Memaparkan catatan dengan label senja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label senja. Papar semua catatan

Khamis, 6 Mei 2010

Mengintai Indah Sebalik Awan

Hari ni sangat capek. Sejak pagi memang tak sempat untuk bernafaspun. Pusat kami akan melangsungkan satu projek yang melibatkan anak yatim dari beberapa buah rumah anak-anak yatim di Selangor. Langsungnya esok. Petang. Hari ini merupakan hari terakhir. Semua perkara perlu disiapkan hari ini agar esok tak jadi haru biru.

Macam biasa, mereka akan mintak tolong aku untuk ikat reben dan sediakan cenderamata segala. Aku bukannya reti sangat, tanganpun bukannya ada seni. Namun, sekadar meringankan kerja mereka...apa salahnya menyumbang tenaga. Tengahari sama-sama angkut hamper. Cuaca sangat panas. Bukan sahaja tekak minta minuman sejuk, namun kepala juga minta dibekukan dalam peti ais.

Balik dalam mamai, hati teruja untuk mengejar mentari. Apa daya...kamera ini tidak mampu untuk zoooooooooom dengan lebih dekat.






Jumaat, 30 April 2010

Menikmati Senja di Bagan Lalang

Seorang teman (lama) selalu mashurkan padaku tentang keenakan sotong goreng di Bagan Lalang. Katanya, tak ada kat tempat lain yang lebih enak selain di situ. Terlalu sering dia memujinya hinggakan aku kepingin untuk rasa sedapnya itu seperti apa.

Sebelum belasah sotong goreng, kami nikmati warna senja nan indah di tepian pantai. Dengan sekadar kamera yang tak lah secanggih mana untuk close up, dapatlah seadanya aku rakamkan suasana senja di sana sebelum kamera kehabisan bateri. Jadinya, nikmati sahajalah apa adanya...

































Selepas matahari terbenam, kami nikmati makan malam yang meriah. Mohon maaf, gambarnya tidak dapat disertakan, aku tengah diet tegar sekarang ni. Kalau letak gambar tu, memang sah dietku akan terburai. Lain kalilah ya letak gambar makanan ;)

Terima kasih Cik Bintang, terima kasih Anis...sudi jadi dayang sang puteri, sama-sama mencemar duli di Bagan Lalang. Dan, sabar dengan gelagat kanak-kanak ribena yang jarang dapat peluang tengok matahari terbenam. Peeerak betul kan!

Malamnya, aku semput kerana perut terlalu penuh. Kufur nikmat!

Sabtu, 24 April 2010

Ketika Senja Bercinta dengan Malam, Aku Tersisih dek Kelam

Bila senja melabuhkan tirai emasnya, kelam malam akan terlupakan dek takjubnya merenung warna langit nan indah. Siapa mampu menafikan yang aku terkedu dalam rasa tak terlafaz, menyaksikan kebesaran ciptaan Ilahi. Gamitannya kukongsi di sini, selamat menikmati...










Ketika dikau bisikkan cinta, adakah maknanya sebesar senja yang menghampiri malam? Meskipun menempuh kelam, masihkah rasa itu membakar tiap denyut nadi, tiap hela nafas, tiap detak jantung...ataukah, sebati dalam alir darah?