Memaparkan catatan dengan label santau pelaris. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santau pelaris. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Disember 2019

KEDAI MAKAN KENA SANTAU?

Kita sering dengar rungutan pekedai makan yang restoren mereka tak ada pelanggan. Ataupun semakin kurang pelanggan. Lalunya, kita terus sahaja buat kesimpulan yang kedai makan tu dah kena santau. Ada jiran kedai makan lain yang dengki dan khianat.

Ambo tak nafikan situasi sebegitu banyak juga berlaku. Sama ada kedai kena santau, atau kedai makan guna pelaris, dua-duanya tak patut jadi. Yang ambo nak tulis di sini adalah kejadian pagi tadi;

Macam biasa, hari Sabtu dan Ahad ambo ada kelas untuk pelajar dewasa. Biasanya akan bermalas-malas nak bangun, nak bersiap dan nak sarapan atau makan. Lalunya, cara paling mudah singgah sahaja mana-mana kedai makan dan bungkus. Bangi kan syurga makanan, katanyaaaaaa.

Ambo pong singgahlah satu kedai makan belakang rumah yang ambo suka sejak dahulu lagi. Sejak kedai ni buka entah tahun 2006 atau lepas tu...tapi rasanya sebelum tahun 2010 lagi kedai ni dah beroperasi. Menu paling suka mi bandung dia yang sedap hingga menjilat sudu. Biasanya ambo bungkus sahaja, tapi sebab kedai lengang sahaja, kerusi banyak kosong maka ambo buat keputusan untuk makan sahaja di situ.

Mi bandung dan neskepe ais ambo order. Macam biasa. Itu pun yang sangat ambo suka kat kedai ni. Masa bungkus sebelum ni (tahun 2019, bukan tahun-tahun sebelumnya) ambo perasan isinya dah makin togel, kalau telur tu boleh bahagi dua, harus dia letak separuh je.

Ingatkan bila makan kat situ, melimpah ruahlah isi pinggan. Tapi yang datangnya hanya begini;
Dulu diisi dalam mangkuk, kini dalam pinggan nipis. Nampak banyak kot bila letak pinggan besar macam ni. Nak hirup kuah pong sudu asyik terhantuk dengan dasar pinggan …

Sebiji telur, 2 potong daun, sepotong tauhu dan seketul dua daging tetel yang berurat tu. Dan, paling ganggu nikmatnya bila mi bandung muar itu lebih banyak sejuk berbanding suam. Ini menyebabkan mi kuning tu rasa sedikit keras, macam ratah mi kuning yang baru keluar dari plastik.

Jadinya, ambo hanya minum neskepe ais yang sedap tu, ratah telur, sekeping tauhu dan daging tetel itu sahaja kemudian bayar dan pergi. Rasanya, itu kot kali terakhir ambo akan singgah di sini padahal ambo pelanggan yang agak setia, yang akan sering merindui makanan di sini.

Dulu lempengnya sangat sedap, rasa pisang dan lembutnya itu. Sekarang dah keras kejung lempeng macam boleh guna untuk baling dinding. Kiranya, dah tak ada apa dah sedap kat sini kecuali neskepe aisnya itu sahajalah.

Pesan ambo kepada pengusaha kedai makan dan restoren: patut-patutlah nak catu isi dan tambah harga. Orang Bangi ni ramai tak kesah berlaku pertambahan harga jika kesedapannya masih sama nilai. Tapi bila harga dah naik dan rasa dah kurang, tak lama lah tu. Jangan dok kata kedai kena santau jika begini rupanya.

Lagi satu, bos kenalah tengok-tengok jugak kedai. Jangan dok harap sangat pekerja asing yang buat semua hingga abaikan apa yang sepatutnya. Nak kata pelanggan ramai hingga tak sempat panaskan kuah, ada dua tiga orang pelanggan je. Itupun yang sedang makan, bukannya baru sampai.