Lapar. Dahaga. Lenguh kaki. Buku laliku terlihat benar bengkaknya. Semalam lupa nak urut!

Sepanjang hari ini mendung sahaja, jadi aku tak ke Waterfront untuk ambil gambar kerana suasananya tak cantik. Langit mendung. Jadi aku hanya ke KFC untuk dapatkan 2 ketul ayam goreng dan segelas oren untuk makan malam. Selepas berborak seketika dengan Cik Bintang, aku terus masuk gebar. Capek deh! Gempita orang karoeke hanya sempat sampai ke telingaku tak sampai 2 minit. Selepas itu terus PADAM.


15 April 2010.

Jam 8 pagi, aku pindah bilik. Kalau tinggal di tune.hotel ni, anda perlu check out jam 10 pagi. Tepat jam 10 pagi, semua alatan elektrik dalam bilik tidak akan berfungsi. Disebabkan penerbangan balik jam 4 petang, aku perlu bayar tambahan satu hari lagi harga bilik. Tidak ada caj mengikut jam atau separuh hari. Jadinya, melayanglah juga hampir RM70 hanya kerana aku nak mandi sebelum keluar nanti.

Hari ni aku bercadang nak habiskan masa beberapa jam untuk ke muzium di Kuching ni. Walaupun dah sangat kerap aku datang ke bandaraya ini, sebenarnya tidak pernah sekalipun aku masuk ke muzium. Aku memang tak suka muzium. Tak gemar melihat artifak dan benda-benda yang dah mati sebegitu. Berbanding muzium, aku lebih sukakan Zoo, lebih mesra dengan alam sekitar dan berinteraksi dengan hidupan, bukannya benda yang dah berkurun mati.

Berpandukan peta, aku ambil keputusan untuk berjalan sahaja. Menyusur Waterfront seketika sebelum melencong ke kawasan muzium bila tiba di hadapan panggung wayang.

Bangunan panggung wayang yang meriah, terpenuh warna pelagi. Letaknya bersebelahan dengan tokong Tua Pek Kong. Dekat juga dengan Muzium Sejarah China. Tepi Waterfront je.




Semasa teruja mengambil gambar tokong Tua Pek Kong yang terletak di simpang tiga berdepan dengan bangunan panggung wayang, aku terpandang seorang jejaka hensem yang bertopi, sedang leka menulis buku catatan. Bersopan orangnya. Ingatkan si kacak Sarawak, rupanya dari Tanah Jawa. Namanya Suhartono. Baru sahaja beberapa bulan mencari rezeki dan pengalaman di Bumi Kenyalang ini. Aduhhhhh Tono, masa sangat cemburukan aku kala itu, hanya beberapa detik sahaja kami berbual dan berjanji akan saling berkomunikasi secara maya. Soalnya, aku ngak punya FB!

Muzium Kuching terletak bersebelahan dengan Hotel Merdeka Palace. Bermakna berdepan dengan Padang Merdeka. Senyap dan sunyi keadaannya. Tak ramai pengunjung. Mungkin sebab bukan hari minggu. Setelah bertanyakan itu ini dikaunter, aku di sarankan untuk ke sana sini, namun maklumat yang aku perlukan tentang “Gawai” tidak aku peroleh kecuali pakaian yang dipakai semasa Gawai sahaja. Aku nak maklumat tentang Gawai, namun setiap kali tanya tentang hal itu walaupun kepada pekerja di muzium sana, mereka tidak mengetahuinya secara spesifik kecuali ... “cuti 2 hari setiap kali Gawai”. Hanya itu sahaja?







Ini namanya kubur. Kalau jumpa rumah yang dibina tinggi begini, jangan dok buat perak (bukan negeri Perak ya...peerakkk) dok pi panjat!











Akhirnya, aku ditunjukkan perpustakaan awam DBKU jalan P.Ramlee untuk buat rujukan. Dengan jakunnya aku ke sana, menapak saja. Sepanjang 3 hari di Kuching kali ini, bukan bumi sahaja basah. Bukan hati saja yang basah. Satu badan lagi basah. Dibasahi peluh. Mandi peluh. Bau tu usah dikiralah, memang wangi sangat. Pakai One Drop perfume pun tak jalan dah. Apa nak buat kan, jarang-jarang berpeluh, bila dah peluh...fuyooooooo dahsyat tu. Wangi amat! Sayangnya, maklumat tentang Gawai aku tak jumpa juga. Buku tu tak ada dalam simpanan perpustakaan walaupun dalam sistem pengkalan data memang ada. Malang betul nasib! Hati terubat juga bila jumpa buku tentang penan, terus saja aku fotostat buku tersebut. Fotostat sendiri lagi!

Dari perpustakaan, aku hayun langkah ke kawasan pusat bandar. Jangan salah beza antara kedua bangunan ini, nampak macam sama tapi sebenarnya berbeza. Letaknya sangat dekat antara kedua-dua bangunan ini. Usah keliru dengan kubahnya.



Masjid lama negeri Sarawak. Di bina entah berapa kurun lepas.
Di depannya aku tahan teksi dan balik ke hotel, terus janji dengan pak cik itu untuk hantar ke lapangan terbang dengan caj sebanyak RM26. Barang memang dah siap kemas sejak semalam. Jadinya, aku berada di bilik untuk rehat hingga jam 1.30 tengahari dan mandi sahaja. Sambil itu, aku makan roti yang tidak sempat dimakan walaupun dah beli sejak hari pertama datang. Alas perut sahaja, nanti akan makan di lapangan terbang.

