Rabu, 8 Julai 2009

Jerebu...

Sebelum pergi Kota Kinabalu tempoh hari, aku sempat balik kampung. Dua malam saja. Lebih singkat daripada pergi Kota Kinabalu. Hari Khamis, tepat jam 4.35 pagi, aku dah mulakan perjalanan. Satu jan dah sampai Gombak. Kereta tak banyak di jalan raya, namun mata yang baru sahaja dipaksa buka dari mimpikan putera idaman Malaya ni masih lagi dihuni kantuk. Jam 6.30 aku dah berhenti di stesen Petronas lebuh raya Karak. Perut mintak di isi.

Masa sendukkan hidangan, hati memang kuat bisikkan yang aku akan makan banyak kali ini. Bekal untuk tengahari yang telah kuisi siap-siap dalam perut. Namun, akhirnya, tiga senduk sarapan (kucampurkan nasi goreng, mehun goreng dan me goreng dengan sejuring telur goreng...macam itupun dah RM5 ke?) sebab terlalu awal pagi, tak mahu kerap berhenti untuk ke tandas, jadinya aku putuskan hanya untuk makan sahaja. Dah berada di lebuh raya semula, rasa menyesal tak batai nescafe khaw supaya buka mata luas-luas sepanjang jalan.

Jam tujuh dah lepasi Raub, Padang Tengku sebenarnya, tapi...suasana masih lagi kelam. Mataharipun malu-malu nak keluar. Nampak macam berkabus. Aku memang suka suasana macam tu. Segar. Dingin. Boleh rasa bau udara yang wangi berbaur dengan bungaan semulajadi. Namun bila buka tingkap...mak oiiiii hangit! Panas dan berkuap!

Baru sedar bahawa semua itu jerebu, bukannya kabus. Bau hangit dan terbakar dengan udara yang panas dan tepu dengan habuk buatkan aku pasang pendingin hawa sepanjang perjalanan. Nikmati ajelah gambar-gambar ni...

Jam 12 lebih dah sampai rumah kakak ipar kat Pekan Ketereh. Sempat makan tengahari lagi (dengan ikan singgang). Dah lama tak hirup kuah ikan singgang. Sambil tu call kakak yang memang dah ada kat rumah, minta dia bersiap. Nanti boleh terus sahaja ke Tabung Haji di Kota Bharu. Esoknya Jumaat, cuti hujung minggu. Hanya hari ini sahaja ada masa. Ikutkan kepala memang dah ting tong kerana penat, bangun awal dan tahan mengantuk. Disebabkan Sabtu dah nak bertolak balik KL semula, kenalah pergi juga pada hari itu. Adik akhirnya yang memandu.

Balik Tabung Haji, singgah Perodua. Terus booking viva RM500. Dapat kunci nanti bayar baki deposit RM1500 lagi. Hujung bulan (beberapa hari lagi) dijangka dapat, tapi bila tengok salesmannya itu, hati aku memang tak yakin. Tengoklah nanti macam mana.

Aku balik bila dapat tahu Mek jatuh. Dua kali pulak tu. Masa balik hari tu, dia dah ok. Jalan merata siap pergi kenduri lagi. Aku yang risau dengar dia jatuh di bilik air dan di halaman rumah, macam anak kucing hilang anak kat Bangi. Panas je bontot nak duduk diam-diam. Nak aje terjun balik kampung cepat-cepat. Bila fikir ada hal yang memang tak boleh elak, terpaksa kurungkan niat balik kampung. Akhirnya Khamis tu, terus terjah balik kampung tanpa sesiapa tahu. Dah nak sampai rumah baru call beritahu kakak untuk pergi Tabung Haji. Semua tu sebab aku fikir tak ada kelapangan lagi nak balik. Minggu berikutnya kan dah kena pergi Kota Kinabalu. Empat hari pulak tu.

Malamnya tidur macam tak mahu bangun. Memang betul-betul penat dan letih. Biasanya balik kampung sekurang-kurangnya seminggu, baru sempat kaver balik tenaga. Kali ini dua malam saja. Penatnya payah nak cerita. Ikutkan hati, nak aje menjelepokkan diri kat lantai sepanjang masa hinggakan tak peduli langsung dunia lain. Ni bukan nak cerita pasal jerebu pun...hanya nak bagi tau, masa balik kampung tu, ada jerebu je skit kat Pahang....saje je buat tajuk pelik skit. Gambar-gambar jerebu tu aku upload lain kali je lah ye, lupa nak copy dari lap top. Sori!
Ni dia gambar2 jerebu yang sempat aku snap sambil memecut balik kampung dulu tu. Lain kali bolehlah aku balik kampung dengan bas je, viva hitam yang comel tu dah dapat pun...selamat menikmati jerebu!

4 ulasan:

caluk@cencaluk berkata...

kepala otak tgh jerebu hu hu

anyss berkata...

to Caluk: memang musim jerebu la la la

Unknown berkata...

jerebu+musim penyakit~

anyss berkata...

to Iqbalsyarie: penyakit yang sengaja cari ;)