Rabu, 5 September 2012

Video Isteri Muda Mengandung 2 Bulan Dibelasah Suaminya



kalau baca mstar, ada gambar Ketua MCA Ipoh Timur
Datuk Thong Fah Chong mengadakan sidang akhbar tentang
mangsa dera Amanda Fong Kim Yen, 19 tahun telah dibelasah suaminya
yang boleh dilihat di youtube

video Wanita hamil dua bulan itu dibelasah suaminya telah tersebar di laman sosial facebook.




Komen aku: semuanya bermula dengan si isteri menutup sumber kuasa letrik
sambungan ke komputer...belasah sampai lembik?
mmmmmm entahlah!

Kemaskini dari Sinar Harian:


Mangsa dera: Suami pukul saya, tekan perut guna lutut

5 September 2012

IPOH - Amanda Fong Kim Yen, 19, yang mendakwa menjadi mangsa dera suami hari ini tampil untuk memberi penjelasan berhubung rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan terhadapnya.

Amanda yang hadir di Pejabat MCA Ipoh Timur bersama ibunya Lily Yeoh, 49, dan peguam yang mewakilinya Datuk G. Amajit Singh Gill pada kira-kira pukul 2 petang menceritakan kejadian itu yang turut dimuat naik ke dalam laman facebook miliknya.

Dia yang masih dalam keadaan trauma berkata, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham dengan suaminya pada 23 Ogos lepas.

"Semuanya bermula apabila rakan suami saya mahu menjual minyak wangi berjenama kepada kedai kami, saya tidak suka cadangan itu, saya tidak percayakannya kerana rakan suami saya pernah berhutang RM2,000 sejak dua tahun lepas dan gagal membayarnya.

"Saya takut minyak wangi itu tiruan. Saya berhenti bertengkar kerana perut saya rasa sakit dan saya mahu balik dan berehat dan dia mula bertindak ganas terhadap saya," katanya kepada pemberita.

Amanda berkata, suaminya mengetahui beliau hamil dua bulan, namun tetap memukulnya termasuk menekan perutnya menggunakan lutut, bagaimanapun tidak menggunakan sebarang senjata atau kayu.

Wanita itu berkata, bapanya membuat laporan polis selepas kejadian berlaku manakala dia membuat laporan polis pada 3 September lepas selepas memuat turun rakaman kejadian itu di dalam facebook miliknya pada 30 Ogos untuk diberikan kepada polis untuk membantu siasatan.

Menurutnya, dia yang mendirikan rumah tangga pada 17 Januari lepas mengetahui suaminya itu mempunyai sikap panas baran dan agresif dan pernah dikasari sebelum mereka berkahwin dan beliau sentiasa memaafkannya dan berharap suaminya akan berubah.

Amajit Singh berkata, Amanda merupakan seorang gadis yang berani untuk menceritakan pengalamannya.
"Dia memuat turun video di dalam internet adalah kerana bimbang dengan kejadian itu dan meminta polis menyiasat kes ini dan seterusnya mengambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim melalui khidmat pesanan ringkas berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan. - Bernama


Kalau diikutkan, memang serba tak kena jadi perempuan...





Apapun, aku bersyukur je jadi perempuan
Walaupun dah lenguh mulut orang dok mengomel mengata
macam video kat atas...



5 ulasan:

Unknown berkata...

memang tak patut...isteri bukan untuk didera,.

anyss berkata...

Zaidi; selamat datang...untunglah isteri zaidi ya, dapat suami yang pengasih dan penyayang.

Hazmin berkata...

Abis lunyai isteri dia kena belasah. Dah la hamil 2 bulan. Isk.. Tak patut betul.

MiSS Fyda berkata...

oo tu pula kisahnya... hmmm susah jua ya... kesian ibu n anak lam kandungan tu

Ally Leman berkata...

aku tak rasa suami dia ade niat nak pukul..dlm video ni nampak mcmamanda ni yg assaukted suami dia dulu..lps tu mse dia ke kaunter, mcmade bnde dia nk grab tpi suami dia elak..maybe mcm gunting sbb lps abis diorg brgadoh, suami dia amik gunting simpan kt sudut meja.. lps tu suami dia angkat dia ble tgk amanda tu terbaring je