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, aku mintak tolong pak cik pemandu teksi singgah di mana-mana kedai untuk beli kek lapis. Dan dia singgah di satu kedai yang menurutnya sedap kek lapis di situ. Harganya hanya RM10 satu. Semalam, aku ditawarkan dengan kek lapis berharga RM15. Kiranya murah RM5 dan pasti sedap. Agaknya lah. Aku bukannya tahu menilaipun kek lapis yang macam mana sedap tidaknya. Asal kek lapis, belasah sahaja.

Masa check in, bagasi aku seberat 13.5kg. Semuanya buku-buku sahaja. Pakaian aku masukkan dalam beg sandang, manakala kek lapis aku masukkan dalam beg kertas yang dibimbit. Berserta dengan novel Bahlut. Bekal untuk baca dalam penerbangan nanti. Nyatanya, novel itu hanya sempat aku baca ketika menunggu masa untuk berlepas sahaja kerana dalam penerbangan, aku menjadi kaunselor perkahwinan kepada seorang ustaz yang duduk di sebelahku. Macam tak logik pulak kan, aku yang masih belum terima akad daripada mana-mana lelaki lagi pun, telah beri kaunselor perkahwinan kepada seorang yang sepatutnya lebih tahu dari aku. Dia ustaz, dah tentu banyak ilmu agamanya, dia punya dua isteri, dah tentu tinggi juga ilmu psikologinya. Aku? Dua-dua aku tak punya hu hu hu. Apapun, aku sentiasa harapkan ustaz itu berjaya temui jalan keluar untuk masalahnya. Bukankah Allah hanya menguji hamba-hambaNya yang mampu sahaja? Bukankah Allah menguji hambaNya yang dicintai? Bukankah ujian itu adalah kasih sayang Allah untuk hambaNya mengutip sebanyak mungkin pahala bagi setiap kesabaran dan redha terhadap semua itu?

Jam enam tepat, aku sudah menjejakkan kaki semula di LCCT.



Sabtu, 24 April 2010

Ketika Senja Bercinta dengan Malam, Aku Tersisih dek Kelam

Bila senja melabuhkan tirai emasnya, kelam malam akan terlupakan dek takjubnya merenung warna langit nan indah. Siapa mampu menafikan yang aku terkedu dalam rasa tak terlafaz, menyaksikan kebesaran ciptaan Ilahi. Gamitannya kukongsi di sini, selamat menikmati...










Ketika dikau bisikkan cinta, adakah maknanya sebesar senja yang menghampiri malam? Meskipun menempuh kelam, masihkah rasa itu membakar tiap denyut nadi, tiap hela nafas, tiap detak jantung...ataukah, sebati dalam alir darah?

Khamis, 22 April 2010

Hari Yang Panjang dan Melelahkan

13 April 2010.
Pagi-pagi buta lagi Cik Bintang terpaksa bangun dan hantar ke LCCT. Jam 7 pagi terus daftar masuk. Nasib baik beg sesuai untuk angkut sebagai bagasi tangan (hand bagage hu hu hu macamlah ada bagasi untuk kaki yang bawa). Terus saja ke balai pelepasan tanpa terasa nak isi tembolokpun. Masih terlalu awal lagi kan.

Masa terhegeh-hegeh ke balai pelepasan, kaki kanan bagai terasa sesuatu yang diluar normal. Kenapa lah pula sandel yang aku pakai ni terasa macam longgar sebelah? Bila menelitinya sepuas hati, barulah sedar bahawa bahagian dalam di sebelah kanannya telahpun terkopak jahitannya. Memang tak akan sempat untuk dipakai walaupun hingga ke perut pesawat, apalagi jejakkan kaki di bumi Kuching.

Entah macam mana mentol menyala di dalam kepala. Semasa beli air mineral, aku tanyakan adik di kaunter kalau-kalau ada getah pengikat. Dia yang bersimpati dengan nasib malang aku terus beri dua urat getah, tetapi disebabkan urat getah itu sudah meregang, keselamatan untuk tidak putus sepanjang perjalanan memang tidak dapat dijamin lagi. Namun, mahu tak mahu...ikatkan sahaja sandel itu. Dah lah sandel hampir terburai putus, terminal untuk ke Kuching pula berada nun di hujung. Terpaksalah aku menapak dengan penuh sopan santun dan susila, bak seorang model sedang melakukan acara berjalan kucing (catwalk) nan gemalai.



Tak ramai yang guna penerbangan hari ni, hanya suku tempat sahaja. Namun semuanya ditempatkan pada kerusi bahagian tengah pesawat. Tak ramai yang pilih kerusi panas (malas nak membazir RM5 atau RM25 hanya kerana tempat duduk). Bila pesawat sudah berada di awan biru, aku pindah tempat duduk ke belakang. Cari tepi tingkap untuk tangkap gambar awan.

Dalam penerbangan, ada juga aku tanyakan si pramugari manis kalau-kalau dia ada alat-alat hikmat atau sakti macam Doraemon untuk jadikan sandel buruk itu kasut emas. Tak ada! Mmmmm tak nampak pun ada inisiatif nak cari tali rafia merah ke, hijau ke untuk ikat sandel buruk itu(baru beli tau, baru beberapa kali pakai...kilat pun masih merelip-relip). Akhirnya mentol dalam kepala aku menyala lagi (ni berkat makan herba cina yang mahal berganda-ganda itu kot. Ada juga pekdahnya faedahnya aku habiskan duit gaji beratus-ratus hanya untuk telan herba yang bucuk wangi itu!). Secepat Cimpanzi menggaru gatal, aku korek handbeg yang ala-ala saku perut Doraemon hingga akhirnya terjumpa satu skrudriver kecil yang digunakan untuk kemaskan skru cermin mata.

Kalau diikutkan, barangan sebegini sangat dilarang untuk dibawa ke kabin, namun hingga saat ini aku tak pernah kena tahan kerana membawanya sama ada untuk pelepasan dalam negeri atau antarabangsa. Mungkin mesin pengimbas tak sempat nak nampak sebab handbeg aku penuh dengan sampah sarap yang entah apa-apa (rasanya tak ada perempuan lain mengisi beg tangannya dengan apa yang aku isi. Hanya Doraemon sahaja yang ada isi sebegini, lengkap skrudriver. Nasib baik tak ada tukul atau pahat, kalau tak...sempat bina banglow atas awan hu hu hu).

Disebabkan sandel yang terbertas itu meninggalkan benang yang terjulur keluar, makanya, aku gunakan skru driver ini sebagai jarum untuk menjahit semula sandel tersebut. Taklah kemas dan cantik sangat, namun setelah dijahit sebegitu dan diikat sedikit lagi dengan getah gelang tadi, aku dah boleh berjalan dengan yakin. Dah boleh berjalan ala-ala kucing gatal masa mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kuching.

Dah selesai masalah kasut, aku nikmati keindahan awan melalui tingkap sambil menghayati keenakan Old Town White kopi. Sambil-sambil juga tangkap gambar awan. Sejam setengah masa untuk penerbangan itu tidak terasa. Mungkin sebab setengah jam dah habis untuk jahit kasut, setengah jam untuk minum kopi dan setengah jam lagi membaca sedikit kerja yang perlu aku hantar sebulan lepas (adoiiilah! Lihatlah dunia, betapa tak terkejarnya urusan dunia ini untuk aku laksanakan. Harap-harapnya, bila tiba masa untuk aku tinggalkan dunia ini, aku dah siapkan semua urusan jual beli donia hu hu hu Masa tu aku dah beli ke tidak dunia ni agaknya ya?).

Ini pulau aku yang perintah! Boleh gitu? Hu hu hu

Setiap kali kaki kujejakkan ke bumi Kuching, setiap kali itu juga alam menangisi kedatanganku. Setiap kali. Sejak dahulu. Adakah bahasa alam memang telah lama mengetahui yang hatiku akan sentiasa basah di sini? Dalam Gerimis yang terundang sejak subuh (menurut abang driver limo), aku meredah ke Wisma Saberkas. Nak ke hotelpun masih awal lagi, baru jam 10 pagi. Masuk saja pintu utama, aku terkam ke kedai kasut. Bata. Hasilnya...jeng jeng jeng...cantik tak kasut baru?

Malayang RM70. Aku tahu harganya memanglah tak sampai semahal itu kalau aku beli di Kuala Lumpur atau Bangi. Sandel ... yang aku beli Billion PKNS itupun hanya RM40 sahaja, itulah sandel paling mahal pernah aku miliki. Apa nak buat...ada masa RM tidaklah bernilai apa-apapun berbanding apa yang perlu ditukarkan. Hanya yang ini sahaja ada...yang selesa dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja tanpa perlu tukar. Lainnya, hanya sesuai untuk acara tertentu sahaja. Juga, belum tentu sesuai dengan kaki aku yang teramat sensitif ini. Sebab tu, sangat sukar untuk aku tukar sandel atau kasut bila dah selesa pakai. Dah lunyaipun masih lagi pakai.

Selesai sarapan (sepinggan nasi berlaukkan hati ayam goreng campur kacang dan segelas teh ais limau), terus ke tingkat 10 dengan heret bagasi merata tempat. Peduli apa aku kalau orang nak pandang. Biar sahaja mereka nak tengok, masing-masing ada mata. (mesti mereka hairan tengok sorang minah sesat ke komplek beli belah sambil heret bagasi segala). Pi mai pi mai sana sini, akhirnya aku diminta datang semula jam dua petang dan jumpa Cik Idja, maka heretlah aku bagasi ke sana sini seluruh kompleks beli belah yang taklah meriah sangat itu. Berbanding Warta di Bangi, Warta tu lebih meriah dengan manusia dan kedai-kedainya berbanding Wisma Saberkas ini. Maklumlah kompleks ini berada agak jauh sedikit daripada tempat tumpuan ramai. Kedai buku yang dahulunya ada sebuah kat sini pun dah lama tak ada. Mati kutu aku sekejab. Akhirnya aku ke kafe Siber di tingkat 2, online sekejab dan borak-borak dengan Cik Bintang sementara menunggu jam dua.

Tak ada apa yang boleh Cik Idja bantu (katanyalah). Dah jumpa bosnya juga, tetap depa kata depa tak dapat bantu. Tak relevan. Tak ada kaitanpun baca novel dengan sungai. Kalau baca novel tu, baca sahajalah novel...beranganlah sama seperti yang diingini penulis novel. Apa pula nak dikaitkan dengan pencemaran sungai ke, empangan ke, atau apa-apa jabatan kerajaan. Tak berkaitan. Novel adalah novel.

Jam tiga, aku terus ke tune.hotel yang terletak berhadapan dengan Hotel Hilton. Hotel baru. Bangunan ini sebelumnya adalah deretan rumah kedai. Jadi, jangan hairan sekiranya anda akan jumpa banyak bendul dalam bangunan hotel ini kerana mereka telah pecahkan dinding-dinding rumah kedai menjadi satu hotel.


Ini pengalaman pertama aku tinggal di tune.hotel. Cik Bintang yang cadangkan. Awalnya aku terima dengan hati yang berat kerana aku tidak pasti lokasinya. Risau juga kalau-kalau perlu jalan jauh ke pusat kemudahan seperti teksi, kedai runcit dan tempat makan. Pengalaman aku di Kuching sebelum ini, hotel kecil berada agak jauh dan susah nak dapat teksi kecuali dipanggil. Bila teksi dipanggil, kos akan lebih tinggi. Sebelum datangpun aku dah tanya kekasih hatiku nan serba tahu itu, Inche Google.com kedudukan hotel ini tetapi aku masih lagi blur. Bila sampai sini, aku sangat gembira dengan lokasinya yang sangat strategik itu. Tak sia-sia ikut nasihat pakar kan, Cik Bintang? hu hu hu

Hotel ni tiga tingkat sahaja. Sangat selesa untuk aku. Padanlah dengan aku yang bukan bertaraf VVIP ataupun bukannya Datin mahupun gundik kepada mana-mana Datok, hanya berstatus cucu atok je. Aku ambil bilik single sahaja. Kan seorang sahaja, sesuailah tu! Bersih biliknya (sangat penting untuk aku. Kaki aku sangat sensitif dengan habuk, hama, debu dan apa-apa yang boleh menyebabkan kegatalan tahap kronik), mungkin sebab masih baru. Ataupun memang depa sangat utamakan kebersihan.

Sama seperti yang mereka canangkan “katil taraf 5 bintang”, memang empuk, selesa dan nyaman untuk beradu. Namun, jika anda perlukan penghawa dingin, sila buat tempahan dan bayaran semasa tempahan bilik dibuat. Kalau tak tempah, anda boleh guna sahaja kipas sebab setiap bilik disediakan kipas. Kipas pun ok juga, tapi hanya boleh guna hingga kelajuan no 3 sahaja (no 3 pun dah cukup sejuk), no 4 & 5 tidak berfungsi. Barangkali mereka bimbang kipas akan melayang jauh dek kerana terlalu laju putarnya. Jika anda ada buat tempahan untuk penghawa dingin sama ada 12 jam, 24 jam ataupun berapa jam sahaja yang anda nak, ekon tersebut berfungsi seperti kad top up kredit telefon, iaitu mengikut masa yang anda gunakan. Kalau anda tinggal 3 hari 2 malam, ambil untuk 24 jam ekon pun dah cukup sebab ekon berkenaan dikira masanya bila sambungan elektrik dalam bilik berkenaan berfungsi. Bermakna, kalau anda tidak ada dibilik, jumlah jam ekon yang anda tempoh itu tidak akan berkurang. Chomel kan sistem yang mereka gunakan?


Rupanya gini ke? Jakun betul aku ni kan hu hu h u
Kita kat situ bukannya untuk berada dalam bilik setiap masa, jadi tak payahlah buang banyak duit sangat untuk ekon. Bagi aku yang tak berapa gemarkan ekon dek kerana tak tahan sejuk, ekon hanya diperlukan 30 minit pertama balik ke bilik sahaja. Selepas itu, kipas pun dah terlebih dari cukup.

Begitu juga dengan barangan lain dalam bilik ini, tidak disediakan. Anda hanya boleh guna kipas, lampu, bilik air (tanpa tuala, sabun, tisu), ekon (kalau anda tempah) dan plug sahaja. Jadinya, kalau anda nak minum kopi atau teh (panas atau sejuk), perlu minum kat kedai. Kat bawah ada satu kafe yang simple, bolehlah minum atau makan makanan ringan. Tidak ada almari dan seterika juga. namun, disediakan 3 penyangkut pakaian berhampiran kipas yang berada di dinding. Kalau bilik anda mempunyai tingkap, di tepi tingkap disediakan palang besi. Jadi bolehlah aku sidai tuala selepas guna dan pakaian lain yang telah disterika.

Bilik air di hotel ini tak ada selak. Awalnya aku ingatkan hanya bilik single sahaja begitu, namun apabila pindah ke bilik standard pada hari terakhir, aku dapati bilik itu juga sebegitu. Pintu bilik air yang tak berkunci itu pula terdiri daripada cermin materialnya (bahagian luar diblurkan sedikit bahagian tengahnya tetapi di bahagian atas dan bawah tetap transperans, manakala di bahagian dalam bilik air pula semuanya transperans). Jadi, sendiri mau ingatlah ya kalau anda bercuti dengan teman-teman yang nakal dan tinggal sebilik di hotel ini hu hu hu...jangan cari aku pulak kalau gambar korang tengah mandi tetiba tersebar kat FB atau diiklankan secara maya la la la...aku dah cakap awal-awal ni.



Apa yang aku suka tentang bilik air kat hotel ni adalah tempat mandinya. Sangat kuat dan banyak air menyerbu turun bila mandi. Aku sangat berpuas hati dengan kepala shower depa nan besar itu. Terasa macam mandi air terjun je, tambah lagi kalau guna air sejuk. Fuhhhhhh puas hatilah pendek kata hinggakan “panjang kata” tak terkata apa-apa. Sebenarnya aku hanya dapat vouncher percuma dari AirAsia sahaja, tunehotel aku tak dapatpun. Jadi, kalau aku puji melebih-lebih ni, korang rasakan...ada tak tunehotel nak bagi vouncer percuma untuk aku? Hmmmmm berangan tak payah bayar kan?

Apa yang aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku, jadi, tak ada kena mengena dengan pengalaman orang lain. Harapnya ia boleh jadi panduan kepada orang yang akan ke Kuching nanti. Taklah macam aku hari tu, terkial-kial mencari maklumat tentang hotel ni, tetapi tak ada pun maklum balas yang boleh aku jadi panduan secara menyeluruh. Ada juga aku jumpa beberapa komen tentang tunehotel, tetapi hanya maklumat negatif sahaja yang aku jumpa. Maklumlah, orang yang beri komen tu juga orang-orang yang biasa tinggal di hotel-hotel mewah yang berbintang-bintang. Pada pendapat aku yang hina dina ini, hotel ini dah mewah dengan kos serendah itu. Kalau anda mengharapkan semuanya lima bintang tetapi bayaran yang tak ada bintang, rasanya usahlah dipilih hotel ini kerana hotel ini hanya menawarkan tilam sahaja berjenama lima bintang. Yang lainnya ada kala ada bintang, ada kala tak muncul pun bintang. Sekarang ni, aku pun dah tak larat nak taip perkataan bintang lagi. Dah berbintang-bintang mata aku hu huhu.

Kalau menginap di hotel ini di sini, sila bawa kapas bersama kerana di bahagian belakang hotel ini ada pusat karoeke (kotlah!). Asal sahaja jam 8 malam, maka akan bising dan gempitalah bunyi muzik, diselang seli juga suara-suara menyanyi yang sedap dan enak didengar, mahupun yang sumbang lagi menyumbangkan lagu-lagu asalnya. Namun, disebabkan aku memang dah terlalu capek sepanjang hari penuh dengan aktiviti yang memenatkan dari pagi sampai malam, bila letak sahaja kepala ke bantal, terus sahaja aku belayar ke kayangan berjumpa dengan kekasih hatiku Tuanku Malim Deman hu hu hu jadinya, dunia nak gempa ke, nak runtuh ke,...aku sudah selamat ke alam yang lain. Apalah sangat setakat muzik yang taklah sekuat mana itu.

Jom Karoeke. Ada berani?


Dah masuk bilik, pasang ekon dan kipas, lepas lelah sesaat dengan check setiap inci bilik hingga ke bilik air, aku telefon Cik Bintang, lapor diri (Cerita pasal tunehotel dah habis ya, sambung aktiviti aku pulak!). Hari masih awal untuk aku terperap di bilik tanpa berbuat apa-apa. Jadinya, selepas mandi dan kenakan pakaian yang sama (yang dah bau masampun sebenarnya tetapi pakai ajelah, tak ada pakaian extra untuk jalan-jalan. Plan asalnya terus buat kerja tetapi mood dah turun 50% selepas jumpa Cik Idja nan manis [alasanlah tu kan!]) dan bawa kamera serta beg sandang menuju waterfront. Dah lama tak merayau!

Boleh, gini?



Jam 3.30 petang aku dah terpacak di waterfront dan mula ambil gambar. Kira berlagak macam pelanconglah ya...semua orang pandangpun buat tak peduli je. Sesekali ambil gambar sendiri juga. Tersengih sana tersengih sini, snap sana snap sini. Kaki melangkah saja sepanjang waterfront hingga mengadap ke arah bangunan DUN baru. Bangunan ini yang buatkan aku benar-benar teruja sebenarnya. Masa datang tahun 2008, belum siap lagi. Kini dah siap sepenuhnya. Dah cantik tersergam. Strategik juga lokasinya.

Waaaaaa romantik jugak kalau dating kat sini sambil nikmati pemandangan indah

Aku sempat juga ke Jalan India (macam jalan Masjid India kat KL) dan Jalan Carpenter (macam Jalan Petaling). Jalan carpenter masih lagi baru untuk aku sebab sebelum ni belum ada berbanding Jalan India yang terkenal dengan kedai-kedai yang murah. Apa yang murah, akupun tak tahu. Kiranya boleh tawar menawarlah, bukannya kedai harga tetap. Bila senja, aku kembali ke waterfront semula. Nak ambil gambar matahari terbenam kononnya, sedangkan matahari tak terbenam kat situ. Hanya cahaya senja sahaja indah terpandang. Apapun, tak kesahlah. Asalkan dapat gambar-gambar yang cantik itu.

warna senja di Waterfront aku upload dalam entri yang berasinganlah ya...macam dah panjang sangat pulak entri ni.

Akhirnya aku ke KFC yang terletak di pusat beli belah terdekat. Hanya dua ketul ayam goreng, strowberi sejuk dan kentang putar. Cukuplah kan, untuk makan malam sebelum lelapkan mata setelah lebih kurang empat jam mendera kaki berjalan. Ohhhh kasihan kakiku ini!

Sedikit pesanan kepada yang pergi sendirian ke waterfront:
Ini kali ke empat aku dinasihatkan agar tidak ke waterfront secara sendirian. Menurut masyarakat tempatan (pemandu teksi), kawasan ini sangat tinggi kes pukau melibatkan orang yang berjalan sendirian tanpa mengira lelaki atau perempuan. Jadi, sekiranya anda nak kunjungi kawasan ini, sila berhati-hati dan waspada dengan orang yang kelihatan mencurigakan yang sentiasa memerhatikan tindak tanduk orang asing seperti kita (Dah pasti akan terlihat tercangak-cangak dan terlebih kagum). Saya juga dinasihatkan tidak ke sini pada waktu tidak ramai orang seperti pagi, tengahari atau malam. Kawasan ini ramai orang pada waktu petang, terutama pada hari minggu.

Walau bagaimanapun, di kawasan ini pihak berkuasa ada tempatkan preman yang berpakaian biasa. Sekiranya diragut atau diugut, jika berpeluang untuk menjerit, silalah jerit kerana kemungkinan untuk ditolong tetap ada. Sepanjang 4 jam di waterfront, aku juga turut diekori oleh dua orang yang mencurigakan dan tidak dikenali tetapi alhamdulillah, semuanya selamat. Mereka cuba mendekati konon-kononnya untuk jual sesuatu sebagai cenderamata, tetapi aku mengelak dan tunjukkan reaksi tidak berminat dengan tawaran itu. Sila berhati-hati sekiranya anda didekati oleh seseorang yang pura-pura “mengenali anda dan lama tak jumpa”, kerana ramai pelancong tempatan dan luar dipukau dengan cara ini.

Mohon maaf kepada penduduk Sarawak dan Kuching dengan catatan ini. Kamek sik ada niat nak jatuhkan nama kitak, namun hal-hal sebegini perlu disebarkan untuk pengetahuan umum terutama orang yang ingin ke sana agar mereka akan lebih berhati-hati. Harapan aku, tahap keselamatan perlu ditingkatkan di kawasan ini, tak kiralah tambah jumlah preman, polis peronda ataupun pasang cctv. Waterfront memang terkenal dan indah untuk dihayati oleh ramai orang, namun...andai hal sebegini kerap berlaku, rugi kan?

Ahad, 18 April 2010

Vouncer Tiket Percuma dari AirAsia

Waaaaaaaaa tengok tajuk memang gempax gila. Fuyoooooooo…Teruja kan. Sama seperti aku yang terima voucher tiket tersebut lewat emel. Begini lebih kurang salinan emel yang aku terima;

X-AuditID: cab93006-b7c04ae000000fd1-5c-4b8794247ec9

Date: Fri, 26 Feb 2010 17:30:33 +0800 (GMT+08:00)

From: AirAsia E-Gift Voucher

To: (alamat emel terpaksa aku delate atas sebab-sebab keselamatan)

Subject: AirAsia: Air Asia has given you an E-Gift Voucher!

X-Mailer: ColdFusion MX Application Server

X-Brightmail-Tracker: AAAABgZHljITEFeNExBi9hMQYvkTETitExE7/Q==

Greetings from AirAsia!

We apologize for the flight delay and hope you'll accept this E-Gift Voucher as our On Time Guarantee compensation.



Your AirAsia E-Gift Voucher, awaits your redemption.

Please log onto www.airasia.com to redeem it today!

Depa pun bagi tau lah nombor voucher tersebut berserta dengan kata laluan sekali. Waaaaa kembang kempis hidung sekejab.

This voucher entitles the recipient to redeem up to the value as stated above for AirAsia airfares. Booking must be made BEFORE the voucher expiry date stated above.

Terms and Conditions Apply

1. E-Gift Voucher is available in Ringgit Malaysia (RM), Indonesian Rupiah (IDR), Thai Baht (THB) and US Dollar (USD) only and may be purchased in denominations of RM10, RM50 and RM100 or their equivalent in the other applicable currencies.

2. Redemption of E-Gift Voucher in a currency different from the currency it was issued will be subject to exchange rate fluctuations at the time of redemption.

3. E-Gift Voucher is valid only for online purchases of AirAsia flights including payment of related airport tax, fuel surcharge, administration fees and Xpress Boarding fees.

4. You must key in the E-Gift Voucher password provided to you when using E-Gift Voucher to make payment for flight booking.

5. A maximum of five (5) E-Gift Vouchers can be used for one (1) flight booking.

6. E-Gift Vouchers can only be used once and must be fully redeemed at the time of booking. NO refund will be given for any unused balance.

7. If the total amount of purchase exceeds the value of the E-Gift Voucher, the difference must be paid by credit card only at the time of flight booking.

8. We will not be liable to you for any loss and/or damages of any kind suffered in connection with:

i. Your purchase, redemption and/or use of the E-Gift Voucher;

ii. Your inability to use the E-Gift Voucher due to lost or misplaced password or as a result of your giving the wrong contact information; or

iii. The use of the E-Gift Voucher by any person(s) not authorised or approved by you.

9. E-Gift Voucher is valid for a period of 3 months (90 days) from the issue date after which it shall become void. Notwithstanding the foregoing, E-Gift Vouchers can be used to book for travel up to 12 months (360 days) from the issue date provided it is purchased within the aforementioned 3 months validity period.

10. The validity of the E-Gift Voucher will not be extended.

11. E-Gift Voucher is not exchangeable for cash or any other products in kind and is not refundable.

12. The E-Gift Voucher is fully transferable and may be utilized by your family and/or friends subject to these Terms and Conditions.

13. AirAsia has the right to reject any claims that do not conform to these Terms and Conditions.

14. These Terms and Conditions will prevail over any inconsistent terms, conditions, provisions or representations contained in any other promotional materials regarding the E-Gift Voucher.

15. AirAsia reserves the right at its absolute discretion to vary, delete or add to any of these Terms and Conditions and/or substitute or replace the E-Gift Voucher with another product or programme of equivalent value from time to time without any prior notice.

16. By purchasing and utilising the E-Gift Voucher, you agree to be bound by these Terms and Conditions as well as AirAsia’s Terms & Conditions of Carriage available at www.airasia.com

17. For purposes of these Terms and Conditions "You" shall mean the beneficiary of the E-Gift Voucher and shall include both the purchaser and/or user of the E-Gift Voucher.


Voucher ni aku terima gara-gara penerbangan ke Aceh tempohari telah tertangguh (delay) lebih empat jam. Letihnya sebab menunggu. Dah lah datang ke LCCT tu awal-awal lagi, tak sempat nak sarapan pun. Sebat mee kari kat Mary Brown semangkuk, kemudian terus ke balai pelepasan. Teruja sakan nak pi Aceh. Tunggu punya tunggu, tertangguhlah pulak. Semua orang resah gelisah dan kebuluran. Air mineral pun dah RM3.90 sebotol, apa lagi makanan yang lain, sendiri mau kiralah. Dah kebulur sakan, adalah jugak kanda Jo kita orang ni belanja sandwich seketoi yang paling murah pun dah belasan ringgit. Hmmmmm kopaklah kalau macam ni selalu. Selepas empat jam menunggu, akhirnya terbang juga kami ke Aceh. Alhamdulillah.

Dah delay lebih 4 jam, depa tu kenalah bagi pampasankan? Itu janji dalam perkhidmatan mereka. Janji itu aku tak temu kat mana-mana lapangan terbang di Malaysia, tetapi tertera di pintu masuk untuk pemeriksaan imigresen Bandara Sultan Iskandar Muda, Aceh. Jadinya, dapatlah voucher RM200. Dah dapat voucher percuma, kepala pun mulalah panjang akal. Pikir punya pikir, tilik punya tilik, renung punya renung, akhirnya aku putuskan untuk ke Kuching sahaja. Pergi seorang, tak banyak aktiviti boleh buat selain sudahkan beberapa benda yang sangat perlu disegerakan. Kalau tak ada tiket percuma sebegini, agak lambat sikit kot nak sampai sini. Apalagi kalau tempat itu bergelar Kuching.

Dengan bersemangat waja, mulalah aku buat tempahan. Isi borang sana sini, cari maklumat dan harga tiket yang paling murah dan termampu untuk beta nan mulia ini hu hu hu….akhirnya, bila sampai bab bayaran, dengan bangga diri, ego, takbur dan ri’ak yang berbaur-baur, aku masukkan no vouchernya dan tekan ok. Namun, skrinnya kosong. Tak pastilah pulak tempahan itu sempat jadi ke tidak. Jadinya, aku hubungi AirAsia dengan semangat waja nan kental melalui nombor yang tertera di laman web rasminya;


Malaysia


+603 2171 9333 (Penempahan)
+603 2171 9222 (Pertanyaan)
Masa Beroperasi : 8am - 9pm (GMT+8)



Bila dial sahaja mana-mana nombor, anda akan disapa dengan sangat mesra dek robot betina (tak payah gatal nak bagi ucap selamat ke, salam ke…dia tu robot, bukannya reti jawab!)



Selamat datang ke airasia.com

Bla bla bla (tak sempat nak salin. Laju sangat sebutannya)

Press 1 for English

Tekan 2 untuk Bahasa Malaysia

Terus je aku tekan 2 belum pun sempat robot tu habis baca senarai bahasa yang lain. Teruja nak dapat tiket free kan. Tak menyempat-nyempat dah ni!


Tekan 1 untuk bla bla bla

Tekan 2 untuk maklumat tempahan
Tekan 3 untuk bla bla bla
Tekan 4 untuk bla bla bla
Tekan 5 untuk bla bla bla

Aku pun tekan 2. Mesin tu sebut lagi:

Tekan 1 untuk pertanyaan

Tekan 2 untuk status
Tekan 3 untuk bayaran



Sebab nak tahu status tempahan aku tu macam mana, terus ajelah aku tekan 2. Maka robot itu dengan sopan santunnya pun memberitahu akan dihubungkan dengan operator. Sesaat kemudian, robot betina yang sama memberitahu bahawa kakitangannya sedang sibuk untuk melayan aku, jadi aku diminta tunggu ataupun telefon sahaja lain kali. Aku putuskan untuk tunggu sahaja. Namun sepanjang tempoh menunggu berkenaan aku dihiburkan dengan kata-kata berikut;



Pernah kah anda mencuba menu layan diri kami? Perkhidmatan ini sedia untuk digunakan 24 jam sehari. Perkhidmatan live chat disediakan dari 9 pagi hingga 6 petang. Anda juga boleh menghubungi kami melalui emel di Malaysia.support@malaysia.com

Masej ini akan diulang-ulang setiap 30 saat tanpa dijawab oleh mana-mana manusia (yang jawabnya mesin je setaraf dengan kemajuan dunia yang lebih mengagungkan mesin berbanding manusia) hingga masa telah berlalu tersangatlah lamanya. Nak tahu berapa lama aku dok dengar jugak2 mesin betina tu dok iklan ni? Satu jam je. Ulang suara: SATU JAMMMMMM wehhhhh. Adoiiiii la Tony Pernandez, ada link dengan stesen telepon sama ke? Brapa banyak bil aku kena bayar untuk dengar mesin betina tu? Kalau ngurat mana-mana jantan untuk bil tepon selama satu jam tu pun dah leh mimpi berlari-lari kat Kachmir macam pilem hindustannnn!



Godek punya godek, akhirnya berjaya jugaklah aku buat tempahan dan guna kupon berkenaan. Kupon RM200, harga tiket pergi balik ke Kuching RM201 je. Jadinya, kos kena bayar hanyalah RM1 je. Kliklah sana sini untuk bayar, namun bila guna kupon sebegitu, tak bolehlah pulak guna maybank2u. kena guna jugak-jugak kad kredit. Alahaiiiii manalah orang jakun yang miskin lagi hina ini ada kad kredit. Lagi pula, penggunaan kad kredit akan dicaj RM5 sehala…bermakna RM10. Jadi, jumlah baki yang perlu dibayar adalah RM11. Ohhhhhh begitulah pulak halnya!



Satu hari minggu, ketika pergi ke Kuala Lumpur, maka singgahlah aku yang jakun ni kat KL Sentral untuk bayar baki harga tiket yang berjumlah RM1 itu. Punyalah nak jimat parking, jadi Cik Bintang pun parking ajelah kat luar tu. Kalau pak cik polis dating, kiranya bolehlah beredar sekejab sebelum datang semula. Malangnya, aku tak pasti mana letaknya kaunter tiket airasia yang popular tu. Makanya, Cik Bintang yang pergi tolong bayar, aku termanggu sesorang dalam kereta tunggu: macam mem besau la pulak gayanya. Tak pasal-pasal Cik Bintang pulak perlu disusahkan. Dahlah lama kena tunggu, orang ramai…nombornya pula berderet. Akhirnya Cik Bintang kembali semula ke kereta dan bagi tahu “kalau book online, kena bayar online jugak” hu huh u hu gitulah pulak dah! Maknanya, kenalah bayar RM11, bukannya RM1. Mmmmmmmm naik pekak telinga Cik Bintang mendengar mulut bertih aku merungut kat airasia tanpa ketahuan dek Tony Fernandez pun! (kalau bising berbunyi tu belum marah lagi, sayang oiii….diam senyap tak bunyi apa-apa tu baru marah. Sekarang ni hanya geram je lah.).



Kepada anda yang bernasib baik, penerbangan anda memang murah. Semua orang boleh terbang! Bezanya, terbang itu dengan kos ciput ke segabax walaupun yang tertera atas kertas tu hanya anak cucu kepada siput sahaja. Jadinya, salah akukah menulis perasaan yang sangat sukacita ini mendengar suara merdu sang mesin betina itu?

Apapun, aku dah kembali dari Kuching menikmati percutian yang panjang dan percuma itu. Terima kasih, AirAsia. Lain kali dermalah vouncer percuma lagi ya. Lagi banyak jumlahnya, lagi aku sukaaaaaa. Kan? Kan? Kan?

Nanti aku tulis betapa banyaknya cerita gembira aku di sana dalam entri yang lain. Sabarrrr ya hu hu hu macam lah ada orang nak tau sangat pun. Perasan je lebih kan. Tak kesahlah ada orang nak tahu ke tidak…

Sabtu, 17 April 2010

Pergi Sudah Sang Rajuna Hati



Kala sang rajuna hati tiada di sisi, beginikah rasanya?

"SANG RAJUNA HATI" Lagu Melayu Klasik nyanyian Hajjah Siti Hawa




Saya lebih sukakan versi ini kerana terkandung nilai klasiknya. Bukan bermakna versi terkini tak enak di dengar. Kedua-duanya ada nilai yang tersendiri.

"SANG RAJUNA HATI" versi karaoke Normadiah filem "Ribut"(1955)



Kala kita telah kehilangan orang yang tersayang, baru kita sedar betapa mendalamnya kasih kita kan? Baru kita tahu hampir separuh nyawa telah melayang. Andainya anda masih punya kesempatan untuk lebih menghargai orang-orang yang disayangi, lakukanlah sekarang sebelum peluang itu pergi. Bukan semua orang punya kesempatan emas diberikan peluang kedua. Kalaupun peluang itu hanyalah pertama kalinya, hargailah sebagai sepatutnya kerna peluang kedua sangat jarang untuk ditemu.

Selamat menghargai!


Ahad, 11 April 2010

Tak Payah Ada Tajuk

Kerajaan giat berusaha untuk hapuskan AhLong merata tempat (kononnya). Sejauh mana hasrat itu tercapai?






Tidak berapa lama dulu, tak sampai pun dua bulan, aku temui pemandangan indah ini. Apa pendapat anda yang budiman?


Mmmmmm ataukah anda akan lebih tertarik dengan gambar di bawah? Aku membacanya sebagai Fybo Gel. Anda bagaimana?




Sesekali Jemari Berkata...

Dah lama tak lakukan ini. Cik Bintang paksa beli crayon...saje je dia nak umpan untuk aku buat sesuatu yang dah lama tak buat. Hasilnya...macam budak-budak tadika melukis ;)













Sekarang ni mula gian balik apa yang dah lama ditinggalkan (sejak tingkatan tiga). Tangan dah keras rupanya